salam alaikum,

i might be wrong tapi rase "Ya amanal khaifin" tuh maksudnya yang meredakan ketakutan...i think in today's context kita refer pada Allah Taala..tapi tak taula...nurin so refer tafsir :D

_________________________________________________________________
Download the latest MSN Messenger http://messenger.msn.com.my
--- Begin Message ---



>From: [EMAIL PROTECTED]
>
>Just to share a mail I received from some friends, which had enlightened me
>on this matter:
>
>Assalamualaikum......
>
>Saudara Pengarang,
>YA AMAN. Siapa itu Aman? Dalam ruangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang
>TV
>1 siarkan pada 29 Mei 2003, salah seorang ahli panel ada menyebut untuk
>menghilangkan perasaan takut dan lemah hendaklah membaca doa ini:
>
>``Ya amanal khaifin aminna mimma nakhaf...(hingga akhir).''
>
>Ada beberapa persoalan yang saya ingin timbulkan berhubung dengan doa
>tersebut.
>
>Pertama ialah perkataan aman. Siapa itu aman, kerana sekiranya dirujuk
>kepada sifat-sifat Allah s.w.t, yang sembilan puluh sembilan, tiada
>terdapat
>perkataan tersebut.
>
>Di dalam al-Quran surah al-Israk (17), ayat 110, Allah s.w.t, berfirman
>yang
>bermaksud: ``Berdoalah kamu dengan menyebut Allah atau Ar Rahman atau
>mana-mana Asmaaul Husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat
>dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua
>itu.''
>
>Apabila dirujuk kepada Asmaaul Husna maka jelas tidak terdapat kalimat
>Aman.
>
>Syeikh Muhammad al Mandili, guru di Masjid al Haram, Makkah, melarang umat
>Islam berdoa dengan doa tersebut kerana katanya doa tersebut asalnya doa
>orang-orang Yahudi.
>
>Menurut Syeikh Muhammad, pengikut Nabi Musa a.s, terbahagi kepada dua
>golongan. Pertama golongan yang benar-benar beriman dengan Nabi Musa a.s.
>Golongan satu lagi ialah golongan yang berbelah bagi kerana sungguh pun
>mereka beriman dengan Nabi Musa a.s, tetapi hati mereka masih takut kepada
>Firaun.
>
>Akhirnya golongan ini datang menemui Haman (Perdana Menteri Firaun) meminta
>perlindungan. Lalu mereka beramai-ramai merayu-merayu dengan ungkapan
>berikut:
>
>Ya Haman, aminna mimma nakhaf. Ya Haman, salimna mimma nakhaf. Ya Haman,
>najjina mimma nakhaf.
>
>Maksudnya: Wahai Haman tenteramkan kami, kami takut (kepada Firaun). Wahai
>Haman, selamatkan kami, kami takut. Wahai Haman, lepaskan kami, kami takut.
>
>Pendita Yahudi telah membuang huruf `ha' (abjad Arab) atau `h', dengan
>tujuan untuk menyelewengkan masyarakat Islam, khususnya mereka yang tidak
>memahami bahasa Arab. Oleh itu, sesiapa yang tahu asal usulnya dan masih
>lagi mengamalkan doa tersebut, maka rosak akidahnya!
>
>Kesalahan bahasa juga boleh dikaitkan kerana `` Ya '', adalah huruf seruan
>yang bermakna ``wahai!'' Maka selepas `` ya '' lazimnya diletakan nama atau
>sifat seperti ``Ya Allah, ya Latif'' atau kuniah yakni nama timangan
>seperti
>Ya Aba al Qasim. Sementara perkataan aman adalah kata nama terbitan yang
>bererti keamanan.
>
>Keamanan tidak boleh memberi apa-apa ketentuan, kerana penentuan yang
>mutlak
>adalah Allah s.w.t.
>
>Mengikut pandangan Datuk Mohd. Yunus, bekas mufti negeri Melaka, doa
>tersebut boleh dibaca dengan syarat perkataan aman digantikan dengan Ya
>Allah atau Ya Ar Rahman atau mana-mana Asmaaul Husna.
>
>Para ulamak usul berpendapat, ibadah yang dipersetujui oleh semua ulama
>adalah lebih baik daripada ibadah yang dipertikaikan. Doa adalah ibadah.
>Oleh itu, tidak logik selepas kita bersolat kerana Allah, kita menadah
>tangan meminta kepada yang lain!
>
>Doa tersebut juga bukan doa ma'sur, yakni doa-doa yang dibaca oleh
>Rasulullah s.a.w. Lagi pun dalam sebuah hadis Rasulullah memberi amaran
>yang
>bermaksud: ``Barang siapa yang menunjuk jalan yang salah, maka dia akan
>memikul semua dosa-dosa pengikutnya!''
>
>Sungguh pun ada orang yang mendoakan dengan doa tersebut sebelum ini,
>tetapi
>dengan sebab ahli panel telah menyebut secara terbuka maka saya bimbang
>masyarakat akan berterusan mengamalkan amalan yang salah itu sekiranya
>tiada
>dibuat pembetulan.
>
>Wasalam.....
>
>
>
>
>


Fed up with 56K? Sign up for a FREE BT Broadband connection! _______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org


--- End Message ---

Kirim email ke