Fatwa Ulama Masa Kini Terhadap Gerakkan Ikhwanul Muslimin

http://bahaya-syirik.blogspot.com

1. Fatwa al-Imam ‘Abdul Aziz bin ‘Abdullah bin Baz rahimahullah

Beliau berkata:


حركة الإخوان المسلمين ينتقدها خواص أهل العلم لأنه ليس عندهم نشاط في الدعوة إلى 
توحيد الله وإنكار الشرك وإنكار البدع، لهم أساليب خاصة ينقصها عدم النشاط في 
الدعوة إلى الله وعدم التوجيه إلى العقيدة الصحيحة التي عليها أهل السنة والجماعة. 
فينبغي للإخوان المسلمين أن تكون عنايتهم بالدعوة السلفية الدعوة إلى توحيد الله 
وإنكار عبادة القبور والتعلق بالأموات والاستغاثة بأهل القبور كالحسين والحسن أو 
البدوي أو ما أشبة ذلك


“Harakah Ikhwanul Muslimin telah dikritik oleh para ulama kerana mereka tidak 
memiliki semangat untuk berdakwah kepada mentauhidkan Allah Ta’ala, mengingkari 
kesyirikan dan bid’ah, mereka mempunyai metode-metode (kaedah) khusus yang 
menguranginya untuk tidak bersemangat dalam dakwah kepada Allah dan tidak 
mengajak kepada aqidah yang benar yang merupakan jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Maka hendaklah Ikhwan al-Muslimin memberi perhatian terhadap dakwah salafiyah 
iaitu dakwah untuk mentauhidkan Allah Ta’ala, mengingkari peribadatan terhadap 
kubur, bergantung kepada mayat-mayat, dan beristighasah (meminta pertolongan) 
dengan penghuni kubur seperti Al-Husin, Al-Hasan, Al-Badawi atau apa-apa yang 
seperti demikian.” (Al-Majallah, m/s. 23, edisi 806, 25 safar 1416 hijriah dan 
Al-Ajwibah Al-Mufidah, m/s. 72. Rujuk juga web rasmi Syaikh Ibn Bazz: 
binbaz.org)

Beliau juga pernah ditanya tentang suatu nas (dalil): Hadis Nabi sallallahu 
‘alaihi wasallam tentang perpecahan umat, baginda bersabda: “Umatku akan 
berpecah menjadi 73 golongan, semuanya keneraka kecuali satu.” Apakah Jamaah 
Tabligh dengan apa yang ada pada mereka berupa berbagai-bagai kesyirikan, 
bid’ah dan Jamaah Ikhwanul Muslimin dengan berkelompok-kelompoknya mereka dan 
tidak taat serta patuh kepada penguasa, apakah kedua-dua Jamaah ini termasuk 72 
golongan yang sesat?

Beliau menjawab:


من خالف عقيدة أهل السنة دخل في الاثنتين والسبعين، "أُمتي" : هي أمة الإجابه 
الذين استجابوا له وأظهروا الاتباع عنهم له، فثلاثة وسبعين: فرقة ناجية سليمة التي 
اتبعته واستقامت على دينه، واثنتان وسبعون فرقة فيهم الكافر وفيهم العاصي وفيهم 
المبتدع أقسام


“Sesiapa sahaja yang menyelisihi aqidah Ahli Sunnah akan masuk ke dalam 72 
golongan sesat, sabda baginda “Umatku” adalah umat Ijabah, yakni orang-orang 
yang menjawab seruan bagiNya dan menampakkan diri bahawa mereka mengikuti (Nabi 
sallallahu ‘alaihi wasallam), sehingga ada 73 golongan, satu kelompok yang 
selamat adalah yang mengikuti Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan istiqamah di 
atas agama baginda. Adapun 72 golongan itu, maka ada di antara mereka yang 
kafir, pelaku maksiat, ahli bid’ah dan berbagai-bagai.”

