Pendidikan seks ikut Islam tangani kemelut
sosial<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/pendidikan-seks-ikut-islam-tangani.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/pendidikan-seks-ikut-islam-tangani.html>
 
<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6iaGHNNdGI/AAAAAAAADwk/WB09pfizVX4/s1600-h/man-woman-symbols.jpg>
*
Ibu bapa perlu didik anak mengenai aurat, hubungan berlainan jantina elak
terjebak maksiat
*
ISLAM agama yang indah, lengkap dan memenuhi aspek kehidupan sejagat. Tiada
satu persoalan pun dalam kehidupan di dunia ini melainkan Islam menyediakan
garis panduan, peraturan dan penyelesaiannya supaya manusia menjalani
kehidupan dengan sejahtera.

Antaranya ialah persoalan seks. Apabila *berbicara mengenai seks, Islam
menganjurkan umatnya bertanya segala masalah itu kepada orang yang lebih
alim*. Saidatina Aisyah memuji sifat wanita Ansar yang berani bertanya
Rasulullah dalam masalah agama yang mereka tidak ketahui. Tambahan pula
persoalan seks amat berkait rapat dengan soal maruah yang menjadi satu
daripada enam perkara asasi dan tonggak kesejahteraan serta keamanan sejagat
selain agama, harta, nyawa, akal dan keturunan. *Pengabaian persoalan seks
dikatakan antara faktor menyumbang kepada kemelut sosial yang semakin
meruncing di kalangan masyarakat kini*. Justeru, pendidikan seks perlu
diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa secara khususnya ketika mendidik
anak supaya mereka menjadi insan yang bertakwa kepada Allah.

Seks memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut kamus, seks
ialah keinginan nafsu syahwat yang disalurkan pada tempat sebenarnya. Dengan
nafsu syahwat inilah keturunan manusia dilanjutkan. Sehubungan itu, *Islam
tidak ketinggalan menyediakan garis panduan kepada manusia supaya mendidik
nafsu syahwat selaras nilai Islam sehingga berubah menjadi nafsu yang
dirahmati dan diredai Allah*. Dari sini, baru terbina sebuah mahligai rumah
tangga yang bahagia dihiasi haruman sakinah , mawaddah dan rahmah. Dari
institusi kekeluargaan inilah, lahir generasi manusia yang akan menyambung
keturunan untuk terus mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Menurut perspektif Islam, pendidikan seks sebahagian daripada pendidikan
akhlak yang didasari asas iman. Contoh, seorang Muslim yang beriman tidak
akan menyalurkan naluri keinginan seks untuk berzina atau melakukan seks
bebas, berkhalwat dan sebagainya. *Pendek kata, iman bertindak sebagai
perisai utuh menghalang seorang Muslim melakukan larangan Allah*. Sebaliknya
iman tohor menyebabkan mereka bertuhankan hawa nafsunya dan sanggup
melakukan apa saja asalkan dapat memuaskan kehendak hawa nafsunya.

Konsep awal pendidikan seks dalam Islam dimulai dengan pengertian aurat
iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan kita
pun tidak boleh melihat aurat orang lain. Bagi lelaki, auratnya antara pusat
hingga ke paras lutut. Aurat wanita pula seluruh tubuhnya kecuali muka dan
dua tapak tangan. Dalam hal ini, tiada kelonggaran atau keuzuran bagi
seseorang mendedahkan aurat kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan
dan sebab yang dibenarkan syarak.

Malah aurat adalah bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.
Sebab itu, Islam memerintahkan umatnya menutup aurat supaya tidak terdedah
kepada gejala terlarang.

Seterusnya, *Islam memerintahkan ibu bapa memisahkan tempat tidur anak
mereka apabila sampai masa dengan menyediakan bilik khusus untuk anak lelaki
dan anak perempuan*. Ini berdasarkan hadis Rasulullah bermaksud: “Suruhlah
anak kamu menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka
apabila berusia sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta
asingkan tempat tidur mereka.” (HR Tirmizi dan Abu Daud).

