HEROKAH AKU ???
Pernah tak sahabat semua renungkan..... betapa kita tidak sanggup untuk bangun malam Buat solat sunat tapi, sanggup tak tidur malam untuk buat assignment.....
Tahukah sahabat semua, Ibnu Sina, studynya disulami dengan zikir...
Apabila terasa buntu, segera bangkit dan solat 2 rakaat minta petunjuk dari Allah. Kita? Studynya di sulami dengan lagu-lagu lagha......
Kononnya,lebih mudah untuk masuk keotak.
Bila buntu, terasa otak sudah tepu, mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan.
Tapi, bila ditanya, pandai berkata-kata.
Jika belajar diniatkan kerana Allah, insyaAllah akan mendapat pahala.
Agak-agaknya, kerana Allah ke kita dengar lagu-lagu Metallica, Mariah Carey, Siti Nurhaliza dan sebagainya?
Atau kita niatkan kerana Allah bila menatap majalah HAI!, Mangga, URTV etc,..
Atau kerana Allah kah kita menonton Lord of The Ring, Lagi-lagi Senario, one2ka4, dll?
Bila hati terasa gelap, sukar untuk menerima ilmu, mula bertanya sendiri...
Apa silap sendiri??
Sembahyang tak pernah sampai habis waktu.
Tak pernah aku berdating atau berkasih-kasihan
Tapi, sedar tak kawan-kawan bahawa maksiat itu luas pengertiannya?
Mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah.
Melihat orang lain membuat maksiat juga adalah maksiat. Apatah lagi bila melihat aurat orang lain,... (majalah hiburan) macam mana lah hati tak gelap...
Nak terima ilmu dunia pun terasa payah apatah lagi bila sentuh tentang akhirat.
Ingatlah kawan-kawan,.... matlamat kita bukan sekadar untuk menjadi engineer tapi juga Hamba Allah yang dipandangNya di akhirat nanti. S
Siapakah yang akan membantu kita di padang masyar nanti?
Nak mintak syafaat para artis ke?
Aku risau, takut-takut Rasulullah tak pandang lansung kat kita.
Nak kenal ikut tanda sujud pun, sujud tak pernah lama. setakat cecah dahi kat sejadah Lebih kurang satu saat. kalau ikut bekas wudhu' pulak, wudhu' tak pernah sempurna.
Jadi, kalau Rasulullah tak kenal, macam mana dia nak mengaku yang kita ni ummatnya? Apalah agaknya nasib kita yang bergelumang dosa ni di hari hisab nanti?
Takutnya bila aku fikirkan... terasa nak berhenti dari belajar.
Nak beribadat sahaja tapi, pesan Rasulullah, kita kena kejar dunia dan akhirat.
Dengan ilmu kita boleh menguasai ekonomi yg di terajui kuffar.
Dengan ilmu kita boleh menerajui pimpinan negara.
Kalau tanpa ilmu, kita akan dipandang hina dan tidak berguna.
Tapi, kalau kita masih begini, agak-agaknya siapa yang rugi?
Solehah women SMILE in trouble, gather strength from DOA and grow brave by ISTIGHFAR & SOLAT.
Do you Yahoo!?
SBC Yahoo! DSL - Now only $29.95 per month!