Apabila orang Kristian dan gereja membantu wanita Islam yang kesusahan, nak 
salahkan siapa ? Salahkan diri kita sendiri dulu, baru salahkan orang lain. 
Salahkan orang Melayu dan penganut Islam dulu , sebelum salahkan kaum dan agama 
lain.

Sudahkah kita ambil berat ibu bapa kita ? Bagaimana saudara mara dan jiran 
tetangga kita yang kesusahan, makan nasi selang sehari berlauk garam ? Adakah 
kita menghidupkan surau dan masjid di tempat kita dengan solat jemaah ?

Dua kisah dibawah seorang wanita Islam menagih bantuan dari orang Melayu 
akhirnya paderi Kristian yang bantu. Kisah kedua, pesakit-pesakit AIDS Melayu 
mendapat perlindungan di gereja.

Juga artikel saya sebelum ini , Rakyat 1Malaysia semakin susah di 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/kehidupan-rakyat-1malaysia-makin-susah.html

***************
Gereja beri RM2,000

Harian Metro 3 Mac 2010. KLUANG: Dia wanita Islam yang layak digelar ibu 
tunggal malang apabila begitu memerlukan wang untuk belanja anak ke universiti, 
namun permohonan pada wakil rakyat dan banyak lagi badan kebajikan termasuk 
pertubuhan Islam sering mengecewakan, sebaliknya sebuah gereja menghulurkan 
bantuan RM2,000.

Selepas ditinggalkan suaminya 16 tahun lalu, ibu tunggal yang mahu dikenali 
sebagai Hanum, 40, terpaksa melakukan dua pekerjaan semata-mata ingin melihat 
anak tunggalnya berjaya dalam pelajaran.

Gaji RM900 sebulan tidak pernah digunakan sepenuhnya untuk diri sendiri, malah 
disalurkan untuk kegunaan si anak yang baru setahun melanjutkan pelajaran 
peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan di ibu negara.

Masalah bermula apabila kejayaan anak gadisnya yang berusia 19 tahun itu 
dipandang remeh sesetengah pihak termasuk institusi agama daerah, badan zakat 
negeri dan wakil rakyat yang pernah ditemuinya.

Menurut Hanum, anaknya itu sudah dua kali menolak tawaran melanjutkan pelajaran 
di dua universiti tempatan berikutan masalah kewangan dialami. “Selepas dua 
kali menyerah kalah terhadap tuntutan kewangan berkenaan, kali ini saya nekad 
mencari sumber kewangan.

“Saya berjumpa banyak pihak untuk meminta bantuan kewangan anak yang mahu 
melanjutkan pelajaran, tapi semua memberikan alasan tiada peruntukan serta saya 
tidak layak untuk memohon tanpa sebab munasabah,” katanya ketika ditemui di 
sini, semalam.

Sehinggalah pada satu ketika dia didatangi seorang lelaki berusia lewat 30-an 
di sebuah hentian bas di daerah Batu Pahat yang menawarkan pertolongan daripada 
sebuah gereja sekitar kawasan berkenaan.

“Lelaki itu lihat saya menangis di hentian bas lalu bertanyakan masalah selepas 
mendengar rintihan saya dia terus membawa ke gereja berjumpa dengan seorang 
paderi yang boleh membantu,” katanya.

“Saya terus mengikut saja lelaki terbabit ke sebuah gereja lalu diperkenalkan 
dengan seorang paderi,” katanya.

Katanya, belum sempat dia menceritakan masalah yang dialaminya itu paderi 
terbabit terus mengeluarkan sekeping cek sumbangan bernilai RM2,000 untuk 
menaja pengajian anaknya.

Malah, cek itu diberikan paderi itu kepada Hanum yang beragama Islam tanpa 
sebarang syarat.

“Saya terus ambil cek itu dan beredar dari gereja itu. Terharu sangat kerana 
institusi agama dan wakil rakyat saudara seagama tidak boleh membantu saya. 
Malah, saya pernah dihalau beberapa kali ketika mengajukan masalah ini kepada 
pihak berkenaan,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Hanum yang bekerja sebagai tukang sapu dan pengawal keselamatan di Parit Raja, 
di sini, tidak menggunakan cek sumbangan berkenaan, tetapi menyerahkannya 
kepada seorang individu yang bergelar ustaz.

Terkejut melihat perkara itu, lelaki berkenaan terus membawanya ke sebuah 
sekolah bagi mendapatkan sumber kewangan yang diperlukannya.

Hasil inisiatif sekolah di Kluang itu satu program derma kilat dilancarkan bagi 
membantu ibu malang terbabit.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GerejaberiRM2_000/Article

********************
Takut mati di gereja

KOSMO

Jenazah lelaki HIV muslim diurus seperti orang bukan Islam.

KETIADAAN rumah perlindungan khusus untuk pesakit HIV muslim boleh menambahkan 
derita pesakit.

"BILA dapat tahu saya dijangkiti HIV positif, saya nekad untuk menjalani hidup 
dengan lebih positif dan mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi ke mana harus 
saya tuju?

"Oleh kerana tiada tempat pemulihan dan perlindungan khusus untuk pesakit HIV 
lelaki muslim di negara ini, kami terpaksa menumpang teduh di gereja," cerita 
Latif Osman, 40-an, (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal baru-baru ini.

Menurut Latif, Baitul Fiqh pada asalnya ialah rumah perlindungan untuk 
bayi-bayi yang dibuang oleh ibu mereka namun terpaksa menerima pesakit HIV 
memandangkan tiada rumah perlindungan khusus yang sanggup menerima mereka.

"Memang ada banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya 
diuruskan oleh gereja Katolik sedangkan ramai pesakit ialah orang Melayu yang 
rata-ratanya beragama Islam.

Cerita penuh di 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm




Kirim email ke