Sememangnya sedekah itu satu dari amalan yang sangat dituntut dalam Islam tetapi saya tidak pasti apakah kutipan sedekah itu tidak bolehkah disimpan dalam bentuk satu tabong yang khusus bagi digunakan untuk membantu anak-anak orang Islam memasuki IPTA/IPTS dalam dan luar negeri ? Jika tabong ini wujud pinjaman bagi menyambong pengajian dapat diberi kepada mereka-mereka yang masih ramai memerlukannya. Pelajar-pelajar yang dapat tawaran untuk mengikuti kursus di negara-neagara Timur Tengah misalnya sama ada dalam bidang kedoktoran mau pun dalam bidang-bidang keilmuan Islam masih ramai yang terpaksa menanggong sendiri perbelanjaan. Jika pun pinjaman atau biasiswa diberi saya difahamkan ianya hanya apabila mereka memasuki ke tahun dua atau tahun tiga !! Anak saudara saya sendiri yang ditawar menyambong pelajaran ke Mesir terpaksa usahakan sendiri dapatkan wang tambang dan yuran dari orang perseorangan. Ayahnya (adik saya) pernah satu masa "berhijrah" ke Raub, Pahang dan kebetulan anak nya itu dilahirkan di Raub maka apabila memohon sumber kewangan di negeri Kedah ia tidak mendapat layanan kerana katanya anaknya tidak dikira sebagai anak negeri itu. Bagaimana pun dia tetap mendapat pertolongan dari Allah swt dan akhirnya dapat juga kesana.
Baru-baru ini pula saya terjumpa seorang kawan (orang Kelantan) yang anaknya juga dihantar belajar ke Mesir dan saya difahamkan yang dia juga terpaksa menanggong sendiri perbelanjaan mebiayai anaknya. Saya tanyakan berapa dibelanjakan ? Katanya setiap bulan RM400 perlu dihantar. Saya tahu gajinya mungkin sekitar seribu sebulan dan gaji isterinya pun mungkin lebih rendah. Dengan pendapatan tidak sampai dua ribu ringgit sebulan dan menanggong perbelanjaan anak ke luar negeri dan beberapa orang lagi yang masih belajar dalam negeri saya rasa pendapatnnya tentu tak berapa mencukupi untuk sara hidup dia sekeluarga. Saya rasa tabong untuk biasiswa atau pinjaman pelajar harus diperbanyak. Walau pun PTPTN bertanggongjawab dalam memberikan pinjaman (dalam negeri) dan MARA pula lebih kepada pelajar luar negeri dan swasta namun kita orang Islam sendiri wajar menjadikan tanggongjawab ini sebagai tanggongjawab yang harus dipikul bersama !! Saya rasa ganjaran yang bakal diberi oleh Allah bukan sekadar kepada para guru tetapi juga kepada kita yang menanggong pembiayaan sama ada secara biasiswa (jika perolehi keputusan cemerlang) mau pun pinjaman. Saya perhatikan di negeri Kelantan walau pun rakyatnya ramai adalah golongan miskin tapi tak kurang pula yang sederhana dan ramai juga yang kaya. Apabila melihat rumah-rumah mereka oooh hebat-hebat !! Tapi yang rumah hebat-hebat ni pun ramai yang pelajaran anak-anak mereka pun saya rasa bukan mereka sendiri tanggong tetapi masih memohon dari sumber lain !! Jika setiap orang Islam yang berpendapatan sekitar seribu sebulan menyedekahkan/mendermakan tak perlu banyak katakan RM5 sahaja setiap bulan dan jika pendapatan 10 ribu sedekahkan sekadar RM50 sebulan saya rasa berbilion ringgit dapat dipungut setiap tahun bagi merealisasikan tabong pengajian tinggi. Walau pun sumber kutipan zakat boleh digunakan bagi tujuan ini tetapi rasanya ia sangat terhad memandangkan bantuan kepada fakir miskin pun masih memerlukan jumlah yang besar !! Wallahua'lam. --- On Sun, 7/18/10, lengg...@yahoo.com <lengg...@yahoo.com> wrote: From: lengg...@yahoo.com <lengg...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Sedekah To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Sunday, July 18, 2010, 4:29 AM "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. " (Al- Baqarah ayat 261) Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267) “Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ ayat 39). “Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi) والله أعلم Moga ada manfaat. -- Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 7/18/2010 04:28:00 PM