(Mohon sebarkan pada kawan-kawan, keluarga, rakan sekerja ye.. terima
kasih!)

Oleh ROHANA MAN
rohana....@utusan.com.my

APABILA membincangkan tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa
kini, nampaknya fokus perbincangan hanya terarah kepada tindakan kejam gadis
yang melahirkan bayi malang tersebut.

Masyarakat marah dan mempersoalkan tidak adakah langsung naluri keibuan dan
belas kasihan terhadap bayi yang tidak berdaya itu? Dalam kesibukan
masyarakat ‘menghukum’, mencerca dan menghina gadis terlibat, kenapa
tindakan lelaki yang menghamili gadis tersebut tidak disentuh? Kenapa
dibiarkan lelaki itu terus hanyut tanpa ada kesedaran bahawa apa yang telah
berlaku itu adalah salah kedua-dua pihak.

Ia bukan sahaja tidak adil, malah menganiayai gadis-gadis yang terpaksa
menanggung beban seorang diri sehingga mendorong mereka bertindak di luar
batas kemanusiaan dengan membuang bayi yang baru dilahirkan.

Menyedari itu, dan untuk membangkitkan kesedaran orang ramai bahawa golongan
lelaki wajar diberi kesedaran terutama dalam aspek melindungi dan membela
nasib wanita, *Pusat Perlindungan dan Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus
Sakinah*<http://www.raudhatussakinah.com/program/malam-amal-raudhatus-sakinah-mars-2010-4/>yang
terletak di Sungai Buloh, Selangor akan menganjurkan
*Malam Amal Raudhatus Sakinah (RS) pada 2 Mei
ini*<http://www.raudhatussakinah.com/program/malam-amal-raudhatus-sakinah-mars-2010-4/>.
Majlis itu akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada pukul
8 malam sehingga 10 malam. Tetamu khas pada majlis itu ialah Yang Mulia
Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff.

RS memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang hamil luar nikah
termasuk remaja liar dan salah laku yang tidak hamil.

Sejak ditubuhkan pada 1998, pusat perlindungan itu telah membimbing seramai
447 remaja yang tersasar kembali menghayati Islam sebagai cara hidup.
Sehingga kini, terdapat empat buah pusat perlindungan remaja RS yang
beroperasi di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor.

Pengarahnya, Rosmawati Zainal berkata, tema majlis yang telah dipilih oleh
pihaknya adalah *Lelaki Pelindung
Wanita.*<http://www.raudhatussakinah.com/program/malam-amal-raudhatus-sakinah-mars-2010-4/>

Menurutnya, tema itu diambil daripada ayat 34, surah an-Nisa dan dipilih
bagi membangkitkan kesedaran kepada lelaki bahawa mereka bertanggungjawab
melindungi dan membimbing wanita ke arah kebaikan.

“Kami mahu lelaki menjadi golongan yang prihatin dan lebih bertanggungjawab
terhadap wanita. Kami mahu mereka membimbing wanita ke arah kebaikan, dan
bukannya mengambil kesempatan terhadap wanita,” katanya kepada *Utusan
Malaysia.*

Katanya, objektif lain adalah menjana dana bagi pengurusan dan pembangunan
RS di seluruh negara, selain menekankan keperluan amar ma’aruf nahi mungkar
dipertingkatkan dalam masyarakat.

“Bagi tujuan mengumpul dana, pihak kami menjual meja (10 kerusi) kepada
tetamu iaitu daripada berharga RM1,000 sehingga RM5,000.

Selain itu, untuk menarik lebih ramai penyertaan golongan muda agar matlamat
program dapat dicapai, Rosmawati berkata, penampilan istimewa daripada
Kumpulan Damascus, Xifu & Algebra serta persembahan anak-anak remaja akan
diadakan.

Untuk tempahan meja, sila hubungi talian *03-41073379* dan
*03-41089669*(pejabat) atau
*019-3836859* (Mohd Amirul) atau *013-2466190* (Abdullah Omar) atau *
019-5053008* (Nazirah) atau *019-2386333* (Rosmawati).

Sumber : Utusan
Malaysia<http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0409&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive>

*Jom bersama kami di MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS) 2010 layari
www.raudhatussakinah.com<http://www.raudhatussakinah.com/program/malam-amal-raudhatus-sakinah-mars-2010-4/>(klik
di sini)



-- 
Amirul Letfee
jimkl.blogspot.com
hidayahcentre.wordpress.com
raudhatussakinah.com
seekforpeace.wordpress.com
saksi.jim.org.my

Reply via email to