PETiKAN : BLOG i FOLLOW [http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/]

Mati Sebelum 
Ajal<http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/03/mati-sebelum-ajal.html>

<http://3.bp.blogspot.com/_8yD4FWiuJfM/S5XI5zt0vgI/AAAAAAAAAPw/3k-q_4qrkR8/s1600-h/Untitled-2.gif>
Mungkin kita tertanya-tanya mengapa dikatakan mati sebelum ajal, bukankah
mati berlaku apabila ajal menjelma. Setiap hari, setiap saat pasti aka ada
kematian di atas muka bumi ini, pasti ada yang bertukar tilam, dari empuk
dan berhawa dingin kepada tanah yang keras dan sempit lagi gelap. Ada orang
bertanya kepada saya, mengapa saya gemar membicarakan topik kematian. Saya
mempunyai alasan saya yang tersendiri kerana mati itu juga adalah titik
permulaan kehidupan seorang spiritualis.

Jika matinya membawa bahagia maka beruntunglah dia namun jika mati itu
pembuka pintu neraka jelas kerugian sudah melanda. Apalah gunanya kita hidup
bermewahan tetapi apabila mati kemiskinan menjadi teman. Apalah gunanya kita
dikelilingi sanak saudara serta teman taulan tetapi sewaktu di alam barzah
kita keseorangan tanpa bekal, tanpa pertolongan. Pada saya, setelah
mengamati kehidupan yang berlalu setiap hari, saya melihat tidak kira siapa
pun kita, sedalam mana kasih sayang anak-anak kita kepada kita, sekuat mana
ikatan cinta pasangan kita, yang pastinya apabila kematian datang kepada
kita, kesedihan, kesugulan hanya datang buat sementara waktu, hanya ketika
tanah kubur merah.

Setelah itu mereka juga seperti kita sekarang, sibuk menyempurnakan
tanggungjawab dunia dan ingatan kita pada si mati hanya tinggal ingatan,
sedikit demi sedikit berlalulah doa yang pada awalnya kita panjatkan.
Justeru hal inilah yang mengingatkan saya agar menyiapkan bekal untuk diri
sendiri, supaya nanti tidak keseorangan dan kegelapan. Bekal paling perlu
bagi saya adalah perasaan saya dengan Allah swt kerana dari rasa itu datang
perbuatan dan mencetuskan keikhlasan. Kita harus terus hidup sehingga
tibanya ajal yang ditetapkan.

Janganlah kita mati sebelum ajal kerana kerugian yang besar sudah pasti
menyusahkan. Mati sebelum ajal seperti kita hidup tapi tidak bernyawa, kita
makan tetapi tiada rasa, kita minum tak hilang dahaga. Mati sebelum ajal
adalah keadaan di mana hati kita sudah mati walau jasad tegap berdiri. Hati
sudah terkunci walau bicara petah tiada henti. Jiwanya sudah kering, biar
jasadnya bermandi berendam di dalam air tidak pernah kering. Maka apabila
jiwa kita sudah kering, hati kita sudah mati, kita sepertinya sudah tidak
disukai Allah swt.

Jika ini berlaku maka siapakah yang mahu kita ambil menjadi tuhan, bukankah
kita kini dalam kerugian. Dek kerana itu kita perlu memastikan yang kita
tidak mati sebelum ajal. Orang yang sudah mati sebelum ajal, sukar menerima
ilmu, sukar menerima hal-hal berkaitan agama dan jiwa mereka kosong.
Kehidupan mereka juga tidak keruan, mereka resah, mereka gelisah, mereka
merasakan ada kekosongan dalam hidup tetapi keegoan mereka menutup
kekosongan hati mereka. Hati menjadi hidup apabila kita mengingati Allah swt
dan mengingati Allah swt cukup indah jika kita melakukannya dengan rasa.

Merenung kematian merupakan jalan mudah untuk melembutkan hati kerana
apabila kita merenung kematian maka bermainlah di benak kita, adakah kita
diterima Allah swt atau kita sebenarnya dibenci Allah swt. Orang yang
mengingati mati, akan sentiasa melihat kematian di hadapannya, dia tidak
takut mati kerana mati adalah jalan bertemu Tuhannya tetapi yang ditakutinya
adakah dia diterima Alah swt. Kematian itu pasti, kehidupan itu realiti.
Kematian itu abadi, kehidupan itu titi maka berhati-hatilah dalam meniti
jangan sampai terjatuh mati kerana ‘kematian’ hati itu punca sepi.

Justeru marilah kita berlatih untuk mati agar kita dapat bersedia menghadapi
hari yang mana hanya kita yang mengetahui sakit tak terperi. Jika kita
berlatih setiap hari dalam menyediakan diri, insya Allah kita siap untuk
berdikari. Tetapi harus kita ingat persedian itu berbentuk fizikal yang
paling penting adalah ikatan rasa justeru itu awal sifat dua puluh itu
wujud… merasa kewujudan Allah swt. Latihan fizikal yang perlu untuk kita
menghadapi mati adalah solat. Mengapa? Cuba kita renung kembali, selain
orang solat siapakah yang melakukan qiam… jawapannya orang yang meninggal.

