Tak sampai sebulan upacara pecah tanah kilang Coca Cola terbesar di rantau ini 
di Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa 
Negeri Sembilan akan teroka sumber air bawah tanah.

Dah tahu N.Sembilan tak cukup air, kenapa benarkan kilang Coca Cola beroperasi 
di N.Sembilan.

Dan kawasan catuan air di N.Sembilan sebelum ini pula di kawasan berhampiran 
kilang Coca Cola iaitu di Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

PENGGERUDIAN DAN PENGEPAMAN AIR BAWAH TANAH SECARA BERLEBIHAN PERLU DIELAKKAN 
KERANA:
* Mengeringkan alur, anak sungai, paya
* Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
* Pemendapan tanah
* Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur

BATASAN KEPADA PENGGUNAAN AIR BUMI:
* Belum tentu bersih (bacteria, kotoran, bendasing)
* Pencemaran (logam berat, bahan kimia organic)

**************************************
NEGERI SEMBILAN TEROKA SUMBER AIR BAWAH TANAH
24 Mac 2010
SEREMBAN: Negeri Sembilan akan meneroka sumber air bawah tanah bagi menampung 
keperluan air bersih di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan.

Beliau berkata, sumber air itu diperlukan berikutan bekalan air di permukaan 
seperti sungai dan empangan semakin terbatas ekoran cuaca panas dan pengurangan 
taburan hujan di beberapa kawasan tadahan air di negeri ini.

Pada 7 Mac lepas, SAINS mula melaksanakan catuan bekalan air di beberapa 
kawasan di daerah Seremban ekoran cuaca panas yang berlarutan.

Hujan yang lama tidak turun mengakibatkan penurunan paras air sungai di muka 
sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang 
membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

Bagaimanapun, catuan air itu dihentikan pada Isnin lepas setelah keadaan pulih 
semula. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_berita/20100324163950&sec=mstar_berita

SUMBER AIR BAWAH TANAH

SEREMBAN 24 Mac - Catuan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) 
baru-baru ini telah membawa kepada cadangan untuk mencari sumber air bawah 
tanah sebagai alternatif baru pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu arahan telah dibuat 
kepada Sains supaya segera membuat kajian untuk mencari punca air yang terdapat 
di dalam tanah untuk dipam keluar pada waktu yang diperlukan.

"Ketika ini kita sedang menggali lombong besar untuk dijadikan kolam takungan 
di Kuala Sawah, Rantau yang berkeluasan 80.9 hektar," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Di  Malaysia, air bumi tidak digunakan kerana sumber air permukaan sudah 
mencukupi.

Malaysia mempunyai bekalan air bawah tanah sebanyak 5000 billion m3

BATASAN KEPADA PENGGUNAAN AIR BUMI:
* Belum tentu bersih (bacteria, kotoran, bendasing)
* Pencemaran (logam berat, bahan kimia organic)


PENGGERUDIAN DAN PENGEPAMAN AIR BAWAH TANAH SECARA BERLEBIHAN PERLU DIELAKKAN 
KERANA:
* Mengeringkan alur, anak sungai, paya
*Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
* Pemendapan tanah
* Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur
www.christopherteh.com/sst3302/Sumber%20dan%20sifat%20air.doc

FOMCA BANTAH PROJEK PEMBANGUNAN AIR BAWAH TANAH DI BATANG PADANG, PERAK

PETALING JAYA, 25 Ogos 2009 (Bernama) -- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia 
(FOMCA) membantah projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, 
Perak oleh Sime Darby Berhad kerana ia akan memberi kesan buruk kepada 
ekosistem dan juga alam sekitar.

Satu daripada kesan buruknya ialah sekiranya pengekstrakan air bawah tanah 
melebihi kadar gantiannya melalui proses semulajadi ia akan mengakibatkan tanah 
tenggelam dan akan berlaku percampuran air laut dengan air tawar serta 
penurunan paras aliran masuk air, jelasnya.

Ini semua akan mendatangkan kesan buruk kepada sistem ekologi dan alam sekitar 
seperti apa yang telah berlaku di Thailand, Indonesia dan beberapa kawasan di 
India, katanya.

Marimuthu berkata projek sumber air di Batang Padang yang akan mengekstrak 
antara 50 dan 500 juta liter padu air sehari itu bertujuan membekal keperluan 
air mentah ke Lembah Klang yang kian meningkat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi FOMCA, S. Piarapakaran mempertikai laporan 
Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek pembangunan sumber air 
bawah tanah itu yang dianggap begitu lemah.

