Jika beberapa negeri lain samada ditadbir BN atau PR tidak terlepas dari 
masalah kemiskinan tidak menjadi kemusykilan kepada saya tetapi jika berlaku di 
Terengganu ini yang agak musykil. Terengganu "menyumbang" pulohan bilion 
ringgit untuk pembangunan negara tapi masih terdapat rakyatnya yang begitu 
daif. Apabila ke Kuala Terengganu dari Kelantan ikut jalan biasa iaitu melaului 
Setiu/Permaisuri (bukan jalan pantai) saya dapati tidak ada satu pun mercu 
tanda satu pembangunan yang boleh dibanggakan. Tentang kewujudan bandar-bandar, 
dari Kota Bharu apabila melintasi sempadan ke Terengganu bandar yang mula 
ditempoh ialah Jerteh. Selepas Jerteh hingga ke Kuala Terengganu tidak terdapat 
satu pun bandar walau pun sebesar Jerteh !! Kalau pelancong datang pun 
perjalanan dari Kuala Terengganu ke Jerteh memang  membosankan. Pejabat pejabat 
dan hospital Setiu sangat berjauhan antara satu sama lain. Jika 
bangunan-bangunan kerajaan ini diletakan dalam satu kawasan
 saya rasa akan wujud sebuah bandar yang agak besar walau pun tidak sebesar 
Jerteh. Wujudnya bandar akan memudahkan lagi aktiviti perniagaan dijalankan. 
Wallahua'lam.





________________________________
From: "roz...@yahoo.com" <roz...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Fri, March 5, 2010 9:38:41 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Derita keluarga merempat di Terengganu

  
Ini kisah yang dilaporkan. Berapa banyak kisah lain lagi yang tidak dilaporkan 
di seluruh Malaysia baik di negeri Barisan Nasional mahu pun di negeri Pakatan 
Rakyat.

Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri dulu. Jangan kata ini berlaku di 
tempat orang, di tempat kita pun ada. 

************ **** 
Kosmo 5 Mac 2010 
Derita lima beranak merempat tanpa rumah

ZAILANI memeluk anaknya, Mohd. Bakri sementara Zalina duduk di lantai bersama 
Mohd. Fikri (tengah) dan Mohd. Sabri di pondok rekreasi berhadapan Istana 
Maziah di Kuala Terengganu semalam. 

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

KUALA TERENGGANU - Ekoran kesempitan hidup, satu keluarga lima beranak terpaksa 
'menghuni' sebuah pondok rekreasi berhadapan Istana Maziah sebagai tempat 
berteduh sejak sebulan lalu.

Lebih menyedihkan lagi, keluarga Zailani Awang, 48, terpaksa tidur beralaskan 
lantai simen dan berbantalkan kotak tanpa kemudahan asas. 

Sebelum ini, keluarga malang tersebut merempat di kaki-kaki lima dan pekarangan 
masjid di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu sebagai tempat berteduh.

"Inilah rumah kami dan di sinilah kami berteduh daripada panas dan hujan," kata 
Zailani yang berasal dari Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan sebelum berhijrah ke 
Kuala Terengganu awal tahun ini untuk mencari pekerjaan.

Kesengsaraan Zailani bersama isteri, Zalina Ali, 42, dan tiga anak lelakinya, 
Mohd. Fikri, 8, Mohd. Sabri, 6, dan Mohd. Bakri, 3, bermula sejak mereka diarah 
keluar dari sebuah rumah dalam pembinaan di Tok Jembal, dekat sini lebih 
sebulan lalu.

Sejak itu, Zailani yang berkerja mengambil upah sebagai pembantu kedai di 
sebuah restoran berdepan dengan kesukaran untuk mendapat rumah sewa.

"Saya memang tidak mampu bayar sewa rumah sekitar Kuala Terengganu yang 
berharga RM400 kerana gaji saya hanya cukup-cukup untuk makan.

"Saya ada jumpa rumah sewa berharga RM200, tetapi tuan rumah pula tidak mahu 
menyewakan kepada kami kerana tidak percaya saya mampu membayar sewa. Memang 
sedih sangat apabila orang memandang hina keluarga saya," ujarnya.

Zailani menambah, sepanjang sebulan merempat tanpa rumah, dia dan keluarga 
sering dipandang sinis oleh orang ramai selain menumpang tandas masjid dan 
tandas awam untuk mandi.

"Biarpun hidup dalam keadaan susah seperti ini, saya tidak pernah meminta-minta 
daripada orang ramai. Saya masih mampu memberikan makan keluarga.

"Apa yang saya sedih ialah nasib anak yang tidak pernah bersekolah dan mereka 
terpaksa tinggal di jalanan," tambahnya.

Sementara itu, Zalina berkata, meskipun hidup dalam keadaan terhimpit mereka 
juga dianiayai apabila kecurian beg pakaian, dompet dan kad pengenalan 
baru-baru ini.

http://www.kosmo. com.my/kosmo/ content.asp? y=2010&dt= 0305&pub= Kosmo&sec= 
Negara&pg= ne_05.htm 


 


      

Kirim email ke