Kemudian orang yang bertanya tadi mengatakan: “Apakah dua kelompok ini (Tabligh 
dan Ikhwan Muslimin) termasuk 72 golongan itu? Maka syeikh menjawab:


إيه ـ أي نعم ـ من الاثنتين والسبعين، بعض أهل العلم يرى الخوارج من الكفار لكن هم 
داخلون في عموم الاثنتين والسبعين؟


“Ya, termasuk 72 golongan tersebut, sebahagian ulama memandang bahawa kelompok 
khawarij termasuk orang-orang kafir, namun mereka termasuk dalam keumuman 72 
golongan tersebut.” (Dari Kaset As-Ilatun wa Ajwibah. Rujuk juga: fatwa1.com)

2. Fatwa ‘Alim Hadis zaman ini, al-Imam Muhammad Nashiruddin al-Albani 
rahimahullah

Beliau ditanya: “Apakah manhaj Ikhwanul Muslimin di atas sunnah?

Maka beliau menjawab:


من المعروف أن من قواعد الإخوان المسلمين "نتعاون فيما اتفقنا فيه ويعذر بعضنا 
بعضا فيما اختلفنا فيه"، وهذا الإطلاق غير صحيح وبالذات القسم الأخير "ويعذر بعضنا 
بعضاً فيما اختلفنا فيه!"، والخلاصة بارك الله فيك: الإخوان المسلمون ينطلقون من 
هذه القاعدة التي وضعها لهم رئيسهم الأول وعلى إطلاقها، ولذلك لا تجد فيهم التناصح 
المستقي من نصوص كتاب الله وسنة رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ لقوله تعالى: (( 
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا 
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3) 
)). الحق كما تعلم ضد الباطل، والباطل أصولي وفروعي، وكل ما خالف الصواب فهو باطل، 
وهذه العبارة هي سبب بقاء الإخوان المسلمين نحو 70 سنة عملياً بعيدين عن فهم 
الإسلام فهماً صحيحاً وبالتالي بعيدين عن تطبيق الإسلام عملياً لأن فاقد الشيء لا 
يعطيه


“Suatu perkara yang telah dimaklumi/diketahui bahawa di antara kaedah Ikhwanul 
Muslimin adalah kita tolong-menolong pada perkara yang kita sepakat dan kita 
memaafkan pada perkara yang kita perselisihkan. Kaedah ini tidak benar dan pada 
bahagian yang terakhir (kita memaafkan pada perkara yang kita perselisihkan!) 
dan ringkasnya semoga Allah memberkati anda: Al-Ikhwanul Muslimin melalui 
kaedah yang diletakkan oleh pemimpin pertama mereka (yakni Hasan al-Banna) 
secara mutlaknya, dan oleh kerana itu tidak didapati pada mereka itu usaha 
saling menasihati antara satu sama lain yang diambil dari dalil-dalil al-Quran 
dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan firman Allah:

(Maksudnya): “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat 
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi 
kesabaran.” (al-‘Asr, 103: 1-3)

Sebagaimana telah anda ketahui bahawa kebenaran adalah berlawanan dengan 
kebatilan dan kebatilan usul (asas), furu’ (cabang) dan segala sesuatu yang 
bertentangan dengan kebenaran adalah kebatilan. Ungkapan (kaedah) inilah yang 
menjadi penyebab Ikhwanul Muslimin tetap selama sekitar 70 tahun beramal dan 
berfikir jauh dari kefahaman Islam yang benar dan seterusnya mereka jauh untuk 
mewujudkan Islam secara amaliah/praktikal, kerana sesuatu yang tidak ada, tidak 
akan mampu untuk memberi.” (Dari Kaset Liqo` ma’a sururi, milik Syaikh 
al-Albani, side A. Rujuk juga: Fatawa A’immati Ahlis Sunnah as-Salafiyin fii 
Jama’atit Tabligh wal Ikhwan al-Muslimun, m/s. 14, susunan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz 
Rayes al-Rayes)

Syeikh juga menegaskan sebagaimana dalam kaset beliau “Liqo` ma’a sururi”, juz 
pertama di side B, isinya adalah seperti berikut:


ليس صواباً أن يقال إن الإخوان المسلمين من أهل السنة لأنَّهم يحاربون السنة


“Tidak benar orang yang menyatakan Ikhwanul Muslimin sebagai Ahli Sunnah, 
kerana mereka memerangi (membenci) as-Sunnah.” (Untuk mendengar rakaman beliau 
akan perkataan ini, sila download: 
http://www.fatwa1.com/anti-erhab/hezbeh/alb_akhwan.rm)

Beliau juga ditanya tentang hukum masuk ke dalam parti at-Tajammu’ Al-Yamani 
Lil Islah?

