Saya tidak tahu menulis kerana saya tidak ada idea. Saya kurang
pengalaman untuk menulis bidang yang saya tahu

Pernahkah saudara mendengar ayat ini. Tidak ada idea dan tidak ada
pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang untuk menulis.

Jika demikian, jadilah penulis kepada si pakar.

Itulah yang dilakukan oleh para wartawan akhbar dan majalah apabila
menulis sesuatu rencana. Mereka menulis kepakaran orang lain atas nama
mereka sendiri. Seorang wartawan tidak perlu menjadi seorang pakar
ekonomi bagi menulis rencana ekonomi, beliau perlu menguasai kefahaman
asas dan mendapatkan autoriti yang mengesahkan fakta yang ditulis.

Izinkan saya bercerita mengenai Lea Beadling, seorang penulis bebas yang
menulis rencana mengenai dunia perubatan, sedangkan beliau bukan seorang
pakar!

Lee Beadling merupakan seorang penulis bebas yang tersohor di Amerika
Syarikat. Salah satu artikelnya yang menarik perhatian pembaca bertajuk
`Man With The Baby'.

Kisahnya sungguh unik yang menggambarkan bagaimana beliau menjadi
seorang penulis bebas yang dikenali pakar dalam bidang kesihatan dan
perubatan, khususnya dalam bidang ortopedik.

Tetapi beliau bukanlah seorang doktor dan tiada apa-apa kelulusan dari
mana-mana institusi perubatan dunia yang mengesahkan kelayakkannya.

Apabila beliau menamatkan pengajiannya di kolej, beliau bekerja sebagai
penulis staf di sebuah majalah, Orthopedics Today. Dia tidak mempunyai
apa-apa pengalaman dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama tidak
meminatinya.

Beadling tetap mahu menulis, ketika itu beliau sudah berumah tangga dan
baru bergelar ayah, jadi dia memerlukan pekerjaan. Dia mempelajari ilmu
ortopedik dengan menghadiri konferen, mendengar ucapan-ucapan mereka,
membaca kertas kerja mereka, menyoal mereka dan merujuk kepada bahan
bacaan lain seperti kamus perubatan Dorland.

Dia menulis lapan jam sehari, lima hari seminggu dikhususkan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat tentang kajian terbaru dan perubatan serta
mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang
berkaitan dengan bidang ortopedik.

Hari ini sebagaimana digambarkannya, "Saya dikenali dan dihormati
oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan untuk
mereka."

Beadling berhenti dan menjadi penulis bebas bukan sahaja untuk majalah
Orthopedics Today, pada masa yang sama terdapat badan-badan berkaitan
memintanya menulis tentang bidang tersebut bagi tujuan kenyataan akhbar.

Saya pernah menjadi Lee Beadling dalam acuan Malaysia. Sebagai penulis
bebas, saya menemuramah individu dan mendapatkan bahan berautoriti dalam
penulisan rencana.

Saya menjadi Lea Beadling dalam satu bidang yang bukan kemahiran saya.
Tetapi penulisan itu tidak mustahil jika tahu caranya. Para pembaca
berpuas hati kerana ia adalah maklumat baru yang bermanfaat kepada
mereka. Malah mereka memintanya lagi dan lagi.

Tuan dan puan dapat menjadi Lea Beadling dalam acuan sendiri. Bagaimana
mendapat acuan itu, akan saya saya dedahkan strategi ini satu persatu
dalam bengkel tiga hari BENGKEL PENULISAN BERITA DAN RENCANA
(http://www.penulisanberitarencana.com
<http://www.penulisanberitarencana.com/>  ) anjuran Akademi Penulis pada
19 sehingga 21 Mac ini di Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini!
Hubungi saudara Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560 (Cik
Husni) ataupun emailkan ke lati...@akademipenulis.com
<mailto:lati...@akademipenulis.com>   ataupun daftarkan diri secara
online di http://www.penulisanberitarencana.com
<http://www.penulisanberitarencana.com/>


Zamri Mohamad
Jurulatih Kanan
Akademi Penulis Sdn. Bhd.

Kirim email ke