Saya teramat sedih sesangat dgn isu ini..ketika Mahkamah Syariah
menetapkan hukuman sebat untuk
3 pesalah zina sebelum berkahwin dilaksanakan, teramat gembira rasanya
dgn perkembangan ini ( Undang2
Islam mula dilaksanakan sedikit demi sedikit ).
Tapi bila NGO dan SIS masuk campur, nampak sesangat2 kebodohan mereka
yang mengakui sebagai Islam.
Hakikatnya cuba menolak Islam melalui alasan hak asasi manusia. Hukum
tetap hukum, ianya tidak boleh
digantikan dgn logik akal.
Kartika sendiri pun belum disebat lagi sedangkan hukuman telah
diwartakan sekian lama..malang rasanya
negara ini yang dinobatkan sebagai Islam adalah ugama rasmi, tapi
undang2 Islam masih lagi dipertikaikan.
 
Berilah mereka2 ini peluang melunaskan dosa2 mereka di dunia, kerana
mereka tau siksa di ahkirat tiada 
tolok bandingnya..bila hukum telah dilaksanakan cuma tinggal dosa dgn
Allah SWT aje..itu pasti terampun
melalui taubat nasuha dan rukuk serta sujud padaNya.
 
Bagi pemerentah, inileh masanya mereka mengambil peluang untuk
mendapatkan sokongan orang Islam semula
kerana mereka semua lebih bijak dan lebih dalam ilmu ugamanye ( lebih
mementing kedaulatan Islam ). Jika masih
terhegeh2 lagi...PRU akan datang GOOD BYE LEEEEEEEE...
 
Wassallam 
 
-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of amri el wahab
Sent: Friday, February 26, 2010 6:05 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] ISU SEBAT - NGO WANITA BANTAH
 
  


Isu sebat Kartika belum menampakkan penyelesaiannya, muncul pula isu
sebat yang baru. Bezanya kali ini, hukuman sebatan telah pun
dilaksanakan sebelum perkara ini didedahkan kepada umum. Seperti cacing
kepanasan, para pejuang feminisme dan hak-hak asasi manusia melatah
sebaik sahaja ia disampaikan oleh media massa. Isu kali ini melibatkan
tiga orang wanita dan hukuman tersebut sebenarnya tidak layak untuk
dikategorikan sebagai hukum Islam. 

Seperti yang diakui sendiri oleh Maria Chin Abdullah, sudah nampak
'masalah' jika ada dua undang-undang; sivil dan syariah yang diterapkan
di dalam negara. Akan tetapi, persoalan lain pula muncul, beliau
mencadangkan supaya undang-undang syariah dikaji semula. Mengapakah
hanya undang-undang syariah sahaja yang perlu dikaji semula? Adakah
untuk diperbaiki supaya menurut hukum-hukum uqubat Islam 100%, atau
untuk diletakkan di dalam kandang pesalah sebagai 'pihak' yang melanggar
hak-hak asasi manusia, menyeksa wanita, kejam dan tidak
berperikemanusiaan? Bagi mereka yang memahami perjuangan golongan
feminis dan liberal ini, pastinya sudah dapat meneka bahawa motif mereka
adalah untuk mengetepikan terus mahkamah syariah dan mengekalkan
mahkamah sivil sebagai satu-satunya mahkamah dan undang-undang yang
diterapkan di negara ini. 

Inilah padahnya apabila umat Islam semakin jauh dari kehidupan Islam
yang kaffah. Hukum-hukum Islam semudah itu diperlecehkan dan dilemparkan
pula dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Lebih menyedihkan,
penghinaan tersebut dilakukan oleh umat Islam sendiri, kononnya atas
nama hak asasi manusia yang menipu! Walhal, punca permasalahannya adalah
bahana sistem kehidupan sekular-kapitalisme yang melahirkan golongan
manusia rendah akhlak, terdedah kepada ancaman gejala sosial dan
pengaruh hedonisme dan kontang budaya amar ma'ruf nahi mungkar. Malahan,
penyelesaiannya pula ialah dengan sistem uqubat versi sekular yang tidak
berkesan langsung dalam menangani masalah jenayah dan maksiat. Mana
mungkin 'racun' diubati dengan 'racun' yang sama!

Allah SWT berfirman,
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang
diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan
kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu." [TMQ Al
Maidah(5) : 49]

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang
lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" [TMQ Al
Maidah(5) : 50]

"Manusia yang paling dibenci Allah ialah orang yang menghendaki hukumi
jahiliyah (hukum selain Islam) dan menuntut darah orang lain tanpa hak
untuk menumpahkan darahnya." [HR Bukhary]

Maka, belum tibakah peringatan Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang
beriman untuk berusaha menerapkan Islam yang kaffah, serta mencampakkan
seluruh hukum-hukum ciptaan manusia?

"Dan tidaklah layak bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan
- apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara - (tidaklah
layak mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan
mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka
sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata" [TMQ
al-Ahzab(33):36]

" Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya
baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada
hari kiamat dalam keadaan buta."Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa
Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya
adalah seorang yang melihat?Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang
kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada
hari ini kamu pun dilupakan"Dan demikianlah Kami membalas orang yang
melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan
sesungguhnya adzab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal." [TMQ
Taaha: 124-127]



Wallahu 'alam

--
Sumber: Laman blog  Hembusan Amal 4U
<http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/02/isu-sebat-ngo-wanita-bantah.h
tml>  on 2/26/2010 06:02:00 PM
 

Kirim email ke