Bala bencana , gempa bumi, puting beliung boleh berlaku di mana-mana dan 
bila-bila, termasuk di Malaysia.

Adakah kita bersedia dari sudut fizikal dan spiritual untuk menghadapi semua 
ini ?

Yang penting ialah munajat kita kepada Allah agar dijauhkan dari segala bala 
bencana. Juga solat fardu 5 waktu sehari semalam jangan sekali-kali ditinggal 
dan yang terbaik bagi lelaki ialah berjemaah di masjid.

Khutbah Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang pada 22 Januari 2010 menyeru 
jemaah akan kepentingan solat fardu , dimana umat Islam di Malaysia sedang 
kritikal dengan statistik menunjukkan 90 peratus orang Islam di Malaysia tidak 
sembahyang. Sepatutnya semua masjid di Malaysia , isi khutbah Jumaat menekankan 
gejala akidah ini, iaitu gejala tidak sembahyang yang semakin serius ini.

Macamana dengan persiapan fizikal ? Di sekolah , anak-anak kita tidak pernah 
diajar bagaimana hendak menghadapi bala bencana, samada duduk bawah meja, duduk 
tepi dinding dan sebagainya. Kerana kita masih merasakan Malaysia tidak akan 
dilanda bala bencana.

Terdapat laporan menyatakan Malaysia pernah menggunakan sistem peralatan Rusia 
yang boleh mengubah cuaca untuk menghilangkan jerebu satu ketika dulu, dimana 
peralatan ini boleh juga menyebabkan taufan dan puting beliung.

Apakah empat kejadian gempa bumi di Kuala Pilah pada November 2009 sebahagian 
dari ujikaji pihak tertentu ?

Orang yang bijak ialah mereka yang banyak mengingati mati dan membuat persiapan 
selepas mati.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan 
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) 
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan 
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali 
(insaf dan bertaubat).”
(Ar Ruum : 41)

Kepada pemimpin politik samada UMNO, PAS dan PKR juga media massa, akhbar , 
radio serta TV. Tolong beri perhatian serius akan perkara ini. Gejala akidah 
tidak sembahyang dan persiapan bala bencana di Malaysia.

*****************************
Gempa bumi lemah di Kuala Pilah

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter 
berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu 
berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer timur Seremban.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm&arc=hive

*****************************

Kuala Pilah digegar gempa bumi

KUALA PILAH 30 Nov. - Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku 
di beberapa kawasan di Tanjung Ipoh di sini awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi memberitahu, gempa bumi 
itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer arah timur 
Seremban.
Selain Kuala Pilah, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 Richter turut 
dilaporkan di Kepulauan Mindanao, Filipina pada pukul 4.09 pagi ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm&arc=hive

*****************************
Tiada gempa susulan di Kuala Pilah

Empat kejadian gempa yang berpusat di 22km timur Seremban mula dikesan jam 2.30 
petang Ahad, manakala tiga gegaran berikutnya berlaku dalam tempoh 24 jam 
seterusnya.

Menurut kenyataan JMM semalam, kejadian 12.15 awal pagi semalam berukuran 3.3 
pada skala Richter, sementara terakhir pada 2.30 petang pula pada bacaan 3.0 
skala Richter.

Gempa bumi lemah ini pertama kali muncul di Kuala Pilah.

Sebelum kejadian ini, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi 
lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garisan gempa bumi 
di Bentong, Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

JMM dilaporkan berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas, sebanyak 
29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, 
sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud 
antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang 
mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.

http://www.malaysiakini.com/news/118728

*****************************
In a nutshell, this is the nucleus of the expertise just recently acquired to 
control the weather. By pouring measured energy that has been focussed into 
certain parts of the ionosphere, scientists can create all kinds of storms like 
hurricanes, thunderstorms, floods, tornadoes, and drought. In NEWS1198, "U.N. 
Treaty Proves Weather Control Is Real", we report news articles that Malaysia 
actually contracted with a Russian Weather Modification company to create a 
hurricane that would be directed close enough to clear the smoke and smog from 
Malaysia's cities without actually coming on to land to create devastation. 
This Russian company delivered, and Malaysia had clear skies.
http://www.cuttingedge.org/News/n1207.cfm

*****************************
The idea that HAARP was created to control weather was promoted in a big way by 
Nick Begich in a book entitled Angels Don't Play This HAARP. The HAARP project 
has been recently connected to the December Malaysian earthquake, and a year 
before, was connected to the BAM earthquake.
http://burningmarble.blogspot.com/2005/02/haarp-and-chemtrails-are-your-ears.html

*****************************
Thursday, November 13, 1997 Published at 20:21 GMT

Malaysia tries artificial rain to beat haze
Malaysia is to try to generate rain using Russian equipment, in an attempt to 
clear the haze which has covered parts of south-east Asia for the past two 
months.
The Russian machinery has still to be tested, but the Malaysian authorities say 
it creates high winds, which then produce clouds and rainfall. They say they're 
confident the artificial cyclones won't damage property or the environment.
Russia has agreed to supply the equipment on the understanding that it will 
only be paid if rain comes.

>From the newsroom of the BBC World Service
http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/far_east/30828.stm





Kirim email ke