Selain itu, *anak sewajarnya dijelaskan adab sopan dalam rumah dan luar
rumah*. Ibu bapa perlu mendidik mereka sejak kecil mengenai *adab meminta
izin dalam rumah tangga* iaitu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu
bapanya. Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: “Dan apabila kanak-kanak
dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama
seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) yang tersebut dahulu
meminta izin.” (Surah al-Nur: 59)

*Pendidikan seks juga bererti mendidik diri anak dan orang dewasa sentiasa
menjaga pandangan mata*. Ini bermakna *seorang Muslim dilarang memandang
benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah, melihat
gambar seks dan sebagainya*. Malah, *lelaki wajib menundukkan pandangannya
apabila melihat perempuan* seperti dinyatakan Allah dalam (Surah al-Nur: 30)
yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang
mereka kerjakan.”

Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki malah *perempuan
yang turut dituntut memelihara aurat dan kehormatan mereka*. Dalam hal ini,
Allah berfirman maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram),
memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur: 31)

*Anak juga hendaklah diajar jangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan
dan tidak berdua-duaan dengan yang bukan mahram.* Bergaul bebas antara
mukadimah zina yang dilarang Islam selain perangkap yang dipasang syaitan
untuk menjeremuskan umat manusia ke lembah perzinaan.

Huraian Al-Quran dan juga penjelasan hadis Rasulullah berkaitan dengan
proses kejadian manusia bermula dari setitik air mani hingga kepada proses
kelahiran bayi, hendaklah disampaikan dan dijelaskan kepada anak dengan
sebaik-baiknya untuk maksud membuktikan kekuasaan Allah.

Akhirnya, apabila anak mencapai umur kematangan yang melayakkan mereka
membawa haluan hidup masing-masing maka *ibu bapa perlu menerangkan etika
hidup bersuami isteri dan berkeluarga mengikut cara Islam*. Mudah-mudahan
mereka dapat membina sebuah mahligai rumah tangga bahagia yang berada di
bawah keredaan Ilahi.

*Sejarah membuktikan, pengetahuan manusia semata-mata tidak mampu membendung
dan mendidik seks tanpa petunjuk Allah.
*
Sumber : Prof Madya Dr Ungku Ahmad Zaki Engku Alwi di BHarian
19/03/2010<http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendidikanseksikutIslamtanganikemelutsosial/Article>

Capaian entry berkaitan :

   1. Bimbing anak perubahan baligh, elak kes
seksual<http://laman-seri.blogspot.com/2008/02/bimbing-anak-perubahan-baligh-elak-kes.html>
   2. Padah dedah seks depan
kanak-kanak<http://laman-seri.blogspot.com/2009/04/padah-dedah-seks-depan-kanak-kanak.html>
   3. Apabila anak bertanya tentang ‘burung’ dan
‘bunga’<http://laman-seri.blogspot.com/2008/11/apabila-anak-bertanya-tentang-burung.html>
   4. Tumbesaran gadis: Mencapai akil
baligh<http://laman-seri.blogspot.com/2008/03/tumbesaran-gadis-mencapai-akil-baligh.html>
   5. Pertama kali datang
haid<http://laman-seri.blogspot.com/2008/03/pertama-kali-datang-haid.html>
   6. Mandi Wajib
Ekspress<http://laman-seri.blogspot.com/2008/05/mandi-wajib-ekspress.html>
   7. Akibat cinta bersandarkan
nafsu<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/akibat-cinta-bersandarkan-nafsu.html>

  Anda mungkin juga meminati:
   Lelaki lembut
 <http://laman-seri.blogspot.com/2009/12/lelaki-lembut.html>
  Kain Putih Apa Coraknya?
 <http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/kain-putih-apa-coraknya.html>
  Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/kaedah-umum-didik-anak-lelaki-perempuan.html>
  Masalah buang bayi boleh diatasi

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/masalah-buang-bayi-boleh-diatasi.html>
  Akibat cinta bersandarkan nafsu

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/akibat-cinta-bersandarkan-nafsu.html>
 *LinkWithin* <http://www.linkwithin.com/learn?ref=widget>
  KATEGORi: Bicara
Agama<http://laman-seri.blogspot.com/search/label/Bicara%20Agama>,
Keibu-bapaan <http://laman-seri.blogspot.com/search/label/Keibu-bapaan>


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke