Orang Melayu semakin hilang arah tuju, hilang pedoman, hilang iman. 3 juta 
rakyat Malaysia hadapi masalah mental dengan 50,000 cubaan bunuh diri setiap 
tahun di Malaysia, sumber 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html . 
Apa ke tidaknya berita akhbar dan TV saban hari kurang memaparkan keinsafan dan 
semangat persaudaraan, hanya menanamkan rasa tamak, nafsu makan, nafsu 
berbelanja dan hiburan, rasa prasangka dan kebencian.

Pagi murung, malam mati
Harian Metro 1 Sep 2010.

PASIR PUTEH: “Ketika hampir waktu berbuka, semua ahli keluarga masih 
menunggunya balik namun sehingga selepas berbuka saya rasa tidak sedap hati 
lalu terus mencarinya dan menemuinya dalam keadaan tergantung di rumah bapa 
saudaranya,” kata xxxxx, 73, bapa kepada xxxxx, 31, yang ditemui tergantung 
dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Belah dekat Gaal, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemuda terbabit ditemui bapanya dalam 
keadaan tergantung dengan tali pengikat lembu diikat pada alang rumah dalam 
sebuah bilik rumah bapa saudaranya terletak bersebelahan rumah keluarga di 
kampung terbabit.

Menurut xxxxx, sebelum kejadian, anaknya ceria dan sempat membantunya di ladang 
serai pada sebelah petang. Bagaimanapun katanya, pagi sebelum itu anaknya 
dilihat murung dan berbaring di beranda rumah bapa saudaranya itu.

“Pagi tadi (kelmarin) saya ada tanya dia kenapa tidak balik ke rumah, sebab 
kebiasaannya setiap pagi dan petang dia mesti balik untuk mandi dan 
kadang-kadang menolong ibunya di rumah.

“Arwah sangat ceria sebelum ini, tetapi saya pelik pagi tadi dia murung dan 
sebelah petangnya pula dia ke ladang membantu saya memunggah serai untuk 
dipasarkan di pasar tani,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

xxxxxx berkata, selepas menolong di ladang serai, dia sempat berpesan kepada 
anaknya supaya pulang awal membantu ibunya.

Katanya, anaknya itu tidak kelihatan apabila mereka sedang bersiap untuk 
berbuka puasa sehingga selepas itu dia mula berasa tidak sedap hati.

“Selalunya apabila tiba masa untuk berbuka puasa dia akan balik, namun semalam 
saya pelik kerana tidak balik sehinggalah dia dijumpai mati tergantung,” 
katanya.

xxxxx berkata, beberapa hari sebelum itu arwah sempat meminta duit dengannya 
untuk beli baju serta peralatan lain sebagai persiapan awal menyambut raya.

“Saya memintanya bersabar kerana masih belum mendapat kutipan hasil serai 
daripada peraih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, 
ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan 
sebagai mati mengejut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pagimurung_malammati/Article





Kirim email ke