Al-Imam al-Albani (rahimahullah) menjawab:


إن الأحزاب في بلاد الإسلام حقاً لا تجوز لأن الله يقول: (( أَلا إِنَّ حِزْبَ 
اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ))، فليس هناك إلا حزب واحد وتستطيع أن تفهم من كلمتي 
السابقة حول (الدعوة السلفية) ولماذا نحن نقول الكتاب والسنة ومنهج السلف الواحد 
(السلف الصالح) حتى يكون المسلمون حزباً واحداً وعلى منهج واحد، ولذلك فلا حزبية 
في الإسلام، وبخاصة ورب الأنام يقول في القرآن: (( وَلَا تَكُونُوا مِنَ 
الْمُشْرِكِينَ (31) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ 
حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ ))، وأنا صحيح لست يمانيّاً ولا جئت اليمن ولكن 
أنا أعرف أن مرض الأمة الإسلامية في كل بلاد الإسلام هو واحد وهو بعدُهُم ـ كما 
سمعت آنفاً ـ من جهة من حيث الأسلوب العلمي؛ كيف يعرفون الخطأ من الصواب! كيف 
يعرفون العقيدة الصحيحة من العقيدة الباطلة هو على منهج السلف الصالح وهم بعيدون 
عنها، ثم كثيرون منهم يقومون بأعمال صالحة ولكن لا يبتغون وجه الله كما كنت أشرع 
في الكلمة الثانية، الآن الداء في البلاد الإسلامية واحد لا فرق بين هنا ـ الأردن 
ـ وبين سوريا وبين الجزائر وبين تونس وبين ليبيا والمغرب ثم ارجع إلى الشرق كله، 
العلة واحدة وهي بعدهم عن الاهتداء بكتاب الله وسنة رسول الله ـ صلى الله عليه 
وسلم ـ وعلى ما كان عليه السلف الصالح.

الآن أقول: هذا التجمع ـ أي التجمع اليمني للإصلاح ـ يقيناً لم يقم على أساس 
الكتاب والسنة أولاً، ثم يقيناً لم يقم على أساس الكتاب والسنة ومنهج السلف....أنا 
لست يمانياً ولكن هذا الواقع في اليمن


“Sesungguhnya parti-parti di negeri-negeri Islam tidak dibolehkan kerana Allah 
Ta’ala berfirman (maksudnya): “Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan Allah 
itu adalah golongan yang beruntung.” (al-Mujadalah, 58: 22)

Tidaklah ada di sana kecuali satu golongan dan anda dapat memahaminya dari 
perkataan saya yang lalu sekitar dakwah Islamiah dan kenapa kita menyerukan 
kepada al-Kitab, as-Sunnah dan manhaj Salaf yang satu (salafussoleh) sehingga 
umat Islam menjadi satu golongan dan mereka di atas satu manhaj. Oleh kerana 
itu tidak ada parti dalam Islam dan lebih-lebih lagi Allah Ta’ala berfirman 
(maksudnya): “Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan 
Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi 
beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada 
golongan mereka.” (ar-Rum, 30: 31-32)

Dan benar, saya (al-Albani) bukan orang Yaman dan tidak pula datang ke Yaman. 
Akan tetapi saya mengetahui bahawa penyakit umat Islam di semua negeri Islam 
adalah satu (sama) iaitu jauhnya mereka (sebagaimana baru saja ku dengari) dari 
segi metode-metode (kaedah) ilmiah. Bagaimana mereka mengetahui kesalahan 
dengan kebenaran! Bagaimana mereka mengetahui aqidah yang benar dari aqidah 
yang batil, iaitu di atas manhaj salafus soleh. Kemudian kebanyakan dari mereka 
mengerjakan amalan soleh namun mereka tidak mengharapkan wajah Allah Ta’ala 
sebagaimana aku telah memulai pada perkataan yang kedua. Sekarang ini penyakit 
yang ada di negeri-negeri Islam adalah satu, tidak ada perbezaan antara di sini 
(Jordan) dengan Syria, antara Jazirah Arab dan Tunisia dan antara Libiya dengan 
Maroko, kemudian kembali ke timur semuanya, penyakitnya adalah satu, iaitu 
jauhnya mereka dari petunjuk Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu 
‘alaihi wasallam serta apa yang salafus soleh berada di atasnya (berpegang 
dengannya).

