Kita leka dengan politik, kita leka dengan hiburan, kita leka dengan sukan, 
kita leka mengejar pangkat dan harta, kita leka mencari keseronokan, hingga 
semangat gotong royong makin hari makin luntur di kalangan kita. Ke mana hala 
tuju kita , hinggakan kubur pun kita ambil sikap macam Bangau Oh Bangau untuk 
dijaga.

Kubur sendiri sendiri agaknya.

Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan 
tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, 
“Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab, 
“Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

Rasulullah saw pernah ditanya: Siapakah orang beriman yang lebih bijak ? Jawab 
baginda: Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya 
kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak”
(Riwayat ibn Majah drpd ibn Umar ra)

Beberapa kisah sadis lunturnya semangat gotong royong kita di
http://amkns.blogspot.com/2010/02/anjing-kuda-masuk-kubur.html
http://waghih.blogspot.com/2010/05/kubur-pun-orang-melayu-tak-boleh-jaga.html

***************************

KUBUR TAK TERURUS
Berita Harian 7 Julai 2010

Kawasan perkuburan Jalan Pengadang Baru dikhuatiri jadi sarang binatang liar

KUALA TERENGGANU: Tanah perkuburan di Jalan Pengadang Baru, dekat sini kini 
terbiar dan dipenuhi semak dibimbangi menjadi tempat binatang berbisa seperti 
ular dan kala jengking membiak sehingga mengancam keselamatan penduduk.

Penduduk kawasan terbabit berharap pihak pengurusan tanah perkuburan yang 
bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi membersihkan tanah perkuburan 
itu.

Tinjauan Edisi Timur mendapati semak hampir menenggelamkan semua 100 kubur 
sehingga menyukarkan pengunjung menziarah kubur saudara mereka, selain pagar 
kubur roboh. Penduduk, Mohd Alif Bahktiar, 28, mendakwa kawasan tanah 
perkuburan Islam seluas lebih 1.2 ekar itu sudah lama terbiar dan tidak terurus 
dan seperti sudah dilupakan.

Katanya, semua pihak termasuk penduduk setempat bertanggungjawab membersih 
kubur itu.

Beliau juga melahirkan rasa sedih apabila melihat keadaan kubur nenek moyangnya 
yang tidak terurus dan kebanyakan sudah daif.

Semua pihak perlu bertanggungjawab atau mengadakan gotong-royong bagi membersih 
tanah perkuburan itu supaya ia tidak kelihatan menakutkan.
Tanah perkuburan ini terletak di tepi jalan utama ke Kuala Berang sebenarnya 
sudah menimbulkan persoalan dan cerita buruk daripada pengunjung kubur yang 
menziarah kubur ibu bapa dan sanak saudara mereka mengapa kawasan kubur ini 
tidak jaga, katanya.

Mohamad Musa, 39, pula berasa sedih melihat persekitaran tanah perkuburan itu 
yang tidak terurus dan bimbang kehadiran ular dan kala jengking serta menjadi 
sarang pembiakan binatang berbisa itu.

Katanya, tanah kubur itu terbiar kerana sikap tidak bertanggungjawab pihak yang 
terbabit terhadap pengurusan tanah perkuburan itu walaupun sudah ada pihak yang 
membuat aduan mengenai masalah itu.

Pengurusan tanah perkuburan perlu mengadakan gotong-royong membersihkan tanah 
perkuburan ini terutama sebelum Aidilfitri, katanya.

Saya berharap tanah perkuburan ini dapat dipulihkan segera termasuk kerjasama 
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar dapat membersihkan 
segera kubur ini, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuburtakterurus/Article




Kirim email ke