Assalaamu'alaikum

Sukacita dimaklumkan, buku saya (Mohd Hairi Nonchi) bersama akhi Mohd Yaakub 
Mohd Yunus yang berjudul "Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie 
Yang Sebenar? (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru) telah terbit. Sekian.

Author: Mohd Hairi Nonchi & Mohd Yaakub Mohd Yunus
ISBN: 978-967-308-221-6
Pages: 402, Hardcover.

Untuk membeli secara online sila ke :

http://www.jahabersa.com.my/en/bimbingan-dan-nasihat/siapakah-pengikut-imam-al-syafie-dan-mazhab-syafie-yang-sebenar


Synopsis:

Salah satu isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini ialah mengenai fenomena 
penularan fahaman Wahhabi dan ancamannya terhadap perkembangan aliran 'arus 
perdana' di negara ini (Malaysia). Salah seorang tokoh 'ulamak melayu' tanah 
air yang dilihat paling terkehadapan di dalam melontarkan pelbagai kritikan 
terhadap golongan yang sering dilabel dan dimasyhurkan sebagai Wahhabi ini 
ialah Muhammad Uthman El-Muhammadi di mana menerusi salah sebuah rencana beliau 
yang berjudul Usah Terpesona Tajdid Segera Wahabi (Berita Minggu, Ahad, 20 
Disember 2009m ms, 30) beliau telah pun menulis bahawa:

1) Wahhabi ialah golongan yang mudah dalam mengeluarkan hukum kafir sesama 
Muslim.

2) Wahhabi ialah golongan yang berpegang kepada akidah al-Mujassimah iaitu 
suatu fahaman yang mengganggap Allah memiliki anggota berjasmani
sebagaimana makhluk-Nya.

3) Wahhabi menolak bid'ah yang baik(hasanah) dan mengganggap bid'ah
di sisi agama hanyalah satu sahaja iaitu bid'ah yang sesat.

4) Wahhabi melarang orang daripada mengikut mazhab fiqh kononnya seperti
menyembah ulamak.

5) Wahhabi memaksa orang awam untuk membuat keputusan sendiri daripada
al-Quran dan sunnah.

6) Wahhabi merupakan punca yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Islam Turki 
Uthmaniyyah.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini adalah, sejauh manakah dakwaan-dakwaan 
yang dilontarkan oleh beliau ke atas para pendukung al-Sunnah sebagaimana di 
atas ini adalah suatu fakta yang benar? Apakah benar Ahl al-Sunnah yang selama 
ini sering dimasyhurkan dengan gelaran 'Wahhabi' boleh dianggap sebagai sesat 
dan telah terkeluar daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah? Buku yang 
berjudul Siapakah Pengikut Imam al-Syafie & Mazhab Syafie Yang Sebenar? ini 
akan membantu para pembaca sekalian untuk meneracai segala dakwaan di atas, 
apakah ianya suatu dakwaan yang benar atau sebaliknya.


Kirim email ke