Pelbagai undang-undang dan langkah keselamatan telah dan akan diambil untuk 
mencegah kemalangan jalanraya di Malaysia.

Yang paling penting setelah kita berusaha, mintalah pada ALLAH. Buatlah secara 
individu atau 1Malaysia, munajat pada ALLAH, Ya ALLAH , kurangkanlah kemalangan 
maut di Malaysia ini.

Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: 
“Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di 
satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat 
itu.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745
Dari laman web JAKIM : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1615

*********************
BANYAKKAN PAPAN TANDA MENGINGATI ALLAH

Selain itu dalam usaha menyedarkan pengguna jalanraya, di jalan-jalan yang 
dikenal pasti sering berlakunya kemalangan telah diletakkan papan-papan tanda 
yang bertulis kalimah 'SUBHANALLAH', 'ALHAMDULILLAH' dan 'ALLAHU AKBAR' agar 
pengguna sentiasa ingat kepada Allah dan sentiasa berdoa memohon perlindungan 
Allah Subhanahu Wata'ala. Bukankah kita diperintahkan supaya berdoa dan 
berzikir dalam semua keadaan dan tempat sebagaimana firman Allah Subhanahu 
Wata'ala dalam Surah An Nisaa' ayat 103 tafsirnya :

"Maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau 
duduk dan semasa kamu berbaring".

Dari laman web Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=323

****************
Huraian Hadith di atas :

Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, 
walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu 
mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan 
kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak 
lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. 
Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap 
waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan 
segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui 
ajal.




Reply via email to