PETIKAN : http://genta-rasa.com/
KEBINASAAN DENGAN
JAWATAN<http://genta-rasa.com/2009/02/07/kebinasaan-dengan-jawatan/>


 [image: power]


Jawatan satu amanah, bukan anugerah. Jika kita ingin melihat sejauhmana
benarnya kata-kata pemimpin yang amanah, lihat harta, sikap dan ibadah
khususnya selepas menyandang jawatan. Kalau hartanya semakin susut (atau
hanya bertambah sedikit berdasarkan keperluan), kalau akhlaknya semakin
halus dan menarik, kalau ibadah khususnya (solat malam, baca Al Quran, doa,
munajatnya) semakin lebat… Ya itu petanda dia memperalatkan jawatannya untuk
melaksanakan amanah. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ia telah
“diperalatkan” oleh jawatan yang dianggapnya satu anugerah.
Bila satu jawatan atau tugasan diberikan kepada seseorang yang bukan
ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya. Begitu, antara lain maksud hadis
Rasulullah SAW. Hati kita tertanya-tanya, siapakah yang bukan ‘ahlinya’ itu
dan apakah pula kebinasaan yang bakal berlaku? Persoalan ini menjadi suatu
yang sangat kritikal untuk ditangani justeru sedang berlaku kini pelbagai
kebinasaan, sama ada yang berbentuk rohani mahupun fizikal.

Keruntuhan akhlak bukan sesuatu yang dapat dinafikan lagi. Begitu juga
dengan ‘keruntuhan’ tanah, jambatan, lebuh raya dan kebocoran syiling atau
atap bangunan yang hebat-hebat. Secara mudah, kita boleh katakan inilah
kebinasaan yang telah terjadi dan sekali gus ini juga sebagai petanda
semakin ramai yang ‘bukan ahli’ sedang memegang jawatan atau tugasan penting
dalam masyarakat.

Ketika mencadangkan agar nabi Musa AS diterima bekerja dalam keluarga
mereka, seorang anak gadis nabi Syuaib AS telah meletakkan dua ciri utama
sebagai pertimbangan atas usulnya itu – kekuatan (Al Qawwi) dan amanah
(amanah). Hal ini diabadikan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang
kuat lagi amanah.” Al Qasas 26.

Kekuatan dalam konteks terkini ialah berilmu dan mempunyai kepakaran dalam
bidang kerja yang berkenaan. Manakala amanah pula ialah soal keikhlasan,
kejujuran dan ketelusan dalam melaksanakan pekerjaan atau tugasan. Individu
yang mempunyai kedua-dua ciri inilah yang dikatakan ‘ahli’ dalam pekerjaan
tersebut.

Apabila lebuh raya retak, syiling bangunan bocor atau tanah runtuh, itu
menunjukkan sama ada pengusaha, jurutera, arkitek atau juru ukur bahan bagi
projek tersebut tidak mempunyai sifat al qawwi yakni kurang ilmu atau
kepakaran dalam melaksanakan kerja mereka. Atau boleh jadi, mereka memang
pakar dan berilmu, tetapi mereka bukan al amin kerana kurang amanah bila
melakukan rasuah atau penyelewengan secara senyap-senyap. Mereka ini
hakikatnya bukan ‘ahli’ untuk projek tersebut.

Sejak dari dahulu lagi usaha melahirkan orang yang jujur lebih sukar
berbanding melahirkan orang yang bijak. Kebijaksanaan boleh diukur dengan
ijazah dan kelulusan, tetapi sikap amanah adalah soal dalaman yang begitu
maknawi sifatnya. Namun hanya jauhari mengenal manikam. Justeru, para
pemimpin, guru, majikan, ketua dan ibu-bapa mestilah menjadi ‘jauhari’ yang
mengenal sifat al amin dan al qawwi orang bawahannya.

Kirim email ke