Nak harap orang Islam nak bertindak memboikot pasaraya atau mana-mana pihak yang menghina Islam rasa nya macam tunggu ayam jantan bertelor !! Kalau sentoh isu Melayu barangkali cepatlah orang ? Islam (Melayu) nak bertindak tu pun oleh puak yang gagah PERKASA yang diketuai Panglima Ibrahim !! Kalau sensitif dia untuk kepentingan Islam berdasarkan al Quran alangkah baiknya (ada juga jarang-jarang) !! Sebut tentang boikot ni dah berpuloh kali dan dah berpuloh tahun seluruh umat Islam diajak boikot barang produk Yahudi tapi apa kesannya ?? Yang jelas makin bertambah barang produk Yahudi sampaikan kurma yang kita dok makan berbuka puasa pun ada yang orang Yahudi tanam dan dia halalkan tanah rakyat Palestin yang digunakan dan dia jual pula kepada orang Islam keseluruh dunia. Yang menyedihkan lagi kanak-kanak Palestin juga digunakan sebagai buruh murah maka buah kurma Israel ini dapatlah dijual lebih murah selepas segala hak rakyat Palestin dirampas dan ditindas !!
Maka nak harap orang Islam betul-betul nak boikot produk Yahudi laknatullah itu rasanya sukar nak betul-betul dilakukan sedangkan perbuatan oleh oleh bukan Islam di negara sendiri yang menghina Islam pun umat Islam boleh berlapang dada !! Bahkan baru-baru ini seorang pemimpin bukan Islam yang jadi sekutu baik UMNO terang-terang hina Islam pun berapa kerat saja yang membantah ?? Apa yang ditakuti ialah apabila Allah swt "bertindak boikot" kita maka ketika itu tiada makna apa-apa dah ibarat kalau dah nyawa sedang hap hap dah nak tercabut baru nak bertaubat Allah dah tak terima dah !! Agaknya beginilah sikap orang Melayu/Islam yang suka buat apa pun tunggu di saat akhir sedangkan Nabi SAW ajar kita kalau nak berjuang nak buat amalan baik-baik lakukanlah semasa lapang jangan tunggu waktu sibuk, masa sihat jangan tunggu ketika dah sakit dan beberapa lagi keadaan !! Ramai kita dah boleh makan yang "sedap-sedap" tak peduli dah nasib orang Islam lain !! Maka eloklah kita semak iman kita sebab sebenarnya iman kita sedang diuji oleh Allah seperti mana Allah telah uji orang-orang sebelum kita (ayat 2 surah al Ankabut). Perbuatan menghina Islam, bermacam maksiat berlaku di sekeliling kita pun kita masih boleh pejam mata !!?? Nauuzubilah. ________________________________ From: "su...@yahoo.com" <su...@yahoo.com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com> Sent: Thu, August 12, 2010 10:52:25 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pasaraya Promosi Arak sempena Ramadhan di N.Sembilan Pasaraya mana yang kurang ajar sangat ni ? Sonang jo. Jom umat Islam semua , BOIKOT pasaraya ini dan juga rangkaiannya seluruh negara. Sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya. Tak mati umat Islam kalau tak pergi pasaraya ni, berlambak lagi kedai lain. *********************************** Pasar raya tidak peka sensitiviti umat Islam NILAI, 12 Ogos: Sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya. Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama". “Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras,” ujarnya menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily. Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam terutama pada bulan Ramadan dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger. “Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?” soalnya. Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di Malaysia. “Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28097:pasar-raya-tidak-peka-sensitiviti-umat-islam&catid=1:utama&Itemid=50