Isu ini telah disuarakan oleh banyak pihak tapi tiada tindakan yang benar-benar 
berkesan dilakukan bagi selesaikan masalah. Kalau pihak berkuasa agama berjaya 
kuatkuasakan peraturan pasangan diwajibkan ikuti kursus kahwin saya rasa 
mungkin perlu juga kepada peraturan kewajipan pihak berkuasa menasihati 
pasangan-pasangan yang dijumpai ditempat-tempat awam tapi mencurigai didekati 
dan diberi nasihat mengenai perbuatan mereka sekiranya mereka bukan mahram 
adalah suatu dosa. Mungkin alamat mereka diambil dan ibubapa mereka dihubungi 
agar ibubapa tahu akan anak mereka sudah miliki pasangan dan dinasihati agar 
cepat bernikah. Baru ni satu pasangan saudara baru juga hadapi masalah untuk 
bernikah sedangkan telah tinggal serumah. Apabila saya tanyakan mereka mengapa 
belum berkahwin si perempuan kata si lelaki tiada wang ribu-ribu ringgit untuk 
kahwin. Saya katakan soal itu bergantong kepada kemampuan. Akhirnya saya janji 
untuk bantu mereka dinikahkan. Belanja tak
 sampai seribu ringgit. Walau pun saya terpaksa keluarkan separoh perbelanjaan 
tapi hati saya senang kerana mereka tidak lagi tinggal dalam keadaan berzina. 
Pemimpin dan ulamak elok memberi contoh untuk tidak mengadakan majlis-majlis 
kahwin besar-besaran apabila mengahwinkan anak dan mempaparkan hantaran 
sehingga pulohan ribu ringgit !! Wallahua'lam.





________________________________
From: "roz...@yahoo.com" <roz...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wed, March 31, 2010 9:10:59 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Krisis Buang Bayi, Adat, Kahwin dan Zina


SHAHIDAN CADANG PERMUDAH URUSAN KAHWIN
Utusan Malaysia 31 Mac 2010
SUNGAI PETANI 30 Mac - Pihak berkuasa agama setiap negeri dicadang 
mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala 
negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan kebelakangan ini.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah 
tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan 
bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihak berkuasa agama juga 
sepatutnya mengutamakan soal nikah serta hukum daripada memikirkan birokrasi 
berkaitan urusan berkahwin.
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt= 0331&pub= 
Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= dn_11.htm

ADAT MELAYU MENYUSAHKAN, AJARAN ISLAM MEMUDAHKAN
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2005/ 10/adat-melayu- 
menyusahkan- ajaran-islam. html

HENTIKAN KENDURI KAHWIN YANG MENYUSAHKAN
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2008/ 12/hentikan- 
kenduri-kahwin- yang.html

REMAJA ORANG ASLI KAHWIN UMUR 13 TAHUN
SYABAS kepada remaja Orang Asli yang berkahwin secara sah dan halal pada usia 
13 tahun kerana lebih berani mempraktikkan Islam berbanding Melayu professional 
yang suka hidup bebas, ber”couple” , serta menetapkan hantaran perkahwinan yang 
tinggi, mengadakan kenduri kahwin bermewah-mewahan sehingga menyusahkan para 
remaja Melayu untuk berkahwin.
Artikel sepenuhnya di http://waghih. blogspot. com/2007/ 03/orang- asli-lebih- 
faham-islam- daripada. html

KOS KAHWIN CUMA RM250
LAPAN pasangan pengantin ceria selepas Majlis Perkahwinan Beramai-ramai yang 
berlangsung di Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman semalam.

Tidak perlu duit hantaran dan belanja kenduri, cuma sediakan RM250.
Itulah jumlah yang perlu dibelanjakan oleh lapan pasangan muda untuk mendirikan 
rumah tangga melalui Program Perkahwinan Beramai-ramai Daerah Kemaman di Chukai 
di sini semalam.

Artikel sepenuhnya http://www.kosmo. com.my/kosmo/ content.asp? y=2009&dt= 
0626&pub= Kosmo&sec= Negara&pg= ne_09.htm





      

Kirim email ke