Sebut tentang jangkitan HIV/AIDS yang menjadi monopoli orang Melayu/Islam mengapa seolah-olah tiada jalan keluar kearah mengurangkan bilangan mereka yang menghidapinya ? Ada maklumat menyatakan ramai mendapat jangkitan akibat bertukar jarum ketika mengambil dadah !! Mereka yang baru dikesan terlibat mengambil dadah pula adalah 63 kes setiap hari dan 44 adalah orang Melayu seperti yang dinyatakan !! Angka ini amat menggerunkan !! Apa akan jadi kepada negara ini sepuloh dua puloh tahun lagi ?? Semasa wawasan 2020 dicanangkan apakah ianya tidak termasuk bagaimana tentang penyelesaian permasalahan ini ??
Apakah kemungkinan kerana anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa terutama ibubapa Melayu dibanding dengan ibubapa berbangsa Cina ?? Keluarga Melayu masih ramai yang merempat tetapi kebanyakan ibubapa tetap bekerja keras untuk menampong sara hidup. Malangnya saya rasa anak-anak tidak dapat merasai keperitan susahnya ibubapa. Ramai anak-anak lebih suka hidup berseronok. Jika ada motosikal mereka akan kesana kemari tapi nak isi minyak motosikal pun ibubapa masih berikan duit !! Tambahan pula suasana hari ini dimerata-rata terdapat tempat-tempat menarik untuk hiburan. Saya rasa kurikulum pendidikan diperingkat sekolah rendah dan menengah perlu diubah dengan memastikan mereka dididik dengan menghayati Islam semasa di rumah. Hari ini di merata-rata tempat terdapat masjid dan surau. Mungkin perlu wujud kerjasama antara sekolah dan masjid. Pelajar sekolah perlu dihantar sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu ke masjid terutama pada hari cuti hujung minggu !! Saya pernah juga diberitau yang sistem pendidikan Barat juga tidak pisahkan antara sekolah dan gereja !! Bahkan pelajar bukan Kristian pun di setengah-setengah universiti di Barat diwajibkan berada di gereja pada waktu-waktu yang ditetapkan !! Jika masjid juga berperanan, masjid juga perlulah disediakan dengan guru-guru agama bukan sekadar imam dan bilal dan mereka mestilah diberi hak menilai akhlak murid. Ketika saya remaja saya dihantar kerumah tok guru kampong dan jika ada budak-budak yang nakal tok guru akan jatohkan hukuman dan jika menerima laporan salah laku di luar juga tetap akan dihukum. Kebanyakan ibubapa memahami jika anak mereka memang benar bersalah tok guru diberi keizinan menghukum asalkan jangan ketahap cacat dan cedera sahaja !! Hari ini guru di sekolah sekolah hanya mementingkan pencapaian akedemik. Guru disiplin sukar menjalankan tugas kerana anak-anak terlalu dimanjakan kebanyakan ibubapa !! Wallahua'lam. --- On Fri, 8/6/10, bawanggoren...@yahoo.com <BawangGoreng @yahoo.com> wrote: From: bawanggoren...@yahoo.com <BawangGoreng @yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Friday, August 6, 2010, 12:59 AM Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS Aduhaiiii.... Nampaknya MELAYU menjadi JUARA lagi dalam hal-hal negatif... Well done, Malays! Menurut berita yang ditulis oleh Mohd. Rafie Azimi di UM 06/08/2010 : KUALA LUMPUR 5 Ogos – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim mendedahkan, daripada 63 penagih dadah yang dikesan setiap hari, 44 daripadanya Melayu. Lebih menyedihkan katanya, daripada 9 kes HIV/AIDS yang dikesan, 6 daripadanya melibatkan individu Melayu dengan purata 3 kematian setiap hari. “Fakta diperoleh daripada Kementerian Kesihatan. Bermula dengan cuma empat kes pada 1986, sebanyak 87,710 kes HIV dikesan sehingga penghujung 2009. Sebanyak 71.8% atau 62,975 daripada kes itu terdiri daripada individu Melayu diikuti Cina (14.6%) dan India (8%). Ia menunjukkan betapa serius gejala itu di kalangan masyarakat Melayu negara ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Seminar Menyambung Kasih Ilahi: HIV/AIDS Bersama Ditangani di Pusat Islam, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan. Faisal menambah, kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 60% ibu hamil yang dijangkiti HIV menerima virus itu melalui suami. “Masalahnya, mereka ini lama-kelamaan dijangkiti pula virus AIDS yang membawa maut. Hal ini menyebabkan kira-kira 6,000 kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah menjadi yatim piatu. Pastinya ketiadaan ibu dan ayah membawa kesan sosial yang besar kepada anak itu. Ia secara tidak langsung turut merugikan negara,” katanya. Beliau turut mengingatkan kira-kira 1,000 peserta seminar tersebut agar memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan di kalangan masyarakat bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini. “Pencegahan merupakan satu-satunya jalan kepada masalah ini kerana tiada ubat dan vaksin yang mampu membunuh virus HIV. Apa yang ada hanyalah ubat untuk menyekat pembiakan virus itu. Itu pun ia memerlukan belanja yang besar sehingga mencecah ribuan ringgit setahun,” ujarnya. Rujuk : UM 06/08/2010