Teringat kisah masa di US lebih 20 tahun lalu, di sebuah pekan universiti di 
bahagian Midwest. Umat Islam di sana pada mulanya tiada masjid apatah lagi 
surau untuk mengadakan solat jemaah apatah lagi solat Jumaat. Mulanya pihak 
universiti benarkan guna bilik kuliah untuk dijadikan tempat solat Jumaat 
sahaja.

Pernah saya kena turn jadi khatib untuk khutbah Jumaat di bilik kuliah 
universiti.

Sembahyang raya pula buat di padang permainan atau padang rekreasi awam di 
pekan tersebut.

Lepas tu umat Islam di sana menyewa rumah untuk dijadikan surau/masjid juga 
pusat Islam. Pernah sekali kami menyewa sebuah bilik dalam bangunan gereja 
untuk dijadikan masjid dan tempat solat Jumaat selama beberapa bulan. Bilik 
dalam bangunan gereja ini boleh masuk melalui pintu lain tanpa lalu ruang dalam 
gereja.

Tapi ada kalanya pada musim sejuk, sebab sejuk sangat, kami lalu saja ruang 
dalam gereja. Tak ada apa-apa masalah antara pihak gereja dan umat Islam ketika 
itu.

Akhir sekali umat Islam di sana berjaya membeli sebuah rumah untuk dijadikan 
masjid.

Kini saya diberitahu rumah tersebut dijadikan Pusat Islam manakala terdapat 
sebuah masjid baru di pekan tersebut.

Tak ada pula prasangka agama ketika itu, elok saja pergaulan antara Islam dan 
bukan Islam.

Antara aktiviti yang menarik ketika itu ialah mengajar ilmu Islam dan Al Quran 
kepada banduan-banduan di penjara di sana yang kebanyakannya Afro American. 
Mereka begitu berminat untuk mendalami ilmu Islam , tetapi tidak ramai 
sukarelawan yang istikamah untuk ziarah dan mengajar mereka.

Islam itu indah, indahnya Islam. 

Rugilah mereka yang tidak menyebarkan risalah Islam apatah lagi mengamalkannya.

Rugilah mereka yang Islam hanya pada nama.

Mungkin sahabat saya Mohd Nasir Awang di Terengganu ingat lagi kisah nostalgia 
di atas.



      

Kirim email ke