PETIKAN : BLOG i FOLLOW
[ResipiHidup-bersamaSuzana<http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/>
]
Selarikan kehendak dan
doa<http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2010/03/selarikan-kehendak-dan-doa.html>
 Tiga bulan sebelum ini, saya berdepan dengan seorang klien yang ragu-ragu
tentang apakah yang perlu dilakukannya? Dia adalah seorang isteri yang
dibiarkan ‘sepi dan sendiri’ dah lebih 10 tahun sejak hari pertama
perkahwinan. Tak pasti apakah masalah suaminya tetapi si isteri mula rasa
bosan dan bengang namun dalam masa yang sama si isteri masih tetap sayang
kerana suaminya sempurna dalam semua perkara kecuali gagal menunaikan nafkah
batinnya. Ketika bertemu saya, kesnya akan dibicarakan di Mahkamah Syariah
kurang dari seminggu dan si isteri keliru, wajarkah untuk meneruskan kes
atau pun tidak? Bila saya tanyakan, kenapa keliru? Jawapan isteri, dia masih
rasa sayang tetapi dalam masa yang sama dia rasa amat tertekan dan kerana
tekanan tersebut, dia panjangkan kes ke Mahkamah. Biasalah tu, bila tekanan
menghimpit perasaan, keputusan memang sukar berpaksi atas nama kewajaran.

Bila semakin panjang sesi perbualan, saya dapat tahu bahawa wanita ini masih
sayangkan suami cuma amat tertekan bila kehadirannya tidak dipeduli malah
pernah ditolak bila cuba menggoda suami sendiri. Bukan sehari dua, bukan
sebulan dua tetapi dah lebih 10 tahun. Si isteri bersabar kerana bimbang
bergelar janda dan dalam masa yang sama, komitmen suami tinggi sebagai
seorang ketua rumahtangga bezanya suami gagal menunaikan kehendak batinnya.
Hanya selepas tempoh yang agak lama, si isteri berani mengadu ke pihak
berwajib dan mengemukan kes. Cuma isteri keliru, wajarkah dia bertindak
sedemikian? “Sepanjang tempoh ini, apa doa Puan?” Memang itu adalah soalan
rutin saya. Jawab si isteri: “Saya berdoa agar perkahwinan kami selamat.”

Saya tersenyum mendengar jawapan si isteri. Mungkin ada antara anda yang
faham maksud senyuman saya tika itu. Ya! Doa si isteri dimakbulkan. *Allah
dah janji, mintaklah dan Dia akan makbulkan*. Di dalam kes ini, permohonan
si isteri dimakbulkan walau hakikatnya itu bukan kehendaknya yang sebenar.
Kenapa saya katakan bukan kehendak sebenar? Sebab si isteri bukan saja
nakkan perkahwinannya selamat tetapi inginkan seorang suami yang sebenarnya:
mampu menunaikan tanggungjawab zahir dan batin. (Jangan ingat hanya suami
sahaja ada kehendak batin, isteri juga perlu dipenuhkan kehendak batinnya.)
*
**Dah nyata, kehendak tak selari dengan doa.* Ya! Allah itu Maha Mengetahui.
Dia memang faham dengan segala yang terbuku di minda dan hati anda tetapi
dah rutinnya, anda akan dapat apa yang anda minta walau ada tikanya, anda
akan terima sesuatu yang bukan kehendak anda. Itu kerja Dia, *kerja kita
sebagai makhluk adalah untuk memohon dan meminta dengan telus dan terterus
terang*. Analoginya mudah. Anda minta suami anda ke pasar dan belikan ikan
tanpa memberitahu jenis ikan yang anda inginkan. Kemungkinan besar ikan yang
suami anda belikan adalah berbeza daripada kehendak anda walau hakikatnya
suami anda sudah faham dengan selera dan kegemaran anda. Lantas, berterus
terang dan nyatakan dengan jelas.

*Ramai daripada kita yang masih belum faham hakikat berdoa yang
sebenarnya.*Ada yang meminta orang lain yang dirasakan lebih alim atau
warak berdoa bagi
pihaknya. Ada yang mencari dan membeli buku himpunan dan berusaha membaca
walau merangkak dan teragak-agak. Tak kurang juga yang berusaha mengerjakan
solat hajat dan istikharah bagi mendapatkan petunjuk Ilahi. Saya tak kata
segala tindakan dan perbuatan tersebut salah cuma kurang tepat.

   - Kenapa perlukan orang lain berdoa untuk anda sedangkan hanya anda
   sendiri yang betul-betul faham dengan kehendak anda?
   - Kenapa perlu membaca bacaan doa yang anda langsung tak faham apakah
   yang anda sedang minta?
   - Kenapa perlu tunggu waktu solat hajat atau istikharah untuk
   mengemukakan hajat dan permintaan anda kepada Allah?


Semua orang maklum, *Allah itu Maha Mengetahui*. Luahkan segala hasrat hati
anda kepada-Nya sama seperti anda meluahkan masalah anda kepada saya atau
siapa sahaja yang anda percayai bagi merungkaikan permasalahan anda.
Berterus terang mengenai perasaan anda dan ucapkan juga apakah permintaan
anda. Allah akan faham setiap perkataan anda tak kira dalam bahasa apa
sekalipun yang anda gunakan kerana Dia Maha Mengetahui. Jangan fikir diri
anda kotor atau hina kerana Allah itu Maha Pengampun. Serahkan dan dekatkan
diri anda kepada-Nya, Dia akan dekat dengan anda. Berdoalah bila-bila masa
tak kira sedang bekerja, memasak atau apa sahaja. Bila teringatkan kehendak
anda, berhenti seketika, bermunajat kepada-Nya dan berdoalah.

Seperti yang saya tegaskan daripada awal, berdoa minta kehendak anda namun
perlu diingat, kehendak anda belum tentu adalah yang terbaik. Lantas,
praktikkan untuk berdoa memohon yang terbaik. Sebagai contoh kes yang saya
kemukakan awal tadi, *berdoalah minta jika meneruskan perkahwinan adalah
yang terbaik untuk anda dan suami, mohon agar suami berubah sikap menjadi
seorang suami yang dapat melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir dan juga
batin. Jika sebaliknya, mohon agar dimudahkan jalan untuk mengakhiri
perkahwinan anda*.

Paling penting, doakan agar apa juga keputusan terbaik yang diberikan
oleh-Nya, anda akan kekal tabah dan kuat untuk meneruskan hidup dan dapat
terima dan percaya, ada hikmah di sebalik setiap ketentuan-Nya.

****Siaran Ogos 2008

Kirim email ke