Hari Palestin: Mereka akan dibangkitkan bersama kita.
Apr 23rd, 2010
http://ms.langitila hi.com/hari- palestin- mereka-akan- dibangkitkan- 
bersama-kita/





Mari bersama, melepaskan diri kita dari azab Allah...

Palestin adalah tanah kita. Sesiapa yang memandangnya sebagai tanah orang telah 
silap besar hakikatnya. Sesiapa yang merasakan perjuangan menentang Israel 
adalah satu bentuk terorisma telah tersilap hakikatnya.
Palestin adalah tanah kemuliaan kita. Yang dipijak oleh Rasulullah SAW yang 
mulia, bersama Jibril dan Buraq yang ditungganginya. Al-Quds dan tanah 
sekitarnya adalah yang diberkati oleh Allah SWT dan penuh dengan ayat-ayat 
kebesaran-Nya.
Kejatuhannya tanda kelemahan ummat Islam itu sendiri.
Sesungguhnya kita bertanggungjawab atas mereka.
Tidakkah kita mengetahui, bahawa orang-orang Palestin yang telah terbunuh dan 
yang akan terbunuh itu, akan dibangkitkan di akhirat nanti bersama-sama kita?
Adakah anda tidak terfikir apakah mereka akan katakan di hadapan Allah SWT 
nanti?


Satu video yang hampir meragut nyawa saya
Saya menonton video itu empat tahun yang lalu. Tetapi saya masih mengingatinya 
seakan-akan saya menontonnya semalam. Video melihat bagaimana seorang budak 
dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel.
Pembunuhan itu, ketika itu tidak berapa menarik perhatian saya kerana saya 
ketika itu memang sudah biasa mengetahui pembunuhan di Palestin. Saya sekadar 
kata di dalam hati: “Biasalah tu”
Tetapi, selepas ditunjukkan pembunuhan itu, ada orang muncul di dalam video itu 
dan berkata:
“Wahai Muslimin, wahai Mukminin, apakah ini? Kamu membiarkan anak itu terbunuh 
dengaan sedemikian tanpa pertahanan dan pembelaan. Tahukah kalian, bahawa 
mereka itu akan dibangkitkan di akhirat dan mereka akan mengadu kepada Allah 
SWT akan hal mereka, keadaan mereka.”
Ketika itu hati saya bergegar. Orang itu menyambung bicaranya.
“Mereka akan berkata: Wahai Allah, sesungguhnya orang Islam telah meninggalkan 
aku, terbunuh sebegini rupa. Wahai Allah, sesungguhnya orang Islam telah leka 
dengan dunia dan meninggalkan aku terbunuh sebegini rupa. Wahai Allah, 
sesungguhnya orang Islam telah alpa dengan perkara lain dan meninggalkan aku 
terbunuh sebegini rupa. Ya Allah, adili lah mereka”
Dan air mata saya turun tanpa henti ketika itu. Terasa. Sangat-sangat terasa. 
Dan akhirnya, orang itu berkata:
“Ketahuilah, kaki kita tergari dengan kaki-kaki anak palestin. Kita 
bertanggungjawab atas mereka” dan dia membacakan ayat Allah SWT: “Dan jika 
mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk 
membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya” Surah Al-Anfal ayat 72.
Rupanya, ada arahan keras daripada Allah SWT untuk membela yang teraniaya dari 
kalangan orang beriman.
Ketika itu, nyawa saya seakan terkeluar.
Apakah yang sedang kita lakukan?

Dua program Lifeline4Gaza yang terdekat
Lifeline4Gaza berusaha keras untuk menghidupkan rasa ambil berat terhadap 
Palestin, dan hendak membina satu kekuatan bagi membantu saudara kita di sana. 
Moto ‘Break The Siedge’ yang dilaung-laung bukanlah omongan kosong semata.
Memang sebenarnya ingin meruntuhkan tembok yang sedang mengelilingi gaza pada 
ketika ini dan tidak sesekali hendak bersekongkol dengan Yahudi serta 
konco-konconyaa, berdiam diri tidak melakukan apa-apa.
Justeru, terdekat ini, Lifeline4Gaza menganjurkan 2 program untuk kalian di 
Malaysia menghadirinya.


Poster Seminar Wanita
1. Seminar Wanita: Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia.
Program ini bertempat di: Masjid Wilayah Perseketuan Jalan Duta.
Tarikh&Masa: 24 April 2010, pukul 8.30 pagi – 4.30 petang.
Bayaran: Percuma. (boleh bawa wang untuk berikan sumbangan)
Aturcara majlis boleh dilihat di: http://www.facebook .com/event. 
php?eid=11044829 5658861&ref=mf



Poster Perhimpunan Palestin
2. Perhimpunan Perdana Palestin
Program ini bertempat di: Stadium Melawati, Shah Alam.
Tariikh&Masa: 8 Mei 2010, pukul 07.00 malam – 11.30 malam.
Bayaran: Percuma. (boleh bawa wang untuk berikan sumbangan)
Aturcara majlis boleh dilihat di:
http://www.facebook .com/event. php?eid=11501328 1859287&ref=mf

Sekiranya saya berada di Malaysia, pasti saya akan segera menyertai.

Sumbangan anda dialu-alukan
Lifeline4Gaza terus berusaha memberikan yang terbaik kepada saudara keimanan 
kita di Palestin. Misi menembus tembok yang mengelilingi Gaza diteruskan. Maka 
sumbangan bantuan anda kepada Palestin dalam apa jua bentuk dialu-alukan.
Sekiranya anda berminat hendak memberikan sumbangan wang kepada saudara 
keimanan kita di Palestin, maka bolehlah memasukkan wang kepada:
Nama Akaun: TABUNG PALESTIN HALUAN
Nombor Akaun: 5644 9020 8528
Bank: Maybank Berhad.
Marilah. Tiada ruginya memberikan sumbangan.
Sesungguhnya Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang 
boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, 
kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan 
menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah 
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang 
sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan 
memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, 
serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. 
Itulah kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 10-12.
Ini bukannya pemberian yang tidak membawa keuntungan.

Penutup: Mari lepaskan diri kita dari tuduhan mereka
Sememangnya di akhirat nanti, yang teraniaya akan menuntut di hadapan Allah SWT 
untuk membalas sesiapa yang menganiayainya, dan yang bersekongkol bersama 
penganiayaannya.
Maka inilah peluang kita untuk melepaskan diri dari tuntutan itu.
Kita laksanakan tanggungjawab kita, sebagai saudara keimanan, membantu mereka.
Jangan sampai di akhirat nanti, kita tidak mampu menembusi syurga, kerna 
terikat dengan tuduhan ini.
Semoga Allah itu Maha Adil.
Perhatikanlah.


      

Kirim email ke