AMPANG: Berang kerana cinta dipendamnya selama tiga tahun tidak berbalas, 
seorang lelaki mengamuk dengan menendang perut wanita pujaan hatinya itu 
sehingga mangsa pengsan dalam kejadian di tingkat bawah sebuah rumah kedai dua 
tingkat di sini, Isnin lalu. Tidak cukup dengan itu, wanita malang berusia 22 
tahun itu turut cedera di kepala dan telinga akibat diketuk dengan mangga kunci 
rumah kedai oleh lelaki gila bayang terbabit.

Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika lelaki berusia 
lingkungan 20-an terbabit berkunjung ke rumah mangsa sebelum menjerit sekuat 
hati memanggil nama wanita itu dari luar kerana mahu mendapatkan kepastian 
mengenai cintanya kepada mangsa.

Sejurus selepas itu, wanita berkenaan keluar dan menemui lelaki terbabit di 
tingkat bawah rumah kedai itu sebelum memintanya pulang secara baik, namun 
sebaliknya dia dimarahi lelaki itu yang secara tiba-tiba naik angin.

Menurut sumber polis, tidak cukup dengan memarahi mangsa, lelaki terbabit yang 
naik berang kerana cintanya tidak dibalas kemudian mengetuk kepala mangsa 
berkali-kali dengan mangga kunci.

“Akibat ketukan itu, kepala serta telinga mangsa berdarah. Mangsa hanya mampu 
menangis sambil menahan kesakitan dan meminta dilepaskan namun rayuannya itu 
tidak dilayan lelaki terbabit,” katanya.
Katanya, lelaki itu yang hilang pertimbangan kemudian menampar muka mangsa dan 
kemuncaknya dia menendang perut wanita berkenaan sehingga menyebabkannya 
pengsan.

“Melihat mangsa rebah, lelaki terbabit segera beredar dari situ dengan 
meninggalkan wanita itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibantu beberapa jiran yang kebetulan ternampak mangsa 
terbaring di tingkat bawah rumah kedai itu,” katanya.

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki terbabit sejak tiga tahun lalu dan dalam 
diam jejaka itu menaruh hati terhadap wanita berkenaan dan pernah meluahkan 
kata-kata cinta kepadanya.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak pernah melayan luahan cinta itu kerana 
tidak menyukai sikap lelaki terbabit membuatkan hampir setiap hari dia 
berkunjung ke rumah wanita berkenaan bagi mengganggunya. Kemuncaknya, pada 
Isnin lalu, lelaki terbabit dipercayai sudah hampir putus harapan mula naik 
angin apabila menyedari mangsa enggan melayan dan menerima cintanya menyebabkan 
dia mengamuk.

Wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum 
mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika 
dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memberitahu, polis masih 
menjalankan siasatan.
 
            
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI, 
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
PETUA KULIT CANTIK..
SMS MURAH2


      

Kirim email ke