http://www.malaysiakini.com/news/2003071000111181.php
Sorry is the only cure, minister tells ISA 7  
 
 
Beh Lih Yi 
4:34pm Thu Jul 10th, 2003 



The seven university students suspended for allegedly
participating in an anti-Internal Security Act (ISA)
demonstration would be reinstated if they apologised,
said Education Minister Musa Mohamad today.

Otherwise, the minister stressed he would not order
the universities to lift the suspension.

"Their appeal was made a long time ago. If they ask
for my help and sympathy, and tell me that they want
to continue their studies, I will reconsider with the
condition, (that they must) apologise.
 
 
http://www.isrec.org/main/Info.html

Pengenalan ISA7 
  

    Pada tanggal 8 Jun 2001 yang lalu, lebih kurang
500 siswa dan siswi dari pelbagai institut pengajian
tinggi awam dan swasta telah bergabung di bawah satu
gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa
Mansuhkan ISA (GMMI), telah mengadakan satu
perhimpunan secara aman berhadapan Masjid Negara di
ibu kota. 

    Perhimpunan yang diadakan itu adalah salah satu
corak penentangan mahasiswa terhadap penangkapan
aktivis-aktivis masyarakat di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan juga penentangan mahasiswa
terhadap akta itu sendiri. Tindakan GMMI menganjurkan
perhimpunan ini adalah sah berlandaskan prinsip hak
asasi manusia dan juga dari sudut perlembagaan negara
seperti yang terkandung di dalam Perkara 10,
Perlembagaan Negara Malaysia dimana, seseorang rakyat
Malaysia itu berhak untuk berhimpun secara aman tanpa
membawa senjata. 

    GMMI ini ditubuhkan atas inisiatif mahasiswa itu
sendiri atas keperihatinan dan kesedaran terhadap
penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemerintah diatas
penangkapan dan penahanan para aktivis masyarakat di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim
lagi menindas. Gerakan ini telah disertai oleh 10
pertubuhan mahasiswa yang terdiri daripada Gabungan
Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Pertubuhan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Jawatankuasa Mahasiswa Mahasiswi (JKMI), Malaysia
Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Barisan
Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Kelab Rakan Islah
Malaysia (KARISMA), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara
(GMLN), Universiti Bangsar Utama (UBU), Front Anak
Muda Untuk Demokrasi (FRAKSI) dan Unit Pendidikan
Politik-IKD (UPP).

    Di akhir perhimpunan itu, seramai 7 mahasiswa yang
terdiri dari pelbagai universiti awam telah ditangkap
oleh pihak polis. Kesemua mereka telah dibawa ke Balai
Polis Tun H.S. Lee Jalan Stadium untuk diambil
keterangan diri, gambar, serta disoalsiasat oleh pihak
polis Cawangan Khas (SB) dan bahagian siasatan jenayah
(CID) selama beberapa jam. Mereka juga telah ditahan
selama satu malam di lokap dan dibebaskan pada
keesokan paginya. 

    Pada 19 Julai 2001, kesemua mahasiswa itu telah
didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur, dibawah
Akta Polis dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram.
Kesemua mereka ini telah membayar wang ikat jamin
sebanyak RM 2500 setiap seorang. Malang menimpa lagi,
apabila pihak universiti telah menggunakan akta zalim
(AUKU) bagi menggantung pengajian mereka dengan serta
merta tanpa diberi peluang untuk membela diri.

    Tanggal 15 Oktober 2001 lalu, mereka sekali lagi
menghadiri ke mahkamah majistret atas lanjutan kes
yang sama. Ini dituruti pada 2 Januari 2002, 28
Februari, 14 Mei, 9 Julai dan 14 Ogos kelak. Pihak
peguambela telah membuat bantahan awal meminta
keizinan Majistret agar kes ini dapat diperpanjangkan
ke Mahkamah Tinggi dan keizinan diberikan oleh pihak
Majistret dengan persetujuan pihak pendakwaraya. 

    14 Jun 2002, kes mereka telah dibawa ke Mahkamah
Tinggi, Kuala Lumpur dan kes ini dihakimi oleh Datuk
Ghazali Yaakob. Hakim telah menunda tarikh kes ke 25
Julai 2002. Hasil keputusan hujah bantahan awal yang
dibawa oleh peguambela telah ditolak. Kes ini kembali
dibawa ke Mahkamah Majistret pada 14 Ogos ini.

    Pada tanggal 14 Ogos 2002, pihak mahkamah telah
memutuskan bahawa tarikh perbicaraan adalah pada 26-28
Nov kelak. Difahamkan bahawa, perjalanan kes
perbicaraan mengambil masa yang singkat untuk
diselesaikan dan ini bermakna keputusan perbicaraan
samada bersalah atau tidak, dapat diketahui dengan
masa terdekat ini. Hasil keputusan kes secara langsung
memberi kesan kepada masa depan dan pengajian mereka
di universiti.

    Sehingga kini, ketujuh-tujuh mahasiswa itu masih
lagi digantung pengajiannya di universiti dan ada
dikalangan mereka sudah pun bekerja dan ada pula masih
menganggur. Mereka juga terus berjuang bagi
mengembalikan hak pendidikan mereka yang telah
dinafikan.





__________________________________
Do you Yahoo!?
SBC Yahoo! DSL - Now only $29.95 per month!
http://sbc.yahoo.com
_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar 
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Reply via email to