Langkah 1: Kejayaan Bermula Dengan Imaginasi

"I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is 
more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the 
world."
- Albert Einstein

Imaginasi merupakan satu penyatuan di kotak pemikiran manusia, iaitu idea-idea 
lama akan bergabung dengan idea-idea baharu untuk membentuk satu kombinasi unik 
yang mempunyai kegunaan baharu yang sesuai dengan keadaan. Setiap sesuatu 
kejayaan bermula dalam pemikiran atau imaginasi seseorang. Sebagai contoh, 
Thomas
Edison telah lama membayangkan mesin yang bersuara, mesin yang mengeluarkan 
imej yang bergerak serta bulba kecil yang mengeluarkan cahaya dalam mindanya 
sebelum rekaan tersebut menjadi realiti. Apabila Thomas Edison mencipta mentol 
lampu elektrik, beliau sebenarnya menggabungkan dua prinsip lama dan mengaitkan 
perkara tersebut antara satu sama lain untuk membentuk satu kombinasi baharu.

Thomas Edison dan saintis-saintis yang lain pada masa itu tahu bahawa cahaya 
dapat dihasilkan dengan memanaskan wayar kecil dengan aliran elektrik, tetapi 
masalah utama yang dihadapi adalah untuk mencari sejenis wayar yang apabila 
dipanaskan tidak akan terputus dua.

Dalam eksperimen-eksperimen yang dijalankan, Thomas Edison telah mencuba semua 
jenis wayar yang ada dan berharap akan menjumpai sejenis wayar yang dapat 
menahan haba yang tinggi, iaitu satu faktor terpenting sebelum cahaya dapat 
dihasilkan. Beliau telah menjalankan beribu-ribu eksperimen sebelum masalah ini 
dapat diatasi.

Semua persoalan terjawab apabila pada suatu hari, Thomas Edison telah 
menggunakan pengetahuan fiziknya, yang digabungkan dengan idea-idea lama dan 
imaginasi yang ada dalam kepalanya merumuskan bahawa tidak akan ada pembakaran 
sekiranya tiada oksigen. Maka, berbekalkan pengetahuan ini, Thomas Edison telah 
meletakkan wayar di dalam sebuah balang kaca tanpa oksigen, dan apabila 
pemanasan berlaku, satu cahaya telah dikeluarkan. Kejayaannya telah 
memanfaatkan jutaan manusia dari dahulu sehingga hari ini. Walaupun terdapat 
pelbagai jenis mentol pada zaman ini, prinsipnya tetap sama.

Begitu juga di sebalik setiap pembinaan jalan, bangunan, institusi kewangan, 
perniagaan yang besar dan ciptaan yang mengagumkan, sebenarnya bermula dalam 
minda seseorang. Imaginasi itu menjadi satu matlamat dan akal serta tenaga 
telah digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Anda tidak mungkin mempunyai tujuan dalam hidup atau tidak mungkin mempunyai 
keyakinan diri atau inisiatif dan sifat kepimpinan, sekiranya anda tidak 
mewujudkan karektor-karektor ini dalam imaginasi anda terlebih dahulu dan 
membayangkan diri anda dengan sifat-sifat positif tersebut. Perjalanan dalam 
fikiran manusia mudah dan digambarkan seperti berikut, sebuah imaginasi yang 
diterjemahkan kepada idea dan dengan perancangan yang baik, hal ini boleh 
menjadikan matlamat itu suatu realiti.

Oleh itu, jangan berputus asa mengharapkan rahmat daripada Tuhan. Jika dalam 
proses melakukan sesuatu anda merasakan perlu ada perubahan, maka lakukan 
perubahan tesebut demi kebaikan. Jika ada banyak rintangan yang datang, anda 
harus bertindak balas secara positif terhadap perkara-perkara tersebut walaupun 
mungkin membantutkan kejayaan anda.

Ingat! Fikir positif tentang kejayaan dan usaha anda. Anda pasti boleh berjaya. 
Jangan sekali-kali berputus asa walaupun telah mencuba berkali-kali, bak kata 
Thomas Edison semasa hayatnya;

"I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work."
- Thomas Alva Edison (1847-1931)

kerana seperti kata, Albert Einstein,
"The significant problems we face cannot be solved at the same level of 
thinking we were at when we created them."

Jadi, tidak perlu berputus asa!


Artikel di atas dipetik daripada Bab 4: Langkah Menuju Kejayaan dalam buku Cara 
Mudah Mengenal Pasti Langkah Menuju Kejayaan Dalam Hidup. Maklumat lanjut 
tentang buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila 
berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Kirim email ke