Rasullulah s.a.w bersabda, "Redha Allah tergantung pada redha ibu dan
bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka."
(Riwayat: al-Hakim)
*
Dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As Sa'idy ra. berkata: suatu ketika
kami duduk di hadapan Rasulullah saw. kemudian tiba-tiba datanglah
seorang laki-laki dari Bani Salimah dan bertanya: "Wahai Rasulullah,
apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti
kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?"
Beliau menjawab, "Ya, masih ada yaitu menshalatkan jenazahnya,
memintakan ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah
keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh
disambungnya kecuali dengan keduanya, dan memuliakan sahabat keduanya."
(HR Abu Daud)
*
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w.
menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan
berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari
*
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang
lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w
bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w
bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:
Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
*
Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama
Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada
kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan
Allah,mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata
palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk.
Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda
berhenti dari menyebut hadis tersebut .
*
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengharamkan ke atas
kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, tidak
mahu memberi miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan
ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita,
banyak bertanya dan membazirkan harta .
*
Rasulullah bersabda, maksudnya; "Seseorang anak tidak dapat membalas
jasa orang tuanya sehingga dia mendapati orang tuanya menjadi hamba
sahaya kemudian dibeli dan dimerdekakan mereka." - (Riwayat Muslim dan
Abu Daud).
*
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa
yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia
berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim." -
(Riwayat Ahmad).
*
Daripada Malik bin Zurarah bahawa Rasulullah bersabda,
maksudnya: "Memohon keampunan untuk ibu bapa yang meninggal dunia
daripada seorang anak, termasuk perbuatan berbakti." - (Riwayat Ibnu
Najar).
*
Au Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya
seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai
Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada
permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan
Baihaqi).
*
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang
menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka
pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai
orang yang berbakti (kepada ibu bapanya)." - (Riwayat Tabrani).
*
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara
adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada
laut." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz "Melihat kepada
Kaabah adalah ibadah". - (Riwayat Abu Daud).
*
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Apakah saya mesti meminta
izin ibu saya jika masuk ke dalam biliknya?" Baginda menjawab: "Ya."
Dia bertanya lagi: "Tidak ada lagi selain saya yang melayaninya." Jawab
baginda: "Apakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian?" Lelaki itu
menjawab: "Tidak." Baginda bersabda: "Maka minta izinlah kepada ibumu."
- (Riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
*
Diriwayatkan oleh Aisyah, katanya: "Aku belum pernah melihat seorang
pun yang wibawa dan kelakuannya seperti Rasulullah terhadap Fatimah
puterinya. Jika masuk kepada Rasulullah, dia bangkit kepadanya,
menciumnya dan mempersilakannnya duduk di tempat duduk baginda. Dan
jika nabi masuk kepadanya dia bangkit daripada tempat duduknya, mencium
baginda dan mempersilakan baginda duduk di tempat duduknya." - (Riwayat
Abu Daud, Nasai dan Termizi).
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah,
sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai
hartaku." Rasulullah bersabda,
maksudnya: "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: "Seorang lelaki datang mengadu mengenai
bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya dia (bapaku) mengambil hartaku."
Rasulullah menjawab: "Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah
ayahmu." - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang
menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa
yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah
(kepadanya)." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).
*
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membayar
hutang ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia dan menunaikan nazar
mereka dan tidak menyebabkan cela bagi mereka, maka dia ditulis sebagai
orang yang berbakti walaupun dia adalah orang yang pernah menderhakai
ibu bapanya." - (Riwayat Ibnu Asakir).
*
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya seseorang yang
ditinggal mati oleh ibu bapanya atau seorang daripada mereka, maka dia
adalah orang yang menderhakai ibu bapanya lalu dia tetap mendoakan
mereka dan memohon keampunan bagi mereka sehingga Allah menulisnya
sebagai orang yang berbakti" (Riwayat Baihaqi dalam Syu'bul Iman).
*
Ibnu Abas berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang yang
paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh
nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh seorang daripada
ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat
manfaat daripada ilmunya." - (Riwayat Baihaqi)
*
Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al Quran : Maksudnya : "Allah
melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya
kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan
janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan
yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)
*
"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan
ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana
mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat
24)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 5/08/2010 12:00:00 PM

Kirim email ke