Disamping menjaga kebersihan rumah dan tempat kerja, umat Islam harus berdoa 
pada ALLAH swt agar dijauhkan dari bala dan wabak penyakit ini. Antara doanya 
terdapat di 
http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html 

Kerajaan juga harus memantau projek terbengkalai seperti di 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/projek-tahi-kerajaan-bn-di-nsembilan.html 

**************************** 
Berita Harian 23 Feb 2010 
144 kes demam denggi dikesan

SEORANG penduduk menunjukkan longkang yang tersumbat dan jadi tempat biak aedes.

RASAH: Sebanyak 144 kes demam disyaki denggi dikesan di negeri ini, termasuk 12 
kes denggi berdarah dengan 28 daripada mangsa, berusia bawah 19 tahun, termasuk 
kanak-kanak, sepanjang Januari lalu. 

Walaupun tiada kematian dicatatkan, secara purata kes demam denggi di negeri 
ini menunjukkan peningkatan ketara. 

Situasi itu turut membimbangkan penduduk di Taman Rasah Jaya apabila kawasan 
perumahan mereka menjadi antara tempat pembiakan nyamuk akibat sistem 
perparitan yang kurang sistematik menyebabkan air tidak dapat mengalir. 

Tinjauan Berita Harian ke taman perumahan lama itu mendapati kebanyakan 
longkang tidak dapat mengalirkan dengan lancar, menyebabkan air bertakung. 
Lebih memburukkan keadaan, longkang itu juga dijadikan tempat pembuangan sampah 
oleh segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab. 

Difahamkan, beberapa penduduk di taman itu dijangkiti demam denggi dan Jabatan 
Kesihatan Daerah Seremban membuat semburan asap setiap minggu. 

Penduduk, Rabiah Ahmad, 61, berkata setiap minggu wakil Jabatan Kesihatan 
datang melakukan semburan asap namun tidak secara menyeluruh. 

"Mereka hanya membuat semburan di bahagian hadapan rumah dan jalan tertentu, 
bukannya keseluruhan tempat terutamanya di bahagian belakang rumah dan 
longkang. 

"Kami sudah memaklumkan masalah ini kepada pihak berkuasa tetapi tiada tindakan 
diambil dan mereka masih melakukan perkara sama," dakwanya. 

Penduduk, Wong Teck Kong, 66, berharap pihak berkuasa tempatan dapat membaiki 
longkang di kawasan itu supaya lebih sistematik dan dapat mengalir seperti 
biasa. 

"Kami hanya mampu membersihkannya, tetapi ia akan tetap tersekat di sesetengah 
kawasan dan menyebabkan air bertakung lama serta menjadi tempat pembiakan 
nyamuk. 

"Ini adalah taman perumahan lama, kebanyakan kemudahan di sini tidak lagi 
diselenggara dengan baik dan ada yang sudah rosak. Apa yang kami harapkan, 
pihak berkuasa dapat membaiki kerosakan ini demi kemudahan semua pihak," 
katanya. 

Penduduk, Jaafar Budin, 71, berkata taman yang sudah berusia 27 tahun itu 
sememangnya banyak menimbulkan masalah kerana banyak kemudahan yang sudah 
rosak, malah ada rumah di taman itu tidak lagi diduduki dan dibiarkan kosong. 

"Masalah seperti itu adalah punca nyamuk banyak di kawasan ini dan kami 
berharap pihak berkuasa tempatan dapat bekerjasama membantu kami membaiki 
infrastruktur di sini," katanya. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20100223014003/Article/index_html
 



      

Kirim email ke