Apa yang menyedihkan anak2 tersebut lahir...dah lah lahir sebagai anak luar 
nikah....tapi lagi menyedihkan tidak tercatat nama bapa pada sijil kelahiran 
mereka itu. Kesian bermula dari detik anak itu berulang alik keklinik dibawa 
oleh ibu angkatnya...berterusan masuk tadika, kesekolah rendah kemudian 
menengah, universiti sehingga dia bekerja dan kawin  dan seterusnya bila 
mendapat anak pula...persoalan itu ia akan terus diejek dengan kata "tiada 
bapa, tiada ayah" dan macam2 lagi ejekan diterima oleh anak2 itu hingga dia 
mendapat anak akan ditanya oleh anaknya "Mak/ ayah kenapa surat beranak mak/ 
ayah tiada nama bapa" .........kalau dahulu anak sebegitu dibin atau dibintikan 
dengan Abdullah, kenapa tidak diteruskan...........supaya keaiban itu tidak 
timbul. Sedangkan anak2 itu tidak berdosa....kesalahan yang dibuat oleh orang 
tuanya tapi akibat dan malu diterima oleh anak tersebut.....Ah alangkah 
sedihnya anak itu bila mana di Tadika beliau dipanggil
 oleh gurunya untuk menanda kedatangan...contoh" Aziz bin Ali, Samad bin Sidik, 
Amin bin......" dan kanak2 lain akan mengejek "heeee dia tak ada ayah keeeeee" 
ejekan itu akan berterusan hingga keuniversiti....dan seterusnya juga bila dia 
akan dijab-kabul oleh kadhi....Oh kesian. Kenapakah perubahan itu dibuat oleh 
kerajaan tanpa mengambil kira resiko seterusnya....fikir2 lah.........



________________________________
From: "Noorshamsudin Hj. Mohd. da...@yahoo.com" <Noorshamsudin Hj. Mohd. 
da...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Friday, July 2, 2010 7:32:58
Subject: Help Palestine [hidayahnet] 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa

 
 
UTUSAN ONLINE 02JUL2010 - 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang 
berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 
sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak 
mencatatkan nama bapa.
 
Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini 
bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes 
setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah 
didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan 
Kristian (3,395).
Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 
pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
 
“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, 
perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam 
tong sampah semakin menjadi-jadi.
 
“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 
506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” 
titah baginda.
Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu 
Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.

 
Wassalam.
 
AFFINBANK  -  "BANKING WITHOUT BARRIERS"
 
Noorshamsudin Hj. Mohd Darus
IS Audit, Group Internal Audit
1st Floor Menara AFFINBANK
80 Jalan Raja Chulan, KL
 
Tel:  03-27315246 (Ofis) / 012-2923403 (H/P) / 03-60214010 (Home)



Kirim email ke