>Untuk yang dah digelar suami, yang akan jadi suami dan yang teringin nak 
>jadi suami yang berada depan di komputer. Semoga dirahmati Allah (Isteri 
>pun 
>boleh baca) 
>BILA ISTERI MERAJUK 
>Kita balik dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi 
>sekejap,sembahyang 'asar kemudian capai reket badminton terus ke gym 
>beriadah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. 
>Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita buat apa-apa, isteri kita dah 
>minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan dah 
>berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gym jam 5.30 petang, kerana 
>sewa bermula jam 5.30 juga, kenalah jaga imej sebagai seorang yang amat 
>menepati masa, maka kita terus aje memberikan alasan untuk tidak mahu pergi 
>ke kedai beli barang dengan berkata "Eishh!, takkan benda-benda kecik tu pun 
>abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long tu beli, bukan 
>jauh pun kedai tu..." kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi 
>diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas 
>untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur 
>macam machine-gun kata-kata kecewa kerana kita tak mahu tolong dia. 
>Keluarlah macam-macam peristewa silam yang dulu-dulu tu kesilapan-kesilapan 
>kita tak mahu tolong dia. Sampai ke peringkat dia kata, "YAH, TAK MAHU LAGI 
>MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP,PI BELI SENDIRI... YAH 
>FED-UP DENGAN ABANG!.." sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas 
>pintu "Begedegum!" terus membenam dalam tilam nostalgia kita tu. 
>Kita pun terpinga-pinga dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tak mahu ke 
>kedai dah merajuk tak mahu masak untuk kita!.. pening kepala. Lagi pening 
>kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik 
>masing-masing melihat lakunan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni. 
>Kita mula naik geram, nak ditinggalkan, dan terus bermain badminton, rasa 
>pula tak boleh nak tumpu kepada permainan. Nak tunggu hingga isteri tu reda, 
>entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah 
>kadang-kadang mencecah hingga seminggu baru dia mengorat kita semula. Kita 
>pun telefon sahabat minta excuse. Duduklah kita kat rumah tu membereskan 
>kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah ada 
>suami-suami yang nak buat. 
>Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat? 
>1. Pertama sekali, kita mesti terus ingatkan nasihat dari Allah dalam 
>Surah An-Nisa' ayat: 19 bermaksud: " ...... Dan bergaullah kamu dengan 
>mereka isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu 
>(merasai)benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu 
>terburu-buru(menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang 
>Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak 
>(untuk kamu)." 
> 
> Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya 
>merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. 
>Kemungkinan jika isteri tu tidak merajuk, maka kita terus ke gym dan di sana 
>mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu 
>memikulnya. 
>2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut 
>kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara 
>yang menyinggong hatinya yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. 
>Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang 
>kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun.Isteri 
>kita tu sabar dan menyimpan semua peristewa-peristewa itu dalam "hardisk" 
>mereka. Tetapi apabila hardisk tu dah penuh, maka masanya akan tiba juga 
>untuk depa semburkan kesemua files kepada kita. Proses semburan ni pun tidak 
>lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan lari masuk ke dalam bilik 
>dan membasah bantal dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut 
>fisiologinya, depa dah "lega" lah tu. 
>3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya tu berpunca dari 
>kes yang berat-berat, maka tunggulah besok baru lah kita cuba-cuba pujuk 
>dia. 
> Jangan malam itu juga cuba nak pujuk, nanti tak pasal-pasal kena 
>sesiku 
> sulongnya di dagu kita. Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tak 
>menjadi, 
> cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan 
>pula 
> ego 
> tak 
> mahu pujuk dia. 
> 
>4. Bila isteri kita tu dah mula nampak nak "mengorat" kita kembali, 
>maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu 
>meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai 
>posman.Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin 
>bertahun-tahun. Peristewa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, 
>laksana kita mula-mula bercinta dulu. Rasa cinta akan menyegar kembali. 
>Senyum-senyumlah padanya jika dia mula nak mengorak senyuman. 
>Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat terlanggar kita. Lupakan 
>kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. 
>Lafazkan kata cinta padanya. 
>5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya tu. Jangka waktu 
>seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah 
>An-Nisa' ayat 34: untuk tindakan kita selanjutnya: "Kaum lelaki itu adalah 
>pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian 
>mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka 
>(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka 
>wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika 
>suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara(mereka). Wanita-wanita 
>yang kamu khuawatirkan nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka 
>berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) 
>pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). 
>Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari 
>jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha 
>Besar." 
>6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah 
>untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali 
>kita bertemu dengan isteri kita: " Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan 
>dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku 
>juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah 
>tabiatnya yang telah Engkau tentukan". 
> 
> Selamat menantikan isteri merajuk 
> Wassalam 
> Sabda Rasulullah s.a.w: 
> "Wahai Manusia! Laksanakan amalan-amalan menurut kemampuan kamu. 
>Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya 
>amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." 
> (H.R. Muslim)


_____________________________________________________________
Get 25MB, POP3, Spam Filtering with LYCOS MAIL PLUS for $19.95/year.
http://login.mail.lycos.com/brandPage.shtml?pageId=plus&ref=lmtplus
_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar 
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke