Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.
salah satu utk kaya cepat di US ialah buat company, work it
out, then jadikannya public listed.
kat malaysia...pastikan jadi YB PR, then tak yah berkhidmat sgt sbg YB, lepas tu lompat ke BN dgn harga yg baik...
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Feb 14 — Lima lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat
(PKR) disebut-sebut bakal keluar parti itu — sebahagian daripada
tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan
Rakyat khususnya PKR sendiri.
Mereka dijangka membuat pengumuman tentang pendirian masing-masing
dalam beberapa hari lagi, tindakan yang dikatakan akan menguji
kepimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini berhadapan
dengan kes liwat buat kali kedua sejak 1998.
Kelmarin, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim
memutuskan untuk keluar PKR berkuat kuasa serta-merta, sekali gus
bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru.
Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR yang pertama berbuat demikian selepas dipilih pada 8 Mac 2008.
“Berdasarkan maklumat semasa, akan ada empat hingga lima wakil
rakyat yang mahu keluar PKR, akan umumkan pendirian mereka selepas
sambutan Tahun Baru Cina (yang bermula hari ini)... tunggu sidang media
kedua depan,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.
“Ahli-ahli Parlimen melibatkan beberapa negeri termasuk Pulau
Pinang,” kata sumber itu lagi. Sidang media pertama merujuk kepada
pengumuman Zahrain dua hari lalu.
Kesemua wakil rakyat itu merupakan mereka tiada jawatan penting dalam parti sama ada di peringkat negeri ataupun pusat sekarang.
Kata sumber, mereka berbuat demikian atas beberapa alasan termasuk
disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan dan ideologi
perjuangan PKR sekarang.
Tanpa menamakan nama wakil rakyat berkenaan, sumber itu berkata,
mereka akan keluar PKR untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat
yang bertaraf Bebas.
“Sama ada mereka akan menyertai parti lain pada masa depan akan mereka tentukan kemudian,” katanya.
Satu lagi sumber memberitahu turut akan mengambil langkah itu ialah pemimpin kanan PKR Pulau Pinang bukan bertaraf wakil rakyat.
Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP
pula 28. Daripada 31 kerusi Parlimen dimiliki PKR, empat melibatkan
Pulau Pinang.
Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim
(Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmadi Yusoff
(Balik Pulau).
Selain nama Zahrain, Yusmadi dan Tan, turut terlibat dalam spekulasi
ini sejak dua minggu yang lalu ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu
Zulkifli Noordin, Datuk Rashid Din (Merbok) dan Azan Ismail (Indera
Mahkota) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) serta Loh Gwo-Burne (Kelana
Jaya).
Tetapi kecuali Yusmadi semua telah menafikan desas-desus itu.
Zahrain bersama Tan telah diputuskan untuk disiasat oleh lembaga
disiplin PKR. Zahrain sebelum ini menafikan akan keluar PKR tetapi
berbuat demikian selepas dua minggu lalu mengecam keras Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Anwar sendiri.
Tan sebelum ini pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau juga akan keluar PKR jika keadaan “mendesak”.
Sebelum ini, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengesahkan
kepada The Malaysian Insider bahawa tiga hingga empat Ahli Parlimen
parti itu akan keluar dan sedang dipikat Barisan Nasional.
Angka itu dikatakan boleh mencecah tujuh hingga 10 orang bagi memberi kelebihan dua pertiga kepada Barisan Nasional di Parlimen.
Sumber itu juga tidak menolak beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri
juga akan keluar PKR, mengikut langkah beberapa wakil rakyat yang telah
berbuat demikian sebelum ini iaitu membabitkan kerusi Behrang, Changkat
Jering, Lunas dan Pelabuhan Klang.
“Beberapa Adun yang tidak berpuas hati kemungkinan keluar hujung bulan ini,” katanya lagi.
Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh sebelum ini berkata tujuh
Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan keluar parti merupakan mereka
yang bimbang tidak akan dicalonkan semula dalam pilihan raya umum ke-13
disebabkan prestasi tidak memuaskan.
Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 lawati www. rancanghidup.blogspot. com & www.satuAllah3aqidah.blogspot. com Buku Saya:
1. Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15+pos Rm3
2. Satu Allah Tiga Aqidah RM17+pos rm3
3. Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
4. RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2