Ayah saya pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA di Singapura awal tahun 70an dalam acara menembak. Dia bersama pasukan menembaknya tak silap saya memenangi 5 pingat emas dalam acara menembak.
Tapi dulu atlit Malaysia mewakili negara yang menang pingat emas tak ada dapat ganjaran puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit macam sekarang ni. Tapi mereka merasakan satu amanah dan tanggungjawab untuk mewakili negara. Jadi kalau tanya bab senjata ni, kenalah tanya ayah saya. Saya ni sekadar menang jatuh piring peringkat sekolah je. Itu pun guna SLR 7.62mm, pokak telingo dan sakit bahu guna SLR ni. Senjata adalah merupakan nyawa kepada anggota tentera dan anggota polis. Setiap anggota tentera dan anggota polis telah dilatih menggunakan senjata mengikut prosedur. Ingat senang-senang nak tembak orang. Kalau senjata rosak sekali pun , pemilik senjata akan menghadapi lembaga siasatan (Board of Inquiry). Pernah sekali pistol ayah saya rosak semasa kemalangan, dia terpaksa menghadapi lembaga siasatan , walhal dia seorang pegawai dan ianya hanyalah kemalangan yang tak melibatkan kecederaan apatah lagi kematian. Bukan senang nak tembak target sebenarnya. Apatah lagi target yang sedang bergerak dan diwaktu malam. Pernah saya lihat seseorang menggunakan pistol untuk menembak anjing liar pada jarak 2 meter saja. Rasanya lebih 3 das tembakan, tak kena langsung anjing tersebut. Dan orang tadi adalah orang yang terlatih. Ayah saya pernah menembak ular yang sedang bergerak pada jarak 5 meter menggunakan pistol Browning atau mungkin HK (dah lupa). Tembakan yang ketiga barulah kena ular tersebut. Kepada ahli parlimen , wakil rakyat dan ahli politik yang ingin tahu mengenai senjata ini , tanyalah orang berpengalaman terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan media. Perhatian kepada boss-boss, terutama Pak Menteri , Ayah saya semasa jadi ketua dulu (sekarang dah pencen) , dia akan mempertahankan tindakan anak buah dia. Kalau anak buah dia benar dia akan membela, kalau anak buah dia bersalah , dia pastikan dia akan diadili, bukan dimalukan atau dihina. Bukankah itu apa yang Islam anjurkan ? Berikut beberapa senjata standard PDRM : Pistol : Smith & Wesson .38 Pistol : Beretta 92 Pistol : Beretta Px4 Storm Will replace S&W .38 service revolver Pistol : Glock 19 Pistol : Walther P99 Replaced the S&W .38 service revolver Submachine gun : Heckler & Koch MP5 Senapang : Colt M16A1 Gambar senjata di atas di : http://waghih.blogspot.com/2010/05/fahami-dan-kenali-senjata-digunakan.html Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_police_firearms_in_Malaysia