-l

Daim
 Yang Diam



SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh
 kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali
sebagai 'Daim Yang Diam'

Aku terpanggil untuk menulis entry
mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga
di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa 'formula' yang digunakan
 oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan 'ranking' seseorang
individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik
adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100
individu terkaya di Malaysia . Apatah lagi di kalangan mereka yang
terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n
tugasan Tanzania . Ketika itu aku hendak menukar 'travellers cheque' di
sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku
 ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk
pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja
melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret
 Daim 'sebesar-besar alam' tergantung di dalamnya. Dalam hati aku
berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain
kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil
pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang 'albino' jadi taukeh bank
(sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan,
aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku
berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

"For
 your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin.
 We've got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus
nine branches in Eastern Europe," katanya dalam 'accent' Afrikanya yang
pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi
'ranking' orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak
 itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang
sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus 'low
profile'...seperti mana 'Daim Yang Diam'.

Siapa kata Melayu tak
hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah 'Bank Terbaik 2006'
 daripada The Banker di London.)


NORAZLIN


--
www.pemudabijan. blogspot. com

www.kelabperantauje li.wordpress. com

Blogger's Team: Adnan/Badri/ Azni/Shamsul/ Zee/Cham






















      

Reply via email to