BETUL KURANGNYA PENDAKWAH DISANA. ADA KAWAN KPD KAWAN SAYA MENGATAKAN DIA MASUK 
KRISTIAN KERANA PENDAKWAH KRISTIAN MASUK KETEMPATNYA DAHULU JAUH DIPENDALAMAN 
KALAU ISLAM MASUK TENTU MASUK ISLAM KATANYA. BARU-BARU NI AKU G BINTULU DAN ADA 
KAWAN KAT SANA BERITAHU TIAP2 PETANG ADA PENDAKWAH KRISTIAN LELAKI DAN 
PEREMPUAN BERPAKAIAN KEMAS MENAIKKI BASIKAL DAN BERDAKWAH KEPADA MEREKA YANG 
LALU LALANG. MANA PERGINYA ASYIK KELUAR 40 HARI? PAKISTAN? SURAU-SURAU 
DIKAMPUNG YANG MEREKA DAH TAHU ISLAM CUMA PERLU DIAJAK BERJEMAAH KALAU MEREKA 
KURANG KESURAU ATAU MASJID. KENAPA PUAK NI TAK GI JAUH DIPENDALAMAN?

--- On Tue, 8/6/10, su...@yahoo.com <su...@yahoo.com> wrote:


From: su...@yahoo.com <su...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Teramat kurang pendakwah Islam di Sarawak
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 8 June, 2010, 9:29 PM


 



Tidak malu ke umat Islam , orang bukan Islam yang beria-ia menyuruh pendakwah 
Islam mengajar orang Islam ? Tuai Rumah Ado, Ado anak Bilong, menjelaskan 
beliau tahu mengenai keluarga Muslim itu kerana mereka sebahagian daripada anak 
buahnya kerana tinggal di rumah panjang itu. Beliau berharap pihak berkaitan 
dapat membantu terutama bagi menyelesaikan status keluarga murid Islam itu 
kerana bimbang ia mungkin akan menimbulkan kesulitan pada masa depan.

******************************
Berita Harian 8 Jun 2010

Keluarga Muslim perlu bantuan pendakwah ajar anak agama

PENDAKWAH atau pihak bertanggungjawab sewajarnya datang ke Rumah Panjang Ado 
kerana tiga murid Muslim di Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Keseng bersebelahan 
rumah panjang itu memerlukan khidmat dan bantuan mereka.

Demikian fikiran penulis ketika melihat persekitaran hidup tiga murid Islam 
terbabit, seorang lelaki dan dua lagi perempuan ketika ke rumah panjang dan 
sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Pengurusan sekolah melakukan yang terbaik bagi membantu murid terbabit seperti 
kata Guru Besarnya, Anthony Upon, pihaknya meminta jasa guru perempuan dari 
Semenanjung mengajar mereka Fardu Ain dan hal berkaitan agama.

Untuk mengajar murid terbabit yang akan menduduki Penilaian Asas Fardu Ain 
tahun ini, kami tiada ustaz kerana tidak mencukupi kuota, iaitu 
sekurang-kurangnya lima murid Islam untuk mendapat seorang guru agama.

Bagi memenuhi keperluan itu, beberapa guru perempuan sekolah ini berasal dari 
Semenanjung dengan suka rela mengajar agama di rumah mereka pada luar waktu 
sekolah, lazimnya sebelah petang, katanya.

Seorang murid terbabit, Faiznor Yusof, 12, berkata dia diberitahu bapanya 
keturunan Melayu dari Sibu, manakala ibunya pula Iban, tetapi mereka tinggal di 
Rumah Panjang Ado.

Dia bersama adiknya, Izani serta seorang lagi murid Muslim, Norlia Ramli, 
sering bermalam di rumah guru perempuan terutama pada hujung minggu kerana 
dapat belajar agama dan sembahyang.

Saya lebih suka pergi rumah cikgu kerana dapat belajar dan sembahyang apabila 
tiba waktunya. Cikgu banyak memberi tunjuk ajar. Adik saya pun sembahyang, tapi 
jarang. Ibu tidak melarang, sebaliknya menggalakkan saya ke rumah cikgu.

Saya belajar berpuasa sejak Tahun Lima bila Hari Raya saya sambut sendiri, 
katanya yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini dan 
bercita-cita menjadi guru kerana mahu mendidik orang lain.

Sementara itu, Tuai Rumah Ado, Ado anak Bilong, menjelaskan beliau tahu 
mengenai keluarga Muslim itu kerana mereka sebahagian daripada anak buahnya 
kerana tinggal di rumah panjang itu.

Bagaimanapun, beliau berharap pihak berkaitan dapat membantu terutama bagi 
menyelesaikan status keluarga murid Islam itu kerana bimbang ia mungkin akan 
menimbulkan kesulitan pada masa depan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeluargaMuslimperlubantuanpendakwahajaranakagama/Article









Kirim email ke