Subject: bila kena batang hidung sendiri, baru tahu langit
tinggi rendah


> >Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung
> >beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah
> >lagi
> >di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya,
> >sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak
> >kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah
> >bibirnya.
> >Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak
> >hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia
> >menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur
> >di
> >pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis.
> >
> >
> >Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari
> >mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.
> >Dia
> >meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
> >selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang
> >kukira
> >dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan
> >belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.
> >
> >Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
> >mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
> >menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu
> >aku
> >kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan
> >syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
> >bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.
> >
> >Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
> >kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku
> >kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin
> >juga
> >kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki
> >tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya. Walau apa pun
> >alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu
> >kami
> >berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara menentang hebat
> >kemahuanku. Apa kurangnya Norjannah, soal mereka.
> >
> >Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya.
> >Cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
> >isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi
> >rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling
> >bertuah
> >menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa
> >kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah
> >mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.
> >Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati
> >ini
> >terhadapnya. Segalanya cukup sempurna.
> >
> >Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah. Semua
> >anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah
> >yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang
> >seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan.
> >Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah.
> >Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin
> >Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk,
> >Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku
> >pulang
> >kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang
> >rehat.
> >
> >Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar.
> >Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya,
> >Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga seingatku
> >tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.
> >
> >Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh
> >kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di
> >rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus
> >tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing
> >turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi
> >isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati
> >aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya.
> >
> >Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku
> >dengan
> >Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku
> >merasai
> >segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak
> >buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana
> >sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah
> >dikurniakan seorang cahaya mata.
> >
> >Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali
> >pulang
> >ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan
> >sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah
> >tetap
> >dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak
> >pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia
> >sambut
> >tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap
> >menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku ke!
> >hilangan senyuman mesranya.
> >
> >Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
> >runcit
> >berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian
> >dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun
> >Nurjannah
> >tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya
> >padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya
> >menggeleng kepala.
> >
> >Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.
> >Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda
> >membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana
> >sudah
> >jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.
> >
> >
> >Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara
> >gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
> >menjangkau
> >dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi
> >pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang
> >guru
> >dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari
> >lagi.
> >
> >Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir
> >di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak
> >menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh
> >Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak
> >pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak
> >perkara
> >yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan
> >rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan
> >seorang
> >suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan
> >kasih
> >sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak
> >menyalahinya.
> >Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara
> >keduanya. Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu
> >untuk berlaku adil.!
> >
> >Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili
> >padi.
> >Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang
> >juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut.
> >Nurjannah
> >membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.
> >Sebenarnya
> >jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah.
> >Entah
> >kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya.
> >
> >Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza.
> >Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna
> >jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
> >dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
> >lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu.
> >Hilang sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi.
> >Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi
> >Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya.
> >Aku
> >menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.
> >
> >"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati
> >menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga
> >boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan
> >bagai belati menghiris hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.
> >Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
> >lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah,
> >barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi
> >orang yang dikasihi..
> >
> >
> >'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang
> >tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu
> >kehidupan
> >anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan
> >Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah
> >tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran
> >sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh
> >hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api
> >kebencian
> >kepadaku.
> >
> >"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
> >fardhu haji tahun ini," sambung Fariza.
> >
> >Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara.
> >"Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti,
> >siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi
> >sorang-sorang."
> >
> >"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"
> >pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.
> >
> >"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap
> >terluka.
> >Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.
> >
> >Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
> >pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
> >Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah
> >isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah
> >hanya
> >memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah
> >yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.
_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar 
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Reply via email to