Melayu – Menang Sorak Kampung Tergadai !

Melayu dah Pekak , Buta dan Bisu 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html

Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

ANAK TEGUK ‘AIR SETAN’
Harian Metro 2010/05/14

SEREMBAN: Kebiasaannya ibu bapa bimbang pembabitan anak-anak mereka dalam 
penagihan dadah, namun keadaan sebaliknya berlaku di Senawang, dekat sini, 
apabila segelintir remaja dikesan aktif meneguk ‘air setan’.

Ini berikutan, ada di kalangan ibu bapa terbabit menemui beberapa botol arak 
yang baru digunakan di kawasan rumah tinggal sekitar kawasan perumahan yang 
dipercayai diminum remaja Islam.

Sebelum ini, aktiviti meminum arak itu tidak berlaku di kawasan berkenaan, 
tetapi penemuan beberapa botol arak di kawasan perumahan itu meresahkan ramai 
pihak terutama ibu bapa kerana dikhuatiri kegiatan itu turut membabitkan ahli 
keluarga mereka.

Malah, kegiatan tidak sihat itu kemungkinan akan terus berleluasa jika tiada 
tindakan tegas.

Penduduk, Wan Ahmad Arshad, 43, berkata pihaknya menemui lebih 10 botol arak 
pelbagai jenama berselerak di kawasan rumah tinggal di Taman Tasik Jaya, 
Senawang, yang dipercayai digunakan segelintir remaja dan belia pada sebelah 
malam terutama hujung minggu.

Beliau berkata, pihaknya percaya kawasan rumah tinggal itu dijadikan tempat 
mereka melepak pada malam hari terutama hujung minggu sambil meneguk minuman 
keras.

“Saya terkejut apabila menemui beberapa botol arak yang baru digunakan di 
sebuah rumah tinggal di kawasan ini dan saya percaya mereka remaja dan belia 
yang menggunakannya kerana beberapa penduduk setempat pernah terserempak mereka.

“Malah, kumpulan remaja dan belia ini sering membuat bising pada malam hari 
hingga mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran. Saya percaya ada 
kemungkinan kumpulan sama melakukan kegiatan meminum air setan ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap ahli jawatankuasa persatuan penduduk atau 
Kawasan Rukun Tetangga (KR)T) membuat siasatan dan pemantauan bagi memastikan 
kegiatan tidak sihat itu dibanteras.


Katanya, tindakan proaktif pemimpin dan penduduk setempat penting bagi 
memastikan kegiatan terbabit tidak terus berleluasa hingga mungkin akan 
mendorong remaja atau individu lain turut terbabit, sekali gus mengundang 
pelbagai gejala sosial lain.

“Saya juga bimbang jika kegiatan mereka ini tidak dipantau akan menjejaskan 
imej taman perumahan ini, sekali gus mencemarkan nama baik penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 
Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata kegiatan minum arak 
yang dilakukan remaja dikesan di kebanyakan tempat di Senawang sejak 
kebelakangan ini.

Katanya, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ialah Taman Komersial 
Senawang, Taman Cempaka dan Dataran Senawang.

“Tindakan proaktif pihak berkuasa agama perlu bagi memastikan kegiatan ini 
tidak terus berleluasa kerana kebanyakannya membabitkan belia Melayu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khuatiranakteguk__8216_airsetan__8217_/Article


REMAJA TEGUK AIR SETAN
Harian Metro 2009/12/31

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Bandar Baru Senawang, dekat sini, kini 
dikenalpasti menjadi tempat melepak kumpulan remaja liar sambil meneguk air 
setan berikutan penemuan beberapa botol arak di lokasi berkenaan.

Aktiviti mereka itu dipercayai dilakukan pada waktu malam atau awal pagi.

Tinjauan menemui beberapa botol arak pelbagai jenama dan saiz termasuk 
dikawasan kaki lima pusat perniagaan Taman Cempaka, Dataran Senawang dan 
kawasan berhampiran sekolah rendah.

Penemuan beberapa botol arak itu bukannya baru, malah kegiatan mereka 
dipercayai sudah lama berlaku terutama pada malam minggu dan sehingga kini 
dikesan terus berleluasa.

Setiap pagi, pasti terdapat sekurang-kurangnya tujuh botol arak bersepah di 
kawasan terbabit, walaupun botol minuman keras itu pada hari sebelumnya sudah 
dibersihkan.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri 
Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, 41, berkata pihaknya mula mengesan aktiviti 
minum arak dipercayai dilakukan golongan muda sejak beberapa bulan lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Remaja-teguk-air-setan/Article





Reply via email to