Maka falfasah paling mudah untuk kita lihat dalam solat itu adalah melatih
kita untuk mati. Maka solat itu penuh ketenangan dan jika kita mampu
melaksanakan solat dengan penuh kualiti maka kita akan dapat melihat erti
kematian dan kita akan mula merasa perlunya mengingati kematian. Orang yang
bijak akan sentiasa mengingati hari matinya, kerana ianya akan membawa
mereka untuk lebih mencintai Allah swt. Solat itu jalan mudah untuk merasa
kematian justeru seharusnya sebelum solat kita sudah mematikan dunia, kita
sudah meninggalkan dunia.

Namun apa yang sering berlaku, kita masih membawa dunia yang penuh masalah
ke dalam solat hingga terabai rasa cinta kita dengan Allah swt. Saya sering
mengingat diri saya serta mereka yang bersama saya, marilah kita berhati
kering dengan dunia tetapi basah dengan cintaNya. Janganlah sampai dunia
menjadi tuhan dalam solat kita dan seandainya itu berlaku maka kita sudah
pun hampir mati bahkan mungkin sudah mati sebelum ajal. Belajarlah untuk
mati lima kali sehari, bertatihlah untuk diri, jangan berlari nanti jatuh
lupa diri.

*Cinta Ilahi tidak terperi, wajah berseri hidup bererti. Jika cinta sudah
terpatri, biar aku mati dari sendiri. Cinta itu sungguh bererti, hidup dan
mati ku untuk Ilahi*. Semoga kita dapat memulakan langkah mendalami erti
kematian dalam solat. Amiin.


  Posted by k.a.s.s  at 11:26
AM<http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/03/mati-sebelum-ajal.html>
   
<http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=3652578072620463274&postID=8436241323570521494>
   1 comments:
 Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya telah mengikuti blog ini kira-kira tiga bulan lepas.. kebetulan hati
sering merasa gundah..tercari-cari, banyak bahan bacaan, artikel, blog etc
yang berkaitan kematian saya baca..sebagai nasihat buat diri.

(Bolehkah saya mengambil ruang yang panjang)

Sebenarnya begini..pada suatu maghrib kira-kira 4 bulan lepas saya terasa
bergetar seluruh badan seakan menggigil..malah semasa mengangkat wuduk utk
bersolat maghrib langkah terasa tak jejak, bibir bergerak-gerak. Hati
tertanya-tanya kenapa dengan diriku ini. Selesai solat hati tergerak membaca
tanda-tanda apabila kematian itu hampir. (Pada 100 hari bergetar seluruh
badan). Ya Allah malaikat maut sedang memerhatikan dirikukah?. Saya
membanyangkan di alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi 'bumi' &
'langit', kehadiran Mungkar & Nangkir yg menyoal segala perbuatan,
bagaimanakah jika kuburku itu kancah api neraka.Mampukah aku menghadapi
sengatan kala jengking, ular2 sebesar anak lembu sekali patuk sakitnya
selama 70th, Bermula saat itu mati menjadi penanda aras kepada segala
tindak-tanduk.
Saya mula mengumpul semua barang peribadi..membuat catatan (100 hari),
membayar puasa yang belum selesai diganti,membaca Al-Quran dgn lebih kerap
dgn harapan segera khatam, tutup aurat dengan lebih sempurna.
Meminjam kata2 yg saya dpt dari satu artikel (Nak jadi baik perlu lawan rasa
malas, jemu, letih dll ketika hendak beribadah, berdoa terus-menerus mohon
taufik & hidayah Allah).
Saya sentiasa mencari peluang solat sunat sebanyak yang boleh selain sedaya
upaya meninggalkan segala urusan apabila azan berkumandang...doa saya setiap
hari 'Ya Allah..ampunilah dosaku..ampunilah dosaku..ampunilah segala dosaku
pagi & petang, samaada yang terang atau yang tersembunyi, yang diketahui
atau tidak disedari. Wahai Tuhan, berilah nanti buku amalan dengan tangan
kanan, tetapkanlah kaki ketika melintasi titian siratulmustaqim, masukkan
aku ke syurga firdaus bersama org soleh. YA Allah, panjangkanlah umurku moga
dapat memperbanyakkan amal, janganlah kau ambil nyawaku selagi dosaku tak
terampun.
Benar..jika manusia memahami hakikat hidup ini adalah sbg ujian menuju
akhirat manusia akan
berebut-rebut ingin berbuat kebajikan, berusaha siang & malam mengumpul
bekalan.
Menjelang hari ke 100 hati saya sgt gelisah mungkin kesan psikologi..jika
aku mati hari ini adakah Allah menerimaku, sudah terampunkah dosa-dosaku.
Saya berdoa berulang-ulang kali 'Ya Allah, tutuplah aibku, tenteramkan
kegelisahanku, ampuni dosaku.
Hari ini saya telah melepasi tempoh 100 hari tersebut, tetapi saya mengambil
ini sebagai peringatan Allah," Siapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan,
akan diberinya kefahaman dalam agama dan diilhamkan petunjuk".

Kematian itu pasti..bagaimana cara kita dijemput, bila masanya..tak mungkin
kita akan tahu.
  March 10, 2010 5:23 PM
<http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/03/mati-sebelum-ajal.html?showComment=1268213039190#c8424343911666128988>

Reply via email to