Assalaamu'alaikum

Untuk memberu ulasan sila ke

http://akob73.blogspot.com/2010/02/membongkar-kelemhan-buku-amalan-sunnah.html

Buku di yang bertajuk "Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya" karangan 
Muhammad Subki Abd Rahman Al-Hafiz telah diterbitkan oleh Maahad Tahfiz Darul 
Quran Wal-Qiraat telah membahaskan topik-topik seperti berzikir secara nyaring 
selepas solat, Menyapu sampai ke muka, Memilih posisi terbaik selepas salam, 
Berterusan duduk di tempat solat, Berdoa dengan mengangkat tangan, Bersalaman 
antara imam dan makmum, Amalan sunnah selepas solat di sisi Mazhab Empat dan 
lain-lain.

Buku ini diwar-warkan oleh sesetengah tokoh sebagai pembela utama bagi 
pandangan kelompok tradisional di Malaysia dalam menjawab hujah kelompok Kaum 
Muda atau Wahabi. Namun buku di atas ini ternyata memiliki begitu banyak 
fakta-fakta yang tidak tepat, lemah bahkan palsu.

Buku di bawah ini tampil untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat 
dalam buku "Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya"

Judul: 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya.

Karangan : Hafiz Firdaus Abdullah

Penerbit: Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. 07-235 1602

Untuk Membeli secara online sila ke :
http://www.jahabersa.com.my/

Harga: RM16.00

Di mana hendak dibeli? Kedai-kedai buku yang biasa menjual buku terbitan 
Jahabersa, atau pesan terus dari penerbit.

Sinopsis ringkas:

Kadangkala sebuah buku itu kelihatan ilmiah, dipenuhi dengan hujah dan dalil. 
Kemudian ia dihiasi dengan kata-kata aluan para agamawan yang terkenal di tanah 
air. Namun apakah semua itu menjanjikan buku tersebut menyampaikan ilmu yang 
benar? Tidak semestinya.Salah sebuah buku yang dimaksudkan ialah “Amalan Sunnah 
Selepas Solat dan Kelebihannya”.

Penelitian, kajian dan analisa mendapati ia mengandungi banyak kesalahan, 
sebahagiannya kelihatan seolah-olah disengajakan. Buku di tangan anda sekarang 
ini membuktikan apa yang disebut di atas. Jangan sekadar mempercayai kata-kata 
di belakang buku ini, sebaliknya semaklah 36 kritikan yang terkandung di 
dalamnya. Nescaya anda akan temui kritikan yang memeranjatkan. Selamat mengkaji.

Oleh itu dapatkan segera buku "36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas 
Solat Dan Kelebihannya" sebelum kehabisan stok.





Kirim email ke