Sekarang saya katakan: Perkumpulan ini (at-Tajammu’ Al-Yamani Lil Islah) yang 
pertama, saya yakin tidak berdiri di atas asas al-Kitab dan as-Sunnah. Kemudian 
saya yakin tidak dibina di atas asas al-Kitab dan as-Sunnah serta manhaj 
Salaf... Saya bukan orang Yaman tapi demikianlah realiti yang terjadi di 
Yaman.” (Dari Kaset I’lamul Qadhi wad Dani, milik Syeikh Al-Albani)

3. Fatwa al-Allamah Muhammad Sholeh al-‘Utsaimin rahimahullah sebagai anggota 
Manjlis Kibar Ulama Arab Saudi

Beliau ditanya adakah terdapat dalil dari al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah 
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang membolehkan berbilang-bilangnya jama’ah dan 
ikhwan?

Maka beliau menjawab:


نعم أقول ليس في الكتاب ولا في السنة ما يبيح تعدد الأحزاب والجماعات، بل إن في 
الكتاب والسنة ما يذم ذلك، قال الله تعالى: (( إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُواْ 
دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ 
إِلَى اللّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ ))، وقال تعالى: (( 
كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ )).

ولا شك أن هذه الأحزاب تتنافى ما أمر الله به بل ما حث عليه في قوله: (( وَإِنَّ 
هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ )).

وقول بعضهم: إنه لا يمكن للدعوة أن تقوى إلا إذا كانت تحت حزب!؟ نقول هذا ليس 
صحيحاً بل إن الدعوة تقوى كُلما كان الإنسان منطوياً تحت كتاب الله وسنة رسول الله 
متبعاً لآثار النبي وخلفائه الراشدين.


“Ya, saya katakan tidak ada di dalam al-Kitab dan as-Sunnah yang membolehkan 
berbilangnya kelompok-kelompok dan jama’ah-jama’ah, bahkan yang ada di dalam 
al-Kitab dan Sunnah adalah celaan terhadap hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman 
(Maksudnya): “Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka 
(dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka 
menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau (wahai Muhammad) terkait sedikitpun dalam 
(perbuatan) mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanya terserah kepada Allah. 
Kemudian Allah akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa 
yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).” (al-An’am, 6: 159) Dan Allah 
Ta’ala berfirman (maksudnya): “Tiap-tiap golongan berasa bangga dengan apa yang 
ada pada golongan mereka.” (ar-Ruum, 30: 32)

Dan tidak diragukan lagi bahawa kelompok-kelompok ini menafikan apa yang telah 
diperintahkan oleh Allah dengannya bahkan apa yang dianjurkanNya di dalam 
firmanNya (maksudnya): “Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu 
semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepadaKu.” 
(al-Mukminun, 23: 52)

Adapun perkataan sebahagian mereka: Bahawa tidak mungkin dakwah akan menjadi 
kuat melainkan jika berada di bawah kelompok!? Kita katakan bahawa ini sama 
sekali tidak benar bahkan dakwah akan semakin kuat setiap kali seseorang 
semakin bernaung di bawah Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi 
wasallam serta mengikuti jejak Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan Al-Khulafa` 
Ar-Rasyidin.” (Dari Kaset Majmu’ah Kalamil Ulama fi Abdurrahman Abdul Khaliq 
pada side B)

4. Fatwa Muhaddis Negeri Yaman Muqbil bin Hadi Al-Wadi’iy rahimahullah

Beliau ditanya apakah jamaah Ikhwanul Muslimin, Jamaah Tabligh dan Qutubiyyin 
termasuk Ahli Sunnah Wal Jamaah atau tidak?

Beliau menjawab:


أما جماعة الإخوان والتبليغ والقطبيين فالأولى أن يحكم على مناهجهم، فمناهجهم ليست 
بمناهج أهل السنة والجماعة أما الأفراد فأنتم تعرفون أن بعض الناس ملبَّسٌ عليه، 
ويكون سلفياً ويأتونه من باب نصر دين الله ويمشي معهم لا يدري ماهم عليه، فهم 
خليط، الأفراد خليط لا يستطاع الحكم عليهم بحكم عام لكن المناهج ليست بمناهج أهل 
السنة والجماعة


“Adapun Jamaah al-Ikhwan (Muslimin), Jamaah Tabligh dan Qutubiyyin. Lebil layak 
jikalau kita menghakimi manhaj mereka, manhaj mereka bukanlah manhaj Ahli 
Sunnah Wal Jamaah. Adapun secara individu maka kamu telah pun ketahui bahawa 
ada sebahagian orang tertipu, dan menjadi seorang salafi lalu mereka datang 
kepadanya dalam rangka menolong agama Allah Ta’ala dan orang itu berjalan 
bersama mereka sementara dia tidak mengetahui bagaimana keadaan mereka 
sebenarnya sehingga mereka tercampur, masing-masing individu tercampur sehingga 
tidak dapat menghukum ke atas mereka dengan hukuman yang umum, akan tetapi 
manhaj mereka bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.” (Dari Kaset Al-As`ilah 
As-Sunniyah Li ‘Alamatil Bilad Al-Yamaniyah)

5. Fatwa al-Allamah Syaikh Sholeh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah, sebagai 
anggota Majlis Kibar Ulama Saudi

Beliau berkata:


فقد حاول أعداء هذه الدعوة أن يقضوا عليها بالقوة فلم ينجحوا، وحاولوا أن يقاوموها 
بالتشكيك والتخليل والشبهات ووصفها بالأوصاف المنفرة فما زادها إلا تألقاً ووضوحاً 
وقبولاً وإقبالاً. ومن آخر ذلك ما نعايشه الآن من وفود أفكار غريبة مشبوهة إلى 
بلادنا باسم الدعوة على أيدي جماعات تتسمى بأسماء مختلفة مثل الإخوان المسلمين، 
وجماعة التبليغ وجماعة كذا، وكذا، وهدفها واحد وهو أن تزيح دعوة التوحيد وتحل محلها


“Musuh-musuh dakwah ini berusaha untuk menghabiskan dengan sekuat tenaga, namun 
mereka tidak berjaya, dan mereka berusaha untuk melawannya dengan menanamkan 
keraguan, merenggangkan persatuan, melemparkan syubhat dan mensifati dakwah ini 
dengan sifat-sifat yang membuatkan manusia lari darinya, sehingga tidak 
bertambah (usaha demikian) kecuali kecerahan, kejelasan dan penerimaan 
(terhadap dakwah ini). Dan akhir dari yang demikian itu adalah apa yang kami 
jalaninya sekarang ini dari datangnya pemikiran-pemikiran asing dan penuh 
syubhat ke negeri kita dengan mengatasnamakan dakwah di atas jama’ah-jama’ah 
yang menamakan dirinya dengan nama-nama yang berbeza-beza seperti Ikhwanul 
Muslimin, Jama’ah Tabligh, Jama’ah ini dan itu. Tujuan mereka adalah satu iaitu 
untuk menyingkirkan dakwah tauhid dan menukar tempatnya (menggantikannya dengan 
yang lain).” (Muqaddimah Kitab Haqiqatu Ad-Da’wah Ilallah, m/s. 3-4)

Sumber: Risalatun Akhawiyah, Limaza Taraktu Da’wah Al-Ikhwan Al-Muslimin 
Wattaba’tu Al-Manhaj As-Salaf, Faishol bin Abduh Qa`id Al-Hasyidi, hal 26-28. 
Download kitab tersebut dari: sahab.net


@Brother Nawawi
+60126887715 
YM: nawi...@yahoo.com 
MSN: dimens...@hotmail.com 
http://an-nawawi.blogspot.com 
http://galeriniaga.blogspot.com
 

                                          
_________________________________________________________________
Hotmail: Trusted email with Microsoft’s powerful SPAM protection.
http://clk.atdmt.com/GBL/go/210850552/direct/01/

Kirim email ke