*Salam, * *Dalam semua tulisan, saya tidak pernah sentuh kes liwat DSAI selaras dengan apa yang di nasihatkan oleh sahabat group sdr Baei saperti berikut:*
*"Salam rakan2 semua, tak usahlah kita bertelagah soal fatwa. Fatwa bukan Qatii. oleh sebab itu antara ulama tidak sama pandangan dan hujjahnya. ini menunjukkan islam tidak mengongkong pemikiran umat Islam. jika betul dapat dua pahala tetapi jika salah dapat satu pahala. maknanya dua2 boleh pakai.* *Tetapi dalam isu kes Anuar, tiada siapa dalam kalangan ulama yang mengatakan bahawa Anuar itu salah atau betul. tiada fatwa daripada mana2 termasuk s. yusuf. Ulama berhati2 dalam hal itu, sebab itu mereka lebih suka tidak campur urusan mahkamah. Dalam Islam, sesuatu yang diperkatakan tentang seseorang sedangkan kita tidak cukup saksi dan hujjah adalah dikira menuduh. tuduh dalam Islam di sebut qazaf, hukumannya 80kali sebat. kita tidak tahu benarkah dia meliwat, kita juga tidak tahu betulkah pengakuan saiful. kalau tidak tahu jangan pula kita membuat andaian itu dan ini. apatahlagi membuat cerita yang bukan2.* *sekarang sedang dibicarakan, banyak aib yang sedang didedahkan. siapakah yang sanggup mengambil dosa pengumpat dan memfinah dalam kes ini. Mungkin peguam, hakim berdosa kalau mereka nafikan kebenaran, orang ramai juga berdosa kalau sepanjang perbicaraan itu mereka turut mengumpat dan membuat fitnah.* *Saya bimbang, semua yang terlibat itu akan mati dalam keadaan dosa mereka tidak terampun. Itu diakhirat, manakala di dunia merkea dihina sepanjang hayat. oleh sebab itu sebagai orang awam kita diam saja isu itu".* ** *Mesej yang saya ingin sampaikan ialah untuk menyatakan CD Fatwa yang di edar oleh DSAI itu bukan fatwa Syeikh Qardhawi tetapi hanya pandangan nya sahaja. * 2010/3/9 amri el wahab <amriwa...@gmail.com> > Dalam banyak hal fatwa Dr Yusuf mengenai isu yang berlaku di Malaysia ada > yang meleset.Masaalahnya dia sering buat fatwa secara "remote".Pandang > dengar dari jauh sahaja sudah bisa mengeluarkan fatwa. > > Adakala fatwa Dr Yusuf sendiri tidak di terima oleh TGNA.Contoh dalam isu > Islam Hadhari satu masa dahulu, di mana Dr Yusuf pernah menyebelahi kerajaan > Malaysia memfatwakan tidak ada salahnya konsep Islam Hadhari di sisi > Islam.Fatwa nya itu di tolak oleh TGNA dan ulama ulama dalam PAS.Ini > menunjukkan bukan semua fatwa ulama ini kita harus terima. > > Kemusykilan saya, di mana kita perlu lihat,tidak mungkin seorang ulama > tersohor ini boleh mengeluarkan fatwa hanya bersandarkan kepada kenyataan > dan cerita cerita dari sebelah pihak, ya itu pihak Seri Anwar, "adhoc" dalam > masa 33 minit? Bagi saya CD itu bukan CD fatwa tetapi hanya pendapat > peribadinya berdasarkan apa yang di cerita oleh pihak Seri Anwar ketika itu. > > Kemusykilan saya lagi, sebelum dia mengeluarkan fatwa dan yakin kes Seri > Anwar adalah kes konspirasi adakah dia sendiri sudah berhati hati melakukan > siasatan terperinci terlebih dahulu? Contohnya sudah kah dia dengar dan > ambil kira kenyataan dari pihak sdr Saifu dan lagi satu pihak yang di tuduh > konspirator? Adakah dia sudah terlalu faham sangat dan arif mengenai selok > belok ,tipu daya,suasana politik, dan permainan pemimpin pemimpin politik di > Malaysia? Hingga dia tidak perlu siasat dan boleh keluarkan fatwa "adhoc" > dalam masa 33 minit? > > Kemusykilan saya lagi,adakah Dr Yusuf sudah ambil kira bahwa sdr Saiful > juga memerlukan pembelaan dan keadilan dan perlu juga mendengar dari > pihaknya sebelum mengeluarkan fatwa? . > > Sdr Saiful mungkin tidak berpeluang untuk berjumpa ulama ini,jika sdr > Saiful boleh berjumpa dan berpeluang menceritakan pula kes dari versinya, > mungkin ada satu lagi "CD fatwa Dr Yusuf Al Qardhawi versi Saiful". > > > > Dari laman Blog Hembusan Amal 4u <http://hembusan-amal.blogspot.com/> > > > Salaam & Regards > > Amri el Wahab > > Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita > dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada > orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? > Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita > hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk > kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". > Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan > bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita > dapat tapi bala. >