Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!<http://afyan.com/ver1/?p=1311>
[image: Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!]<http://afyan.com/ver1/?p=1311> Eh, seperti *tagline *syarikat penerbangan pula tajuk tulisan saya hari ini [image: :)] Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji? Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang. Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang. *Haji: Simpanan vs Pelaburan* **Saya teringat, beberapa tahun lalu, selepas mengendalikan sebuah bengkel pengurusan kewangan kepada graduan muda sebuah universiti, selepas bengkel tersebut, seorang peserta mengadukan persoalan berkenaan tentang simpanan haji. “*En Afyan, saya baru sahaja menyertai satu pelaburan unit amanah untuk membuat simpanan menunaikan haji untuk ibu bapa saya*”, kata peserta tersebut. “*Bagaimana saudari boleh terfikir untuk berbuat demikian*”, tanya saya selepas mengetahui jumlahnya agak besar bagi seorang pelajar graduan baru sepertinya. “*Seorang rakan saya, yang juga ejen unit amanah memberitahu bahawa duit tersebut akan dilaburkan dan memberi keuntungan*”, katanya. Katanya juga dia rasa sedikit bingung dengan tindakannya selepas mengikuti bengkel saya yang menekankan tentang perbezaan instrumen simpanan, pelaburan dan perlindungan. Saya menjelaskan kepadanya, kata ejen tersebut benar bahawa unit amanah merupakan satu instrumen pelaburan. Namun, tindakannya melaburkan hampir kesemua wang simpanan yang disimpannya ke dalam pelaburan unit amanah dengan harapan dua tahun lagi dia dapat gunakan untuk menghantar ibu bapanya menunaikan ibadah haji agak kurang praktikal dan realistik. “*Saudari yakin, dua tahun lagi wang yang saudari laburkan akan memberi keuntungan*?”, tanya saya yang diikuti dengan gelengan kepadanya yang sedikit teragak-agak. Lantas saya mengulang kembali beberapa isi penting daripada bengkel saya tadi berhubung simpanan dan pelaburan. Saya terangkan kepada beliau, niatnya amat murni untuk menghantar kedua ibu dan ayahnya menunaikan haji, namun dalam kondisi beliau sebagai pelajar, adalah kurang wajar untuk melaburkan wang tersebut ke dalam unit amanah dengan sasaran dua tahun lagi duit tersebut akan mencukupi bagi menanggung kos perbelanjaan haji. Saya turut katakan kepadanya bahawa, dengan tempoh yang begitu pendek, dua tahun tidak praktikal untuk melihat wang pelaburan di unit amanah bertambah mendadak. Lebih teruk lagi, ketika tempoh dua tahun itu sudah sampai duitnya makin berkurangan. *Apakah instrumen terbaik untuk simpanan haji? *Untuk soalan ini, jawapannya sudah diberikan di dalam soalannya. Jawapannya ialah SIMPANAN. Jawapan yang sama sekiranya ada yang bertanya, “*Afyan, apakah instrumen yang terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?<http://afyan.com/ver1/?p=1225> *”. Untuk memulakan simpanan haji, gunakanlah instrumen simpanan yang sewajarnya untuk membuat simpanan. Instrumen simpanan terbaik bagi simpanan haji di Malaysia ialah Tabung Haji. Sebagaimana namanya, Tabung Haji adalah sebuah instrumen untuk membantu masyarakat Islam membuat simpanan bagi tujuan menunaikan ibadah haji. Kos menunaikan haji meningkat dari masa ke masa. Justeru masa terbaik untuk memulakan simpanan haji adalah sekarang, bukan untuk menunggu sehingga usia pencen baru berkira-kira hendak menunaikan haji. Bagi merangsang minat untuk menunaikan haji, saya amat menggalakkan saudara sekalian membaca buku Travelog Haji serta buku Haji Muda terbitan PTS Publication. *Merancang simpanan haji* Untuk merancang simpanan haji, ada beberapa langkah yang saya syorkan; - *Pertama*; Letakkan sasaran tempoh masa. - *Kedua*; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan. - *Ketiga*; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama. Sebagai