"Berdasarkan penelitian dan kajian kami -- FOMCA, Persatuan Pengguna Air dan 
Tenaga dan Forum Air -- selama 6 bulan, terdapat pelbagai perkara yang boleh 
dipertikaikan.

"Tiada model simulasi untuk mendapat kadar aliran masuk untuk suatu jangka masa 
panjang, tiada kepastian sama ada pengekstrakan itu menggunakan akuifer 
terkurung atau tidak terkurung.

"Tiada lokasi spesifik untuk projek yang dicadangkan. Batang Padang meliputi 
kawasan dari Slim River hingga Cameron Highlands meliputi kawasan seluas 2,712 
kilometer persegi di samping tiada penganggaran perubahan air dinyatakan," 
jelas beliau.

"Laporan EIA ini lebih merupakan literatur kuantitif berbanding kualititatif 
dan tiada maklumat terperinci direkodkan," kata Piarapakaran.


Menurut Piarapakaran jika percampuran air laut berlaku, syarikat konsesi air 
yang merawat dan membekal air bersih akan terpaksa ditutup seperti yang berlaku 
di England di mana sejak pertengahan 1970-an, 11 sumber air bawah tanah yang 
dimilki oleh syarikat air telah berhenti beroperasi disebabkan masalah 
pencampuran air laut.

Beliau berkata di Batang Padang terdapat kawasan yang mempunyai ketinggian 
melebihi paras 1,200 meter yang akan menyebabkan tekanan tinggi pada kawasan 
pengekstrakan di hilir akuifer terkurung dan air hilang dengan lebih cepat 
berbanding aliran masuk.

"Ia akan menyebabkan kehilangan habitat kerana kawasan aliran masuk sebegini 
biasanya terdapat di hutan dara dan turut menjejaskan sungai, tasik, paya dan 
air terjun," katanya.
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2009/200-bernama-fomca-bantah-projek-pembangunan-air-bawah-tanah-di-batang-padang-perak

BELUM TERDESAK CARI SUMBER AIR BAWAH TANAH
Monday, 30 November 2009

KUALA LUMPUR: Projek penuaian air bawah tanah tidak sesuai dilaksanakan di 
negara ini berikutan sumber air permukaan yang ada masih mencukupi dan mampu 
menampung keperluan harian pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd 
Yusof Abdul Rahman, berkata berdasarkan keadaan belum ‘terdesak’ untuk 
mendapatkan bekalan air, projek penuaian air bawah tanah tidak perlu dilakukan.

“Tidak ada alasan untuk melaksanakan penuaian air bawah tanah yang memberi 
banyak kesan negatif kerana negara kita masih mempunyai sumber air di permukaan 
yang cukup banyak dan mampu menampung keperluan.
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2009/233-belum-terdesak-cari-sumber-air-bawah-tanah

LAPORAN EIA PROJEK AIR BAWAH TANAH MERAGUKAN
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) mendakwa Kajian 
Penilaian Kesan (EIA-Environment Impact Assessment) bagi cadangan projek 
pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak tidak meyakinkan.

Siti Mariah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di 
Dewan Rakyat pagi tadi berkata, perkara ini berdasarkan satu laporan daripada 
Persatuan Pengguna terdiri daripada FOMCA dan lain-lain yang mengatakan bahawa 
kajian EIA itu lebih merupakan kuantitatif dan satu model simulasi tidak 
dilakukan.

Kajian EIA itu juga tidak menerangkan kuantiti aliran masuk dan keluar.

Sedangkan Kementerian memaklumkan pengekstrakkan air itu dapat menghasilkan 500 
juta liter air.

“Saya hairan kenapa baru sekarang syarikat Sime Darby hendak buat eksplorasi di 
mana nak digali dan sebagainya,”

“Adakah ini satu kebiasaan dan bagaimana hanya boleh meluluskan laporan EIA 
yang awal itu sedangkan kontraknya telah ditandatangi oleh kerajaan negeri 
Perak,”soalnya.

Sebelum itu beliau meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan 
status projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak.

Datuk Bernard S. Maraat (BN Pensiangan) dalam jawapannya memberitahu pengusaha 
hasilan sumber asli termasuk sumber air tanah adalah di bidang kuasa Kerajaan 
Negeri.

Kajian EIA bagi projek berkenaan merupakan sebahagian daripada syarat yang 
dikenakan oleh Kerajaan Negeri Perak terhadap pihak Sime Darby Berhad sebelum 
apa-apa kerja eksplorasi atau penggerudian dijalankan.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23589:laporan-eia-projek-air-bawah-tanah-meragukan&catid=15:parlimen&Itemid=53




Kirim email ke