Kahwin wanita Indonesia kena bayar
RM170,000<http://laman-seri.blogspot.com/2010/02/kahwin-wanita-indonesia-kena-bayar.html>
Assalamualaikum warahmatullah,

Pagi ini [Isnin 02/22], semasa melangkah ke pejabat setelah selesai
bersarapan, mata saya tertumpu kepada headline BH. Petikan berita on line di
sini, Kahwin wanita Indonesia kena bayar
RM170,000<http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20100222000146/Article/index_html>,
adalah seperti berikut :

JAKARTA: Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia
dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000),
syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan
wanitanya. Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan
adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan
berkenaan berakhir dengan perceraian.

Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang
dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor
berita di laman web dan Jakarta Post. Bagaimanapun, syarat itu hanya
membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak
kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. ‘Syarat baru’
perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan
mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri
selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam
Islam.

Perkahwinan campur antara wanita Indonesia dan lelaki asing terutama dari
Asia Barat menjadi amalan biasa di negara itu, kebanyakannya membabitkan
pelakon dan penyanyi pop. Mengikut draf rang undang-undang itu, wang
berkenaan dibayar kepada sebuah bank Islam, dan akan diberikan kepada wanita
terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak
dinyatakan. Wang itu hanya boleh dikeluarkan selepas perceraian dan
digunakan untuk memastikan kebajikan keluarga dan anak-anak wanita terbabit
sehingga mereka berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur
antara lelaki Indonesia dan wanita asing. Dalam kes itu, suami tidak diminta
membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri
sendiri.Ketua MUI, Amidan Kiai Hajj adalah antara penyokong kuat rang
undang-undang
itu kerana ia memastikan kebajikan isteri dan anak-anak selepas sesuatu kes
cerai. Pemimpin Islam itu menyatakan sokongannya berdasarkan beberapa
insiden yang berlaku di Kalimantan. Di wilayah itu, ramai rakyat Indonesia
mengahwini pekerja asing dalam sektor pertanian dan industri yang akan
kembali ke negara mereka jika hilang kerja dan meninggalkan keluarga
tempatan tanpa sebarang nafkah. ~ Tamat petikan Agensi.


<http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S4TS5-hPRzI/AAAAAAAADfI/Zl5gsGjAk74/s1600-h/footer+bunga.png>

Secara peribadi, saya melihat ia satu tindakan yang bagus kerana tujuannya
untuk melindungi wanita di negara itu daripada teraniaya. NAMPAKNYA jika
draf undang-undang perkahwinan Indonesia diluluskan hanya anak bangsawan,
jutawan dan hartawan asing yang boleh mengahwini wanita negara itu. Wahai
kaum lelaki rakyat Malaysia, lepas ini jangan tergoda pula dengan perempuan
Indonesia, hantaran mereka lebih mahal woo... setanding dengan harga rumah
teres dua tingkat di Bandaraya Ipoh....

Walaubagaimanapun, jika anda membaca perenggan seterusnya, cuba lihat, "suami
tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung
diri sendiri". Kita tidaklah hairan sangat dengan bilangan kaum lelaki
Malaysia yang mengahwini perempuan Indonesia kerana sepanjang pemerhatian
saya, kaum lelaki negara ini amat lemah-lembut melayan perempuan
Indonesia... sekurang-kurangnya saya masih belum baca kes isteri
berketurunan Indonesia dianiaya suami orang Malaysia. Malah dalam satu kes,
ada yang hidup MEWAH hingga diberi jutaan ringgit (kes Mahonara).

Apa yang kita AMAT bimbangkan sekarang, entah berapa ramai wanita dari
Malaysia yang 'mengikut' suami berketurunan Lombok hidup merana dan
teraniaya pula. Kenyataan ini adalah tidak adil jika kaum lelakinya boleh
dilepaskan begitu sahaja tanpa perlu menanggung isteri (warga asing).
Sepatutnya pemerintah Indonesia lebih peka kepada rakyat lelakinya membuat
onar di sini, bukan 'mendidik' kaum lelakinya supaya tidak
bertanggungjawap...

Ahem... esok kamu jangan lupa sediakan jawapan yang 'valid' di Mahkamah
Allah ya!


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke