Umur 'Aisyah r.a. : sila rujuk di sini

http://www.ilovezakirnaik.com/madamayeshah/the_age_of_aishah_in_relationship_to_the_age_of_her_sister_asma.htm



--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Azlim Khan wrote:
>
> Rasulullah saw menikahi Aishah ra pda usianya di antara 16 - 18 tahun.
> Bukan 6 tahun seperti yang dipercayai oleh ramai orang pada masa kini.
>
>
>  
>
> ________________________________
> From: "ra...@..." <ra...@...>
> To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
> Sent: Tue, March 23, 2010 8:10:47 AM
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] KAHWIN BAWAH UMUR: APA MASALAHNYA?
>
>  
> "..Imam Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar (9/480) menyimpulkan dari
> hadis di atas, bahawa boleh (ja’iz) hukumnya seorang ayah menikahkan
> anak perempuannya yang belum baligh (yajuuzu lil abb an yuzawwija
> ibnatahu qabla al-buluugh).
>
> Ibn Hazm, menyebut pendapat Abu Muhammad, bahawa hujah yang digunakan
> untuk mengesahkan tindakan orang tua menikahkan anak perempuannya di
> bawah umur adalah tindakan Abu Bakar ra yang menikahkan Aisyah ra dengan Nabi 
> SAW ketika Aisyah berusia enam tahun. Ini merupakan riwayat yang
> masyhur sehingga tidak perlu dikemukakan lagi isnadnya. Namun, Ibn Hazm
> juga mengutip pendapat Ibn Syubramah, yang menyatakan bahawa tidak boleh 
> menikahkan anak di bawah umur sampai akil baligh, dan menegaskan bahawa 
> pernikahan Nabi SAW dengan Aisyah ra itu merupakan kekhususan bagi
> Nabi, tidak untuk yang lain [Ibn Hazm, al-Muhalla fi Syarh al-Mujalla bi 
> al-Hujaj wa al-Atsar, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah] . Pendapat ini
> sebenarnya telah digugurkan dengan sejumlah fakta pernikahan para
> sahabat dengan perempuan di bawah umur, seperti yang dilakukan oleh Umar bin 
> al-Khatthab ketika menikahi Ummu Kaltsum, puteri Ali bin Abi Thalib dan 
> Qudamah bin Math’ghun yang menikahi puteri Zubair [Ibn Qudamah,
> al-Mughni, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah] .
>
> Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelaslah bahawa adalah mubah hukumnya
> seorang lelaki menikah dengan perempuan kecil yang masih belum haid.
> Hukum nikahnya sah dan tidak haram. Namun, perlu diingat bahawa syarak
> hanya menjadikan hukumnya sebatas mubah (boleh), tidak menjadikannya
> sebagai sesuatu anjuran atau keutamaan (sunnah/mandub) , apalagi suatu
> kewajipan (fardhu). Sah atau tidak nikah ini pula bergantung kepada
> beberapa syarat.." [baca selanjutnya di 
> http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2024-sn212-kahwin-bawah-umur-apa-masalahnya]
> Layari
> http://www.mykhilafah.com
>


Kirim email ke