"KOTA KINABALU 12 Mac - *Umat Islam di negara ini kini berdepan dengan ancaman hebat dari dalam dan luar yang cuba menggugat dan memecah belah perpaduan para penganutnya.**Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, percubaan tersebut semakin ketara sejak kebelakangan ini dan untuk itu umat Islam perlu mengukuhkan semula keharmonian.**"Kita berdepan dengan cabaran hebat yang datang dari luar dan dalam, kalau kita tidak pelihara dan prihatin, mereka akan terus berusaha menggugat, merosak dan menjatuhkan kita".**(UTUSAN 13/3/10)* * ULASAN:*
*SIAPA PENGANCAM UMAT SILAM SEBENAR?* Siapakah sebenarnya ‘mereka’ yang mengancam umat Islam seperti yang dimaksudkan oleh Muhyiddin? Hakikatnya, antara ‘mereka’ yang mengancam Islam hari ini adalah mereka yang bertindak sebagai ejen Barat di dunia kaum Muslimin. Mereka adalah para ejen yang menerapkan sekularisme dan mengenepikan peranan Islam dalam wilayah kekuasaan mereka. Dengan sekularisme ini, politik umat Islam hanyalah tertumpu kepada kuasa dan manfaat. Dengannya juga, ekonomi umat Islam menduduki tangga tercorot di mana para perompak dari kalangan pemodal (kapitalis) meraih kekayaan luar biasa. Dengannya juga, situasi sosial sentiasa berada di gerbang kehancuran. Dengan sekularisme juga, taraf pendidikan dan intelektual umat menjadi amat rendah supaya mudah diperkotak-katikkan. ‘Mereka’lah sebenarnya pengkhianat kepada umat! Mereka mengkhianati umat dari segenap aspek kehidupan. Mereka merupakan para pemimpin sekular yang bersifat liar, sentiasa mencari peluang untuk meratah darah dan harta umat. Mereka juga sangat taat dan setia kepada mahaguru mereka di Barat sana. Semua pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang,pemimpin poltik,pemimpin NGO,ulama, ahli ekonomi, pendidik dan rakyat termasuk keluarga kita dan kita sendiri perlu cermin diri . Dan lihat siapakah sebenarnya yang mengancam Islam? Siapakah yang tegar dalam menerap dan mempertahankan sekularisme? Siapakah yang memandang Islam sebelah mata? Siapakah yang memandang ringan penerapan Islam dan terus mengenepikannya? Siapakah yang terus tegar, enggan mengambil kira Islam sebagai penyelesaian kepada segenap masalah kehidupan? Siapakah yang terus membiarkan umat buta kepada Islam? Siapa sebenarnya yang menjadi ancaman kepada Islam??? DARI LAMAN BLOG HEMBUSAN AMAL4u <http://hembusan-amal.blogspot.com/> [image: Wake Up muslim.jpg] <http://hembusan-amal.blogspot.com/> Salaam & Regards Amri el Wahab *Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
<<Wake Up muslim.jpg>>