From: mOsHiMoShI <intan4...@gmail.com>
Date: 2010/3/1
Selamatkan bahtera anda daripada karam

*Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar*

Dalam hubungan suami isteri ramai yang tersilap percaturan hidup. Mereka
silap dalam menilai kasih sayang dan kebahagiaan. Mereka selalu terjebak
dalam kancah dosa dan maksiat apabila gagal dalam menyampaikan rasa cinta.
Lalu suami dan isteri itu memilih jalan sendiri tanpa merujuk kepada ajaran
dan panduan Islam.

Mereka tidak benar-benar faham akan apa yang seharusnya mereka mahu dalam
kehidupan berumah tangga. Mereka juga tidak tahu apa yang seharusnya mereka
lakukan untuk kebahagian rumah tangga mereka. Bahtera kehidupan mereka
berlayar tanpa tujuan.

Kita berkesempatan menonton beberapa drama TV tempatan yang menggambarkan
kepincangan rumah tangga. Walaupun ia sekadar cerita andaian penulis skrip,
namun 70 peratus daripada sesuatu cerita itu adalah realiti yang sukar
dinafikan. Sikap suami dan isteri yang membelakangkan ajaran Islam itulah
punca sebenarnya.

Persoalannya, sejauh mana pasangan suami isteri itu tahu ajaran Islam
khususnya dalam hubungan antara mereka?Adakah mereka belajar semua itu
sebelum berkahwin?Adakah mereka secara peribadi sanggup bertanya pengamalan
orang lain terutama ibu bapa mereka dalam membina rumah tangga?

Ramai pasangan yang hendak berkahwin berjumpa saya tetapi sekadar untuk
mendapat sokongan bagi membolehkan permohonan mereka untuk berkahwin itu
diluluskan oleh pejabat agama daerah. Tetapi mereka tidak pernah bertanya
kepada saya apakah rahsia kebahagiaan rumah tangga. Adakah mereka malu atau
rasa sudah tahu atau rasa tidak perlu tahu?

Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, kursus pra perkahwinan yang
dijalankan seluruh negara gagal memberikan ilmu kebahagiaan rumah tangga
kepada pesertanya bukan kerana korikulumnya tetapi kerana sikap peserta yang
ambil tidak kisah dengan pengajaran yang diberi. Kesannya, ramai yang
berkahwin selepas itu menghadapi masalah.

Sebenarnya untuk bahagia suami perlu tahu apakah yang isterinya mahu
daripadanya, dan isteri juga perlu tahu apakah yang dimahukan oleh suami
daripadanya. Untuk mengetahuinya mereka perlu saling bertanya dengan
pasangan masing-masing. Tetapi lazimnya mereka malu untuk bertanya lalu
masing-masing menganggap boleh jadi pasangannya sudah tahu.

Oleh sebab ramai yang malu bertanya, maka dalam ruangan ini biar saya
jelaskan rahsia kebahagiaan rumah tangga. Sekurang-kurangnya ada dua perkara
yang menjadi asas kebahagiaan, maka selagi pasangan itu dapat menerima dua
perkara ini dan mengabadikan dalam kehidupan pasti akan ada kebahagiaannya.


1. Suami sentiasa mengharapkan belaian kasih isterinya.
2. Isteri sentiasa mengharapkan kasih sayang suami.


Pada pandangan anda bahagiakah rumah tangga itu kalau setiap kali suami
balik rumah, akan dipersoalkan itu dan ini? Masing-masing ada jawapannya.
Inilah realiti yang selalu terjadi, apabila balik rumah tidak disambut
dengan belaian kasih. Pada waktu makan, suami diminta melayan diri. Pada
waktu tidur, suami berpusing sebelah kanan dan isteri berpusing di sebelah
kiri. Mungkin pada waktu hubungan ****, dilakukan dalam keadaan terpaksa.
Walau bagaimanapun tindakan itu mungkin lebih baik daripada suami tidur
dalam bilik berseorangan dan isteri tidur bersama anak-anak.

Apa yang diharapkan oleh suami tidak mencapai, hatinya tidak mendapat
belaian kasih. Hatinya terus meronta meminta dan mengharap tetapi tidak mahu
hendak menyatakan semua itu kepada isterinya. Jika keadaan ini berterusan,
tiada jaminan rumah tangga mereka mencapai bahagia.

Manakala isteri dalam kes yang lain, sentiasa mengharapkan kasih sayang
daripada suaminya. Dalam hal ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa suami
amat sayangkan isterinya sebab itu dia sanggup bayar hantaran yang besar.
Tetapi pada realitinya dia tidak pandai nak pamirkan kasih sayangnya kepada
isteri. Suami boleh beri nafkah apa yang diperlukan oleh seorang isteri
tetapi cara memberinya tidak dengan penuh kasih sayang lalu pemberian itu
tidak dirasai sebagai kasih sayang.

Sebenarnya, selalu bertanya khabar akan keadaan isteri sama ada waktu
berjauhan mahupun waktu di rumah adalah sebahagian daripada kasih sayang.
Perhatian suami kepada keadaan isteri, pujian dan simpati suami adalah ubat
kasih sayang yang diperlukan isteri. Tetapi perkara selalu dipandang oleh
suami sebagai mengada-mengada padahal itulah yang diharapkan oleh isteri.

Perlu dijelaskan di sini, isteri yang baik tidak meminta dan mengharapkan
wang dan harta daripada suami apatah lagi kalau suaminya miskin. Pada hati
isteri, perhatian yang dipamirkan oleh suami sudah cukup menghiburkan
hatinya. Perhatian itulah sebenarnya pembelaan suami yang menjadi impiannya
semasa hendak berkahwin dahulu, namun semua itu tidak mampu hendak diucapkan
isteri kepada suami.

Percayakan kalau dua perkara ini dapat dihayati oleh pasangan rumah tangga,
kebahagiaan sebenar akan diperoleh dengan segera. Malah rumah tangga yang
bermasalah pun boleh dipulihkan kembali jika mereka mahu kembali kepada dua
perkara ini. Selamat melayari bahtera bahagia.

-- 


-- 
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Kebahagiaan Hidup Yang Tertinggi Adalah
Keyakinan Yang Diri Kita Dicintai. Cinta
Ibarat Seperti Petir, Anda Tidak Dapat
Meneka Di mana Akan Terjadi, Tahu-tahu
Sudah Terserang~~~

~~~fairlady.sha...@gmail.com~~~
~~~fairlady.sha...@yahoo.com~~~
*fairlady.sha...@gmail.com*

Kirim email ke