Oleh Akhie Naim at 11:06
PM<http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/pemerhatian-diskusi-isu-kalimah-allah.html>

 
<http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/pemerhatian-diskusi-isu-kalimah-allah.html>
Malam semalam (18 Januari 2010), saya berkesempatan menghadiri satu sesi
perbincangan tertutup berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang
bukan Islam di kediaman Ketua Umum PKR. (Berita di
sini<http://www.malaysiakini.com/news/122249>)
Turut hadir pada malam itu adalah para pemimpin PKR dan PAS. Perbincangan
yang berlanjutan hampir tiga jam itu berjalan dengan agak baik, tetapi saya
dan rakan-rakan agak kecewa dengan banyak hal, terutamanya yang berkaitan
dengan �mentaliti� dan �sikap� orang-orang politik. Saya rumuskan
perbincangan yang berlangsung pada malam tersebut dalam beberapa perkara
penting yang saya senaraikan di bawah;

1)  Hujah-hujah yang bersifat ilmiah dan intelektual, khususnya yang melihat
daripada aspek teologi, falsafah bahasa, serta latar sosio-budaya, ternyata
sukar diterima oleh ahli perbincangan pada malam itu yang rata-ratanya sudah
membuat keputusan masing-masing. Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa
pemimpin politik yang memperlekeh pandangan intelektual, menolak pandangan
dari sudut falsafah bahasa dan mengenepikannya mentah-mentah ternyata
mengecewakan. Malah, lebih mengecewakan kerana majoriti pandangan yang
dikemukakan oleh orang-orang parti politik yang terlibat pada malam itu
lebih bersifat �pandangan� dan �pendapat� yang seolah-olah dibuat tanpa
melakukan penelitian, kajian, serta pembacaan yang lebih meluas dan
mendalam. Banyak hujahan yang simplistic dilontarkan, semata-mata untuk
mempertahankan pandangan kelompok mereka.

2) Sikap segelintir kecil orang-orang politik yang terlibat di dalam
perbincangan tersebut yang gemar menggunakan hujah daripada nas Al-Qur�an
dan Al-Hadith, walaupun mereka bukanlah orang yang berkelayakan dalam bidang
agama atau tidak pernah mempelajari agama secara serius melalui sistem
pengajian yang serius (bukan melalui bacaan satu-dua buku, bukan melalui
kajian Internet, bukan melalui ceramah-ceramah, tetapi melalui kelas-kelas
pengajian yang ada gurunya), membayangkan keangkuhan mereka. Ayat-ayat yang
digunakan, serta sanggahan terhadap penggunaan ayat itu sebagai dalil
membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam, telah disentuh
oleh Mohd. Aizam bin Mas�od di dalam artikel bertajuk �Hujah Menolak
Penggunaan Kalimah �Allah� Oleh Kristian�.

3)  Pendirian �tidak rasmi� Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh DSAI
pada permulaan sesi perbincangan, yakni untuk menyokong penggunaan kalimah
Allah oleh orang bukan Islam di negara ini, antara lain � menurut DSAI �
dikukuhkan dengan pandangan yang diterima daripada Dr. Yusuf Qardhawi dan
Dr. Wahbah Zuhaili. Hal ini ternyata mengecewakan dan membayangkan
seolah-olah orang-orang politik tersebut �miskin� dengan jaringan para
�ulama. Mendengar pandangan daripada dua orang tokoh tersebut, dan kemudian
terus membuat suatu keputusan (saya katakan keputusan kerana kenyataan telah
dikeluarkan dalam media) adalah merupakan perkara yang tidak sihat dan
sebenarnya telah menutup pintu untuk menerima pandangan-pandangan lain. Ya,
kedua-dua tokoh itu adalah tokoh besar di dalam dunia Islam tetapi dunia
Islam mempunyai ribuan �ulama. Di Malaysia sahaja kita mempunyai begitu
ramai �ulama yang hebat dan luas ilmunya. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin
al-Maliki, sebagai contoh, seorang �ulama muda tempatan yang kitab-kitab
karangan dan terjemahannya sudah mencapai 300 buah, malah ada di antara
kitab-kitab beliau yang digunapakai di universiti-universiti dan pusat-pusat
pengajian di Mesir.