contoh, saudara berusia 30 tahun dan bercadang untuk memulakan simpanan haji. *Pertama**; Letakkan sasaran tempoh masa. *Katakanlah saudara mensasarkan usia 40 tahun untuk menunaikan ibadah haji, maka saudara mempunyai tempoh 10 tahun lagi untuk membuat simpanan. *Kedua**; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan. *Dalam masa 10 tahun akan datang, saudara menganggarkan jumlah perbelanjaan haji adalah RM 20,000. Maka RM 20,000 menjadi sasaran simpanan yang perlu dilakukan. *Ketiga**; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama. *Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama. Akhir sekali, jumlah RM 20,000 tadi dibahagikan dengan temph 10 tahun, maka - RM 20,000 / 10 tahun = RM 2000 setahun, - RM 2,000 setahun / 12 bulan = 166.66 atau Rm 170 (selepas dibundarkan) sebulan - Maka, jumlah simpanan bulanan yang diperlukan adalah RM 170 atau Jumlah RM 170 ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya sasaran tersebut lebih pendek masanya atau simpanan yang diperlukan lebih tinggi. Contoh yang saya berikan ini tanpa mengambil kira sebarang keuntungan. *Jadi, apa seterusnya?* Seterusnya, apa yang saudara perlu lakukan ada DISIPLIN. Ya, berdisiplin dalam membuat simpanan setiap bulan selama 10. Sekarang, saudara sudah mengetahui kaedah dan cara membuat simpanan haji. Namun, adakah saudara yakin dalam tempoh 10 tahun akan datang saudara masih mampu menunaikan niatnya saudara? Tiada siapa mampu memberikan jawapan ini melainkan Allah. Takdir akan menentukan sama ada nyawa kita masih panjang untuk mengecapi usia 40. Jika usia kita masih panjang, dan kita masih sihat wal-afiat, kita berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Jika sebaliknya, insya-Allah niat dan usaha kita untuk menunaikan haji tetap akan diberi pahala oleh Allah. Justeru, di sinilah peranan takaful datang untuk membantu niat tersebut tetap tercapai sekalipun berlaku perkara yang tidak diingini terhadap diri saudara. *Kombinasi SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN untuk menyediakan wang perbelanjaan menunaikan haji. Gambar daripada Modul Pengurusan Kewangan.<http://afyan.com/ver1/?p=1135> * *IKHLAS Hajj Saving Takaful* Takaful IKHLAS memperkenalkan sebuah produk terbaru IKHLAS Hajj Saving Takaful dengan kad30 sebulan, membolehkah simpanan haji berkenaan diberi jaminan kewangan sekiranya berlaku musibah terhadap peserta sebelum sempat menunaikan haji. Dengan kadar semurah ini, berdasarkan pengiraan yang dilakukan sebentar tadi, saudara boleh peruntukkan sebahagian jumlah simpanan saudara ke dalam IKHLAS Hajj Saving Takaful sebagai akaun kedua selepas Tabung Haji. Produk ini memberi perlindungan dalam bentuk pampasan kewangan seandainya peserta meninggal dunia atau lumpuh atau ditimpa penyakit kritikal dalam tempoh masa membuat simpanan haji. Selain itu juga, dengan kaedah ini, saudara boleh berDISIPLIN melakukan “simpanan paksa” berbanding kaedah simpanan biasa di bank atau Tabung Haji yang tiada elemen “paksa” ini. *Kini, dengan kadar serendah RM 30 sebulan, semua orang mampu untuk menunaikan haji!* *Terima kasih kerana sudi membaca blog www.afyan.com, yang dimiliki oleh Sdra Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan Islam dan takaful. Tuan-puan boleh manfaatkan kandungan blog ini untuk disiar kembali dengan merujuk blog ini sebagai sumbernya bagi mengelakkan salah faham. Sebarang komen dan persoalan boleh diajukan melalui ruang komen di bawah ini atau melalui emel afyan.ikhl...@]gmail.com. Sudi-sudikan juga untuk menambah rakan Facebook di http://www.facebook.com/afyan.ikhlas* -- Ikhlas dari Afyan :) Phone: 013-353 4967 Blog: http://www.afyan.com Facebook: http://www.facebook.com/afyan.ikhlas