Bengkel iMeGa atau Info Menara Gading telah berjaya menarik seramai 34 peserta 
lepasan SPM dan STPM sekitar Negeri Sembilan yang diadakan di Bilik Kuliah 
Masjid Bandar Baru Senawang.

Program yang julung kali diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang dianjurkan 
bersama oleh Nisa Rembau dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan 
dengan kerjasama Surau Taman Alamanda dan Surau Al Hikmah Apartment Seroja 
Taman Tasik Jaya.

Bengkel sehari tersebut telah memberi pendedahan pada para peserta persiapan ke 
IPT dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Bengkel iMeGA ini telah dirasmikan oleh Mohd Sufian bin Ibrahim selaku 
Pengerusi dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Gambar sekitar Bengkel iMega di 
http://yam-ns.blogspot.com/2010/02/bengkel-ke-menara-gading-berjaya.html 



      

Kirim email ke