Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia


"KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD"



18 Jamadil Akhir 1431H / 1 Jun 2010M
 


Tidak kira di darat mahupun lautan,
begitulah kebiadaban yang ditunjukkan oleh tentera pengganas rejim
Israel. Mangsa mereka kali ini bukanlah penduduk awam Gaza sepertimana
biasanya, tetapi mereka telah melakukan serangan komando ke atas kapal
Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke
Gaza dalam misi ’Frotilla Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G)’.
Serangan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 31 Mei
pukul 7.00 pagi waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah
mengorbankan 19 nyawa di samping mencederakan beberapa yang lain.
Sebagai respons dari insiden ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ingin
menegaskan bahawa:-



1.    Rejim Zionis adalah pengganas ibarat binatang buas yang sentiasa
kehausan darah. Mereka bukanlah pihak yang boleh diajak berunding dan
perundingan damai dengan mereka hanyalah suatu yang sia-sia malah
bertentangan dengan syarak. Keganasan terbaru ini mengukuhkan lagi
bukti bahawa segala rundingan damai yang dijalankan selama ini bukanlah
penyelesaian kepada masalah Palestin atau umat Islam.





2.    Usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan adalah suatu yang baik di
sisi syarak, namun malangnya pihak pemerintah hanya berpeluk tubuh
tidak melakukan hal ini sebaliknya membiarkan badan-badan bukan
kerajaan (NGO) bertindak seorang diri tanpa ada apa-apa perlindungan
keselamatan dari pihak pemerintah, walhal pihak pemerintah tahu bahawa
jalan menuju Gaza penuh dengan risiko, termasuk serangan dari tentera
Israel. Tidak ada satu unit tentera umat Islam pun dihantar untuk
mengiringi konvoi LL4G bagi menjamin keselamatan mereka yang
membuktikan pihak pemerintah langsung tidak serius untuk menyelamatkan
Gaza mahupun prihatin terhadap nyawa ahli-ahli konvoi itu sendiri.



3.    Kutukan keras dari pemerintah, boikot, mesyuarat khas, sidang
khas parlimen, persidangan PBB, mesyuarat OIC dan seumpamanya bukanlah
penyelesaian kepada masalah Palestin. Setiap kali umat Islam dibunuh
oleh Israel, inilah suara-suara penyelesaian yang dilaungkan oleh
pemerintah mahupun sebahagian umat Islam, dan kita semua tahu bahawa
hal ini tidak pernah membawa kepada penyelesaian. PBB adalah badan
kufur antarabangsa yang melahirkan negara haram Israel manakala OIC
hanyalah himpunan negara-negara wathaniyah dan asabiyyah yang
hanya tahu bersidang! Pihak pemerintah bukannya ingin mengambil jalan
untuk melenyapkan entiti Yahudi yang menjadi punca kepada masalah,
tetapi hanya berminat untuk bersidang dan mengeluarkan resolusi dan
mendapat pula tuntutan (claim) yang lumayan darinya. Pihak
pemerintah langsung tidak menunaikan kewjipan mereka untuk mengerahkan
pasukan tentera untuk berjihad di Palestin dengan memerangi Yahudi dan
membebaskan Palestin dari cengkaman makhluk terkutuk itu.



4.    Tentera-tentera kaum Muslimin yang sedang lena dibuai kemewahan
duniawi atau sedang dirantai dengan belenggu nasionalisme dan
patriotisme perlu segera bingkas bangun mempersiapkan diri untuk
berjihad fi sabilillah.
Bilakah lagi kalian akan menyahut seruan jihad dari Allah SWT dan
merebut kedudukan mulia sebagai tentera Allah? Sampai bilakah kalian
hanya sekadar berani menunjuk ’belang’ dalam acara-acara rasmi negara?
Sampai bilakah kalian hanya ingin tunduk kepada pemerintah sekular yang
hanya menghantar kalian untuk berkhidmat di bawah panji kufur PBB,
bukannya panji Allah dan Rasul? Musuh yang menerkam dan membunuh
saudara-saudara kalian itulah yang sepatutnya kalian ajar hingga mereka
tewas dan tertawan, bukannya pemimpin yang mengkhianati umat yang
kalian perlu patuhi. Untuk apakah kalian menjadi tentera jika bukan
untuk berjihad di jalanNya?



5.    Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu
mudah kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun.
Justeru, kita sekarang benar-benar memerlukan seorang Khalifah untuk
menjadi ketua kaum Muslimin yang akan memimpin, melindungi dan menjaga
harta, darah dan nyawa kaum Muslimin.



6.    Hizbut Tahrir dengan ini menyeru seluruh kaum Muslimin agar berusaha 
bersama-sama kami untuk menegakkan kembali Daulah al-Khalifah ar-Rasyidah Ala 
Minhaj Nubuwwah
yang bila tertegaknya institusi politik agung umat Islam ini, Khalifah
pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan saudara-saudara kita
dan membebaskan negeri-negeri umat Islam dari cengkaman penjajah
kuffar.





USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN

Presiden

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)


Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


      

Kirim email ke