Salam,

Disertakan kenyataan media mengenai tindakan ganas Israel ke atas kapal-kapal 
membawa bantuan kemanusiaan di Gaza. Dilaporkan 20 orang telah terkorban di 
dalam serangan ke atas misi keamanan tersebut.

Maklumat lanjut berterusan boleh diperolehi di:

1. http://www.facebook.com/aqsa.syarif

2. http://www.youtube.com/watch?v=wExyiIoNndc&feature=channel

3. http://twitter.com/sahabatalaqsha





KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS 
FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza 


1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi
bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke
perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh
sebuah NGO daripada Turki
iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk
Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari
tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi
mengalami cedera parah. 


2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada
Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada
di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini
adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.


3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan
kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang
berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk 
makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan 
menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa 
bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan 
semua bentuk terorisma.


Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang
teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia
sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 
orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, 
petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun 
dan juga seorang warga emas
berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata
dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri.
Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah
konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan 
dari kalangan masyarakat awam.


5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap
telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini
berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal
bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan
Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan
dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan
keadilan.


6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' 
Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka
Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan
Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan
kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas
kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan
semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang
teraniaya dan dizalimi sekian lama. 


7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar
untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas
Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8.
Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan
bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk
menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani
isu ini. 


9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik,
pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya
bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan
kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah
menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di
kalangan sukarelawan.


10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan 
doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan,
atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT
menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran
kepada para sukarelawan.


Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia



      

Kirim email ke