4) Sesi perbincangan tersebut dilihat agak �tidak adil� dan bersifat �syok
sendiri�. Hal ini demikian kerana ahli perbincangan tersebut tidak cukup �
diverse�. Majoriti ahli perbincangan adalah merupakan orang-orang parti
politik masing-masing. Beberapa orang ahli akademik yang menghadiri
perbincangan tersebut pula adalah merupakan kenalan lama kepada para
pemimpin parti politik tersebut, sehingga menjadikan pandangan dan pendapat
mereka agak �reserved� dan terlalu berhati-hati. Agak mengecewakan kerana
banyak di kalangan individu-individu yang autoritatif di dalam hal ehwal
agama, terutama di kalangan ilmuan yang membantah penggunaan kalimah Allah
oleh orang bukan Islam, tidak dipanggil dan dilibatkan sekali. Seolah-olah,
yang mereka iktiraf sebagai �ulama dan ilmuan hanyalah daripada
circlemereka sahaja. Sedangkan, ada ramai �ulama dan ilmuan yang mampu
memberikan
pandangan secara ilmiah dan bernas � dan jika benar mereka mahu menegakkan
semangat muzakarah demi mencari kebenaran, maka seharusnya mereka dilibatkan
sekali.

5) Sikap politik kepartian yang tidak matang ternyata masih menebal. Biarpun
sesi perbincangan tersebut � menurut yang difahamkan kepada kami � adalah
sesi perbincangan ilmiah yang bertujuan untuk membincangkan isu tersebut
secara sihat demi mencari penyelesaian kepada dilema yang sedang berlaku,
tetapi ternyata orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan
tersebut � tua atau muda � semuanya masih �terperangkap� dalam kerangka
politik kepartian yang tidak matang. Biarpun beberapa kali disebutkan agar
isu ini tidak dijadikan sebagai isu politik, tetapi ternyata
pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang politik pada malam itu
majoritinya berdasarkan kepada kacamata �politik menang-kalah�; soal
populariti parti, soal memenangi undi masih lagi menjadi timbang tara yang
melebihi timbang tara ilmiah. Malah, perbincangan yang seharusnya ilmiah itu
acapkali menjadi sesi mengutuk UMNO dan kerajaan. Ketua Umum PKR sendiri,
pada hemat saya, agak emosional dan sangat terikat dengan pertimbangan
politik dalam menilai pandangan-pandangan yang dikemukakan. Keadaan ini
ternyata mengecewakan kerana sikap sebegini merugikan umat, kerana sikap ini
menjadikan seolah-olah segala yang datangnya daripada UMNO itu dilihat oleh
PAS-PKR sebagai �najis� dan begitulah sebaliknya.

6) Apa yang agak mengecewakan dan merisaukan juga adalah apabila DSAI
mengeluarkan kenyataan supaya isu penggunaan nama Allah ini tidak
dipanjangkan kerana banyak isu lain yang �lebih penting� seperti isu
kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya yang perlu diberikan penumpuan
serius. Saya agak terkesima dengan kenyataan tersebut, yang membayangkan
satu kecelaruan dalam pandangan alamnya. Isu nama Allah ini berkait rapat
(jika pun tidak berkait secara langsung) dengan usuluddin, dengan asas agama
� kerana yang dibincangkan di sini adalah nama Tuhan kita! � justeru
persoalan yang berkaitan dengan �aqidah umat Islam (walaupun mungkin tidak
berkaitan secara langsung) haruslah diberikan keutamaan. Kenyataan DSAI itu
membayangkan seolah-olah untuk �bertarung� dengan orang Islam (kerajaan
UMNO) itu lebih penting daripada bersatu bersama umat untuk �bertarung�
menentang orang bukan Islam (gereja Katolik).

Agaknya, memang sukar untuk merubah masyarakat menjadi masyarakat yang
benar-benar berbudaya ilmu. Agaknya juga, masih ramai yang tidak memahami
bahawa politik bukanlah penyelesaian terbaik kepada segala permasalahan umat
yang wujud pada hari ini. Mungkin juga, ramai yang masih belum memahami
bahawa asas kepada penyelesaian permasalahan umat, dan seterusnya untuk
membina tamadun umat Islam yang terbaik, adalah pada persoalan �aqidah �
soal pembentukan pandangan alam Islam yang benar dan jelas.
Saya pasti ulasan ini tidak popular. Mohon maaf jika ada sesiapa yang
terasa. Semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada kita semua dan
melimpahi Rahmat-Nya kepada kita tanpa putus.

--
Posted By amri el wahab to Hembusan Amal
4U<http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/02/diskusi-isu-kalimah-allah-bersama-orang.html>on
2/07/2010 12:20:00 AM

Kirim email ke