Salam,

walaupun saya bukan ahli cerdik pandai agama, tapi dalam hal ini jelas ia 
menindas pemain yang kalah tersebut. mungkin niat luaran nak 'belanja' tapi 
ikhlas ke tak siapa yang tahu. ini macam dah kira judi (gambling). Kira haram 
lah ya benda-benda macam ini.

pasal bola tu apa susah sangat, namanya dah kongsi, mana lebihan bola yg boleh 
pakai tu simpan saja boleh dipakai untuk SESIAPA saja yang ada menyumbang dalam 
tabung tersebut. tak perlulah ia disimpan oleh PEMENANG.

nampak sangat dan jelas disini PEMENANG sangat beruntung = makan free bola 
lebih pun dapat, manakala yg KALAH = tak dapat bola lebih free, KENA belanja 
makan pulak tu. tak ke menindas namanya.



________________________________
From: "Abu sa...@yahoo.com" <Abu sa...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wed, March 31, 2010 3:40:38 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] pertaruhan dalam permainan badminton


Assallamualaikum……
Naktanya beberapa soalan yang nampak agak remeh tapi perlu perhatian yang 
khusus.

1/ Dalam perlawanan persahabatan antara pasukan, kami akan menetapkan
    setiap pasukan mengeluarkan 1 atau 2 tabung bola. Apabila selesai 
perlawanan dan
    pemenangnya diketahui, lebihan bola tersebut akan jadi milik pemenang 
tersebut .
    Setiap satu tabung bola berharga lbh kurang RM 53.00 X 2 = RM 106.00. Wang 
dikongsi
    setiap ahli untuk membeli bola tersebut .
Niatperlawanan tersebut di adakan:
a/ Perlawanan persahabatan dan untuk menambahkan kenalan serta persaudaraan.
b/ Menentukan siapa yang lebih baik diantara mereka .

Soalannya:Apakah hukumnya dalam Islam mengenai perkara tersebut ?.

2/ Dalam latihan harian, kami menjadikan 1 atau 2 tin minuman dalam tin ( 100 
plus dll )
    menjadi rebutan . Dalam erti kata lain siapa kalah dia kena belanja minuman 
tersebut
    atau lebih menarik kena belanja mee goring, roti canai atau sebagainya.
3/ Apabila ketika itu minuman tak disediakan ( kedai di dalam dewan tak dibuka 
), kami akan
    mengeluarkan wang RM 1.50 sebagai ganti. Adakemungkinannya kami akan kalah 
2 atau 3
    set bermakna kami akan keluarkan RM 3 atau RM 4,50 sebagai ganti minuman 
untuk diberi
    kepada pemenang .
Niatkami adalah jelas:
a/ Untuk menjadikan permainan itu sengit ( tanpa taruhan tersebut permainan 
macam tak de selera aje ).
b/ Bila permainan menjadi sengit tak lagi perlu bermain banyak set kerana 2 
atau 3 set memang lebih
    dari mencukupi.

·         Buatpengetahuan anda……kalau kalah 2 atau 3 tin ( RM3 / RM 4.50 ) 
memang tak mendatangkan
kerugianpada kami berbanding apa yang kami perolehi hasil dari peluh yang 
keluar dari tubuh kami.

Soalannya:Apakah hukumnya dalam Islam mengenai perkara tersebut ?. Di tempat 
saya dan saya percaya
ditempat lain juga golongan Haji2 dan yang
warak2 pun terlibat sama kerana hanya untuk suka2.

Tolongberikan pendapat yang berlandaskan sunnah dan nas Al Quran jika ianya 
bercanggah dgn Islam.

Wassallam










      

Reply via email to