Indeks jenayah sebenarnya makin turun atau makin naik ? Hari demi hari berlaku 
macam-maca kes jenayah. Kali ni kedai penjual akhbar Harakah di Ampangan, 
Seremban di pecah masuk. Habis semua diambil pencuri termasuk duit  derma orang 
ramai untuk Tabung Sekolah Rendah Islam Al Munawarah , Durian Tunggal , Melaka 
dan Tabung Anak Yatim Paroi pun disapunya.

Selamat ke tidak Malaysia ni ?

*********************
Polis diminta kerap buat rondaan di Ampangan
Faiz Abdullah

SEREMBAN, 15 Julai 2010 : Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Rashid Latiff 
meminta agar pihak polis melakukan rondaan yang lebih kerap di kawasan itu 
kerana banyak kes jenayah terutama kecurian dan penagihan dadah.

Sementara polis menjalankan tugas, beliau juga ingin menyeru kepada peniaga dan 
penduduk Ampangan agar turut sama mengambil langkah pencegahan dengan memasang 
gril besi jika mampu.

"Sekurang-kurangnya pasanglah lampu di belakang rumah atau kedai kerana ini 
akan meminimumkan risiko rumah atau kedai mereka dipecah masuk,” katanya.

Rashid yang juga Bendahari PKR negeri berkata, terdapat desakan daripada 
penduduk setempat yang memohon polis membina sekurang-kurangnya sebuah pondok 
di kawasan Ampangan terutama di kawasan Flat Uda.

"Kepadatan penduduk di kawasan Ampangan, Flat Uda, Kampung Ismail, Kampung 
Jiboi dan persekitaran adalah lebih 20,000 orang. Sewajarnya sebuah pondok 
polis harus didirikan untuk membendung dan mengawal kadar jenayah di sini," 
ujarnya lagi.

Sementara itu, kedai penjual akhbar Harakah di Ampangan, Ishak Adam, 54, 
dipecah masuk kelmarin.

Ishak yang merupakan pengedar utama untuk seluruh Negeri Sembilan menyedari 
kedainya dipecah masuk apabila memulakan perniagaan lebih kurang 7.30 pagi.

Pencuri dipercayai memasuki kedai dengan memecahkan bumbung dan siling di 
bahagian belakang.

Ishak mengalami kerugian lebih RM5,900 termasuk kad prabayar, rokok, wang tunai 
dan dua bilah keris hiasan.

Apa yang lebih mendukacitakan, turut dicuri ialah dua buah tabung derma 
masing-masing daripada Rumah Anak Yatim Anakku Sayang Panchor, Paroi dan 
Sekolah Rendah Islam Al-Munauwarah Durian Tunggal, Melaka.

Pihak pengurusan rumah anak yatim dan sekolah agama tersebut meletakkan tabung 
derma di kedai Ishak untuk kutipan derma ikhlas daripada orang ramai.

"Saya percaya mereka masuk dengan menyelinap daripada bumbung dan siling yang 
dipecahkan oleh mereka.

"Sepanjang 25 tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kejadian 
seumpama ini berlaku," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Rahang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27621:polis-diminta-kerap-buat-rondaan-di-ampangan-&catid=53:negeri-sembilan&Itemid=98




